Baju Bau Kepam & Ada Kerak Hitam Tanda Mesin Basuh Kena Cuci. Ini Caranya

Share

 

Pernah tak anda basuh kain menggunakan mesin basuh automatik tapi kain baju bau hapak walau sudah letak sabun dan pelembut serta pewangi pakaian.

Lagi sakit matam ada banyak kerak hitam yang melekat pada baju. Kalau dah ada dua tanda ini, itu maknanya mesih basuh tersebut perlu dibersihkan kerana sudah ada banyak kotoran.

Macam mana nak bersihkan? Kalau pada mesin basuh akan ada fungsi soak atau tub cleaning, Ia bukan untuk hiasan ya tapi untuk bersihkan tub mesin basuh.

Caranya mudah saja

  • Tekan ON
  • Pilih dan tekan pilihan SOAK? TUB CLEANING. Tekan START
  • Untuk lebih bersih Masukkan CUKA + BAKING SODA. Anggaran 1 cawan cuka dan 4-5 sudu baking soda. Boleh juga beli saja pencuci mesih basuh yang ada dijual.
  • Biarkan mesin basuh selesaikan fungsinya.

Waktu ini anda akan dapati air dalam mesin kotor menandakan segala kotoran sudah keluar.

Cuka dan soda bikarbonat tadi berfungsi membersihkan mesin basuh dan menghapuskan bau kepam atau hapak.

Amalkan bersihkan tub ini dua bulan sekali untuk elak kotoran tersimpan lama hingga menyebabkan kotoran ini melekat pada baju.

Sumber: Mommy Daily

Published by
VK