Isi Kandungan
Toggle
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri meluahkan rasa sayang kepada anak. Bagi seorang bapa yang juga jurufoto Frans Hofmeester dari Belanda dia melakukannya dengan merakam video anak perempuannya setiap setiap minggu.
Gigih tak gigih, dia merakam video wajah anaknya Lotte sejak lahir pada tahun 1999 sampailah umurnya 18 tahun. Hasilnya memang menarik!
Siapa yang melihat video ini pasti tersenyum. Walau hanya melihat sekadar gambar berubah-ubah tapi terlalu besar makna buat bapa yang merakamkannya.
Hofmeester kemudian memuat naik video ini di Youtube pada hari jadi anaknya Lotte yang ke 18 pada 28 Oktober 2017. Sejak itu video tersebut telah mendapat hampir 2.4 juta tontonan.
Portrait of Lotte
Hofmeester juga merakam gambar anak lelakinya Vince sejak lahir hinggalah usia 14 tahun. Berbeza dengan kakaknya yang manis dan pemalu, video Vince berdurasi empat minit itu penuh dengan gambar mimik-mimik muka yang comel ketika kecil.
Portrait of Vince
Ok, ada sesiapa yang berminat nak buat? Pastikan tak separuh jalan.
Sumber: www.mymodernmet.com
Perkongsian Hanis Zalikha Ini Buat Kita Faham Betapa Lemahnya Ibu Yang Alami Morning Sickness Teruk. Nampak Remeh Tak Sebenarnya…
Isi Kandungan
Toggle
Ada orang yang tak faham dengan keadaan ibu hamil yang melalui morning sicknes atau alahan mengandung yang teruk. Ada yang kata mereka terlalu ikut perasaan tapi hanya empunya diri yang tahu.
VK pun tak pernah kena alahan teruk, cuma light-light jer tu pun rasa tak larat sungguh. Tapi lepas baca perkongsian Hanis Zalikha ini barulah tahu keadaan sebenar mereka yang melaluinya. Simpati sunggguh. Harapnya orang lain pun faham terutama para suami. Jangan nak kata isteri ngada-ngada ya!
Hanis kongsi apa yang dialami sekarang
Baru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya. Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah2) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde.
Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah2. Omg help.
Kena kuat semangat
Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah. Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat.
Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat. Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik. Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah2 macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir. Adalah tu zat2 yang sempat terserap.
Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita. Folic acid jangan miss. Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat2 buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.
Minta tolong suami ingatkan waktu makan
Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan. Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau.
Orang yang tak lalui morning sickness kadang2 susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapiii morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.
Sesak dada, terkulai, loya
Perasaan dia adalah sesak dada, terkulai, banyak angin dan waktu celik kita cuma fokus nak tahan muntah je. Paling best cuma waktu tidur. Sebab waktu tidur je badan kita macam lupa jap nak loya2 ni semua. Tapi sesak dada tu pulak buat susah nak lelap. Lol.
Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi. Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah2 mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slowww sangat-sangat. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua.
Hanis berkongsi pengalamannya ini dalam satu post di instagram. Dalam pada itu ramai ibu yang memberi respon berkongsi pula pengalaman mereka yang tak kurang teruknya. Sabarlah mommy semua!
Sumber: instagram haniszalikha
3 Tahun Menanti, & 3 Tahun Saja Allah Pinjamkan. Semoga Kita Bertemu di Jannah…! Luahan Rindu Safura Sambut Ulang Tahun Arwah Anak
Tiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran, selalunya disambut gembira dengan kek dan ucapan tahniah. Namun tidak bagi pelakon dan penyanyi, Safura Ya’cob. Tarikh lahirnya anaknya membuatkan dia digamit rindu.
Semalam, Safura berkongsi kenangan bersama arwah anaknya, Nur Aisyah Mariam yang hanya sempat didakap hanya selama tiga tahun. Dalam status ringkas di instagram Safura meluahkan kerinduan pada arwah anaknya yang meninggal dunia pada 12 September 2011.
“23 Ogos 2008… Lahirnya anak syurgaku ke dunia. Tiga tahun menanti kehadiran mu dan tiga tahun sahaja Allah pinjamkan kami untuk membahagiakan kami sekeluarga.
“Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Kami reda dalam ketentuan Mu ya Rabb… Semoga Allah pertemukan kita nanti dalam Jannah Allah yang sudah tentu pasti. Mama rindu, Al-Fatihah,”demikian luah Safura.
Pengikut instagram Safura melahirkan rasa sedih membaca status tersebut kerana dapat memahami perasaan rindu seorang ibu kepada anak yang telah tiada.
