Ramai yang mencuba berkali-kali untuk buat kek span tapi tak juga menjadi. Tak gebu dan ada juga bantat. Sampai frust untuk buat lagi.
Kalau dah macam itu perasaannya, kita ikut cara yang mudah! Cara yang confirm menjadi. Dikongsi oleh homebaker Norlailanazira Mohd Agos beliau juga turut memberikan tip agar hasil kek span cantik dan gebu kejadiannya.
Rahsianya beli sponge mix dan ikut cara ini!
Buat kek span sebenarnya tak susah, dan tak lah senang sangat. Ada saja yang masih gagal buat kek span sampai sekarang.
Saya biasanya beli saja sponge mix di kedai bahan kek, ada coklat dan vanila. Dah siap repack. Tak rajin nak mix sendiri kecuali jika nak buat kek tengah malam dan tepung sponge mix habis stok di rumah barulah saya buat sendiri.
Resipi kek guna sponge mix (boleh pilih salah satu nak guna coklat atau vanila) sukatan sama saja.
Bahan-bahan:
300 gm sponge mix
300 gm telur (tak kisah gred apa asalkan timbang dapat 300gm}
60 gm air
1 sudu kecil esen vanila
60 gm minyak ( boleh guna minyak masak biasa atau minyak jagung )
Cara membuat:
Putar semua bahan kecuali minyak hingga gebu. Gebu itu bermaksud kembang dan bila angkat mixer adunan berlipat (ribbon flow ).
2. Selepas adunan gebu, masukkan minyak, kaup saja guna senduk atau spatula.
3. Masuk dalam loyang saiz 9 inci, bakar suhu 170 api atas bawah selama 40 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
4. Bila kek masak terus keluarkan dari loyang sebab kalau biar sejuk sendiri nanti kek kecut. Waktu bakar jangan buka pintu oven selagi belum cukup masa. Intai je dari cermin ya.
INFO
Dari sponge mix vanila boleh hasilkan kek Pecan Butterscoth, Tiramisu. Sponge coklat pula boleh hasilkan kek Indulgence, Choc Banana, Black Forest.
Hidangan ikan atau ayam bakar memang sedap, tak perlu banyak lauk. Cicah dengan air asam cukup!
Tapi syaratnya air asam kenalah menyengat. Kalau cair, kurang masam dan pedas memang ‘tak kick’! Boleh spoil rasanya.
Kalau nak pastikan air asam sedap menyengat boleh cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Ameera ini. Langkah paling akhir adalah rahsia utama untuk sedap!
Cara buat air asam sedap menyengat!
Ambil 10 biji cili padi, 2 biji besar cili merah, 1 biji tomato dan 1 biji bawang besar. Potong nipis semua bahan ini.
2. Ambil asam jawa biji, guna separuh begini. Kena pakai asam jawa jenis ini baru air asam ‘kick’.
3. Belacan sebesar ini, nak kurangkan pun boleh.
4. Air suam 1 cawan
5. Campurkan semua dalam mangkuk.
6. Masukkan garam sikit, gula 2 sudu makan.
7. Belacan hancurkan, guna tangan saja.
8. Masukkan sos tomato 1 sudu makan, dan juga sos cili 1 sudu makan juga.
9. Tuang air asam jawa tadi, tapis bijinya.
10. Akhirnya sekali gaul semua ini, guna tangan lagi sebati. Sambil itu selawat. Inilah rahsia sedap!
11. Dah siap! bole makan dengan ikan bakar atau kukus.
Ikan cencaru ini memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan jaket ikan tenggiri yang keras ini ada tekniknya. Boleh ikut perkongsian Mazlina Haji Ismail.
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...