Hobi & Minat

Baju Lama Anak Sayang Nak Buang, Boleh Tukar Jadi Selimut. Wanita Ini Kongsi Cara Membuatnya

Share

Baju lama anak masih disimpan walhal anak dah besar. Nak buang sayang sebab masih elok, nak beri pada orang bimbang tak sudi terima pakaian recyle. Sudahnya disimpan saja. Inilah dilema mak-mak.

Kalau dah banyak sangat baju lama ini disimpan apa kata ikut idea perkongsian Ain Amira. Daripada baju anak-anak ini ditukar jadi selimut menggunakan kaedah tampalan atau patch work. Dapat juga guna diguna kembali.

Menurut Ain, idea ini datang apa bila menerima dua beg baju berisi pakaian terpakai kanak-kanak dari seorang kenalan. Dia meminta Ain mengolahnya menjadi sesuatu dari baju-baju tersebut. Setelah berfikir akhirnya datanglah idea untuk menjadikannya sebagai selimut.

“Dilema mak-mak bila baju anak dah tak muat mesti macam ni kan nak disimpan banyak sangat, nak dibuang tapi sayang, nak bagi orang macam tak padan.

“Fikir punya fikir maka jadilah selimut. Boleh juga diguna dan disimpan jadi kenangan sampai anak besar,”jelas Ain yang juga pembuat beg handmade ini.

Cara hasilkan selimut dari baju lama anak

Dalam pada itu beliau juga berkongsi secara ringkas cara membuat selimut daripada pakaian lama anak ini.

Bahagian depan

Caranya

1. Sebanyak 56 helai baju digunakan untuk membuat selimut ini.

2. Bahagian bahagian tangan baju dipotong, ambil bahagian tengah baju saja.

3. Saiz keratan, potong 8×8 inci setiap satu.

4. Kemudian bolehlah dijahit untuk dicantumkan. Bahagian belakang juga dibuat kaedah tampalan yang sama.

Bahagian belakang

Ujar Ain yang turut menerima tempahan ini dia mengambil masa satu hari saja untuk menyiapkan selimut saiz kanak-kanak ini.

Bagi mak-mak yang masih ada simpan baju lama anak boleh ikut idea ni ya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Ain Amira

 

Published by
VK