Banyak Kali Gagal Lepas Cuba 3 Teknik Ini, Pokok Kesum Ditanam Tak Mudah Mati & Hidup Subur

Share

Antara pokok yang sering jadi pilihan dalam aktivit berkebun adalah kesum. Namun begitu, jika salah menanamnya, pokok kesum akan rosak dan cepat mati.

Bagi yang baru mahu mencuba aktiviti berkebun ini, jangan risau anda boleh mengikuti petua menanam pokok kesum yang dikongsi oleh Eddy Rusdi Abdullah

menerusi group Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Kesum hidup subur & segar.

Menurutnya sudah banyak kali menanam kesum, tetapi tidak pernah hidup.

Dan akhirnya berjaya menemui jalan penyelesaian dan hasil kesabaran, pokok kesum hidup subur dan segar dengan 3 langkah mudah ini.

3 Langkah Tanam Kesum Hidup Subur & Segar

1. Rendam batang kesum dalam air beberapa hari sampai keluar akar yang banyak.

2. Apabila sudah berakar, tanam dalam pasu. Pasu itu direndam dalam bekas besar yang ada air. Kesum hidup dalam pasu yang direndam dalam air bertakung.

Tanah kena sentiasa basah.

3. Pastikan tanah selalu basah. Hasilnya kesum akan tumbuh subur dan segar. Buktinya  sudah banyak kali menggunakannya untuk masak asam pedas dan laksa.

Atau boleh juga guna cara ini :

https://www.youtube.com/watch?v=crSuyAK3z_M

Semoga bermanafaat

Artikel berkait:

Cara Tanam Kesum Tanpa Tanah Tetap Segar & Subur

Cara Tanam Kesum Dalam Polisterin Senang Nak Jaga

Published by
Siti Zurina Mat Saman