A post shared by SAFURA YA’COB (@safurashah) on
Menambah rasa sebak apabila Safura turut memuat naik gambar pusara dan juga gambar arwah yang juga anaknya dengan pelakon Sahronizam Noor.
Selain Mariam, Safura dan Sahronizam mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Yusoff Firdaus, 9 tahun, Zara Nur Aisyah, 8 tahun dan Ariana Sofia, 4 tahun.
Safura turut mempunyai dua orang anak lain iaitu Nurul Natasha, 24 dan Muhammad Daniel Khaqim, 18, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.
Sumber: Safura Ya’cob
Dikecam Teruk Sebab Ambil Cuti 13 Hari Jaga Isteri Bersalin
Malah sampai anak kelima pun perkara ini masih berlaku sungguh pun ibu yang menjaga isteri sudah tua, tidak berdaya.
Tapi lelaki yang kisahnya disiarkan ini agak berbeza. Bagaimana dia memandang berat peranan seorang suami dalam menjaga isteri yang baru bersalin.
Tidak menghantar isteri pulang ke kampung, dia sanggup melakukan perkara yang jarang suami sekarang lakukan.
Saya seorang pegawai penjawat awam dan tujuan saya berkongsi perkara ini untuk memberi perspektif baru tentang berpantang.
Isteri saya baru melahirkan anak kedua kami. Semasa proses kelahiran anak pertama dan kedua, saya berada dalam dewan bedah untuk menyaksikan kelahiran cahaya mata saya dan mengertikan betapa pengorbanan seorang isteri melahirkan anak.
Di sini saya ingin menyarankan kepada semua lelaki bergelar suami
1. Jagalah isteri anda berpantang sendiri
2. Sediakan makanan panas untuk dia
3. Sediakan mandian dia
4. Mandikan bayi
5. Tungkukan perut dan kakinya
6. Kemaskan rumah
7. Persiapkan tempat yang selesa untuk isteri berpantang
8. Cucikan luka jahitan isteri
9. Basuh pakaian
Saya bukan nak kata saya hebat, tetapi alhamdulillah saya berjaya walaupun hanya seminggu lebih saja saya menjaga pantangnya.
Dengan berbuat sebegini, baru encik suami tahu betapa penatnya menjadi surirumah, betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki.
Tolong jangan hantar isteri balik kampung
Hentikanlah menghantar isteri berpantang di rumah orang tua mereka atau kita. Kita yang membuatkan isteri mengandung, kita yang sedap dan merasa nikmatnya, takkan ibu bapa isteri atau kita pula yang kena jaga isteri kita berpantang? Mana kata dan janjimu ‘susah senang bersama?
Akan ada pendapat yang mengatakan bahawa, “Saya tak reti masak, tak reti mandikan bayi, tak reti itu ini bla.. bla.. bla…”
Bang, sekarang semua benda dihujung jari. Jangan jadikan alasan tak pandai itu ini untuk tidak menjaga isteri berpantang.
Sedangkan Valentino Rossi bila dilahirkan, bukannya terus pandai menunggang motosikal. Buat mengikut langkah demi langkah, asalkan buat. Motivasikan diri untuk isteri tuan-tuan.
Apa yang saya lihat sekarang bila isteri bersalin, suami seperti merdeka habis! Suami terus hantar isteri ke rumah mak mentua, sementara itu dia pula pergi memancing, layan corner cecah dagu, duduk di kedai mamak sampai kerusi berlubang bagai.
Saya sedih melihat golongan suami sekarang. Saya pernah dikecam teruk oleh beberapa kawan-kawan saya sendiri kerana saya tidak keluar dari rumah selama 13 hari menjaga isteri saya berpantang.
Bermacam-macam kata-kata kecaman yang diterima seperti takut isteri, kena rantai dan anti sosial.
Saya meluahkan perkara ini sebab saya rasa ia merupakan satu tanggungjawab suami untuk menjaga isteri berpantang kerana badan dia baru saja kehilangan separuh nyawa. Urat-urat putus semasa proses kelahiran.
Tidak salah pun kita korbankan lagi 40 hari tidak melakukan aktiviti harian kita selama ini.
40 hari saja, kedai mamak itu pun takkan bankrap kalau abang-abang tak pergi ke kedai mereka selama 40 hari. Ikan di sungai tak habis pun kalau tak pergi memancing 40 hari.
Kita tidak rugi apa-apa pun jaga isteri. Malah lebih mengeratkan hubungan kerana kita tahu peritnya menjaga seorang perempuan bernama isteri.
Sumber: Kisah Rumah Tangga