Macam kipas siling kat rumah, lepas beberapa lama guna kipas ‘stand’ juga akan sampai masa tiba-tiba putarannya jadi perlahan.

Walau pun tekan pada kelajuan maksimum tapi putarannya punyalah syahdu. Dengan cuaca kita yang sentiasa panas, mana boleh tahan dengan kipas macam ni.

Jadi mahu tak mahu kena baiki, takkan asyik nak beli baru je kan. Untuk manfaat kita @ lutfyhady berkongsi dengan kita cara baiki kipas yang perlahan ini.

Cara baiki kipas yang dah slow kepada kelajuan asal

1. Bukak sangkar kipas dan unscrew penutup head dia sampai terbuka penutup depan tu.Cara Baiki Kipas ‘Stand’ Yang Berputar Perlahan Jadi Laju. Tak Payah Beli Baru!Cara Baiki Kipas ‘Stand’ Yang Berputar Perlahan Jadi Laju. Tak Payah Beli Baru!2. Cabut telinga sebatang yang bagi kipas teleng berpusing tu. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena bukak skru dalam tu.

3. Buka penutup tadi dan boleh nampak kotak hitam(capasitor).

Ads

Cara Baiki Kipas ‘Stand’ Yang Berputar Perlahan Jadi Laju. Tak Payah Beli Baru!4. Ha yang ni kena kita kena pergi kedai hardware elektrik/lampu. Macam saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad).

5. Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yang lama sikit boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak, sebab boleh rosak motor long term. Harga benda ni RM4.Cara Baiki Kipas ‘Stand’ Yang Berputar Perlahan Jadi Laju. Tak Payah Beli Baru!

6. Macam ni saya malas nak buka banyak part sebab nak kena bukak pakai nut, penutup besi tu.

Ads

7. Memandang kan benda tu dah ada di luar, so saya kerat terus dan solder dengan capasitor baru.Cara Baiki Kipas ‘Stand’ Yang Berputar Perlahan Jadi Laju. Tak Payah Beli Baru!

8. Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ini saya pakai apa yang ada saja. Solder dengan timah, semua tu beli kat kedai Eco RM2.

9. Siap semua skru balik mcm asal.Cara Baiki Kipas ‘Stand’ Yang Berputar Perlahan Jadi Laju. Tak Payah Beli Baru!

Ads

Jadi kesimpulanya, apa yg kita buat:-

1. Bukak cover head kipas untuk access kapasitor (kotak hitam kecil)
2. Replace ikut tips di atas
3. Pasang semua balik. Selesai !

Ok dah laju

Sumber:@lutfyhady

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI