
Isi Kandungan
Toggle
Tak dinafikan, air kotak ialah sesuatu yang selalu diminum ketika dalam perjalanan. Bagi ibu bapa, air kotak lebih mudah diberikan kepada anak kerana tidak mudah tumpah kala diminum.
Baru-baru ini seorang ayah yang dikenali sebagai Tan sangat terkejut dengan pepejal hitam yang ditemui dalam sebuah kotak minuman. Kejadian di Pahang ini bermula apabila Tan membawa anaknya makan tengah hari dan memberikan air kotak kepada anaknya.
Benda lembut keluar dari straw
Anaknya mengadu ada merasa benda lembut keluar dari straw apabila dia menyedut minuman itu. Tan terus membuka kotak air minuman itu apabila sampai di rumah.
Selepas melihat ada pepejal hitam menjijikkan di dalam kotak air minuman itu, Tan risau akan kesihatan anaknya. Dia bimbang jika pepejal itu beracun dan boleh menjejaskan kesihatan anaknya yang telah meminum air dari kotak itu.
Hati-hati
VK susah nak teka apa jenama air kotak yang diminum ini. Apa yang boleh VK katakan ialah kita kena lebih berhati-hati apabila nak bagi anak minum air kotak. Kita selalu fikir dengan melihat tarikh luput sudah memadai. Namun segalanya boleh berlaku. Yalah, benda dalam kotak tak boleh nak nampak. Apa pun, mungkin lebih baik bancuh sendiri air untuk anak minum.
Sumber: http://www.sinchew.com.my/node/1794481
Usianya Lapan Tahun, Ella Digelar Budak Perempuan Paling Cantik Di Dunia

Usianya baru lapan tahun tapi dia sudah menjadi bintang dalam dunia peragaan. Malah dikatakan sebagai budak perempuan paling cantik di dunia.
Nama Ella Gross bukan saja menyerlah di Amerika Syarikat tapi juga Korea dan beberapa negara Asia lain.
Kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh anak perempuan ini berjaya menarik perhatian banyak jenama antarabangsa untuk menjadikan dirinya sebagai model.
Dilahirkan pada tahun 2008 dengan mata yang besar, tona kulit yang cerah, hidung yang comel serta senyuman paling manis Ella ketika ini sudah menjadi model untuk pelbagai jenama ternama termasuk Zara Kids, GAP Kid, Abercrombie & Fitch, Levis dan Lacoste.
Foto-foto Ella juga sangat menarik berikutan ekspresi wajahnya yang tepat selain pose kreatif yang cukup kena konsep pereka.
Patutlah cantik anak kacukan rupanya
Sebenarnya kecantikan anak kecil ini diwarisi daripada ibunya yang berasal daripada Korea di samping mewarisi ciri-ciri anak Mat Salleh dari ayahnya yang berasal daripada Amerika Syarikat.
Tinggal di Los Angeles ketika ini meskipun dia sudah bergelar model terkenal namun Ella tetap meneruskan rutinnya sebagai budak perempuan normal. Dia gemar menari dan bermain muzik ketika lapang.
OK! Sekarang cuba imbas kembali keadaan kita umur lapan tahun.
Sumber: www.pop.inquirer.net
Perkara Yang Perih Adalah Menerima Sebuah Kenyataan, Tapi Ardell Akui Takkan Menyerah

Isi Kandungan
Toggle
Selepas penyanyi Elyana mendedahkan tentang penyakit kanser yang dihadapi terbaru ada khabar yang menyatakan pelakon muda Ardell Aryana turut berdepan penyakit yang serius.
Meski berita tersebut tidak keluar dari mulut pelakon itu sendiri tapi perkara itu diungkap oleh teman rapatnya iaitu Nadzmi Adhwa selepas dia memuat naik status di instagram berserta kapsyen panjang lebar mengenai kesihatan Ardell. Sejak itu netizen mula berteka-teki mengenai tahap kesihatan pelakon tersebut.
“Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.
“Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
“Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
“Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.
A post shared by Nadzmi Adhwa Nor Adzmi (@nadzmiadhwa) on
Nadzmi sedih tak ada kawan gaduh
Pelakon Hati Perempuan itu tidak memberitahu secara terperinci tentang penyakit yang dihidapi oleh Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin. Kapsyen pada video yang dimuat naik itu hanya menyebut Ardell bakal menjalani rawatan terapi.
Memetik dalam laporan Sinar Harian daripada ruangan komen netizen pada status Nadzmi itu dikatakan Ardell sedang berdepan dengan penyakit kanser tahap 3.
Dalam laporan Astro Awani, Usaha Sinar Harian untuk menghubungi Nadzmi bagi mengesahkan tanda tanya sakit yang dialami Ardell menerusi panggilan telefon telah gagal.
Pertanyaan melalui WhatsApp pun tidak berjawab selepas Nadzmi menjawab salam. Terkini, ruangan komen di status instagram video tersebut telah ditutup.
Dalam pada itu status Ardell di instagram sendiri menggambarkan dia sedang berdepan dugaan besar dan menyakin dirinya akan tidak menyerah kalah.
Jangan menyerah kalah
A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
Jangan putus harap
A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
Nadzmi dan Ardell mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama Namaku Bedah pada 2015.
Sumber: Nadzmi Adhwa & Astro Awani
5 Fakta Tentang Gaun Pengantin Megan Markle, Ramai Yang Salah Jangkaan

Isi Kandungan
Toggle
Semalam ratusan juta manusia seluruh dunia menyaksikan upacara ‘wedding of the year’ antara pewaris ketiga kerajaan Britain, Putera Harry dan Megan Markle.
Berlangsung di Gereja St George, Istana Windsor, gaun pengantin perempuan sudah tentunya paling dinanti untuk dilihat.
Tapi pelakon yang menerima gelaran Duchess of Sussex ini mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih penampilannya untuk upacara paling bermakna dalam hidupnya.
Berikut adalah lima fakta tentang gaun pengantin Megan Markle yang cukup ringkas tapi elegan ini.
1. Pertama kali gaun pengantin perekanya wanita
Meghan Markle melangkah menuju Gereja St. George mengenakan gaun pengantin dengan veil panjang dari Givenchy rekaan Clare Waight Keller. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah Givenchy gaun pengantin direka oleh seorang wanita.
2. Ramai yang ternanti-nanti
Gaun moden untuk wanita moden. Meghan Markle tampil elegan dalam persalinan minimalis. Ramai yang tertunggu-tunggu dan menjangka gaun yang dipakai oleh pelakon ini sesuatu yang luar biasa tetapi sangkaan itu meleset sama sekali.
3. Ratu pinjamkan tiara untuk pengantin
Ratu Britain, Ratu Elizabeth meminjamkan tiara istimewa khusus untuk Meghan Markle. Tiara yang bertahtakan berlian ini dibuat dari tahun 1932.
4. Semua ramalan salah
Semua media salah ramalan tentang pereka gaun pengantin Meghan Markle. Clare Waight Keller dari Givenchy memegang erat rahsia sehinggalah pada hari berlangsungnya upacara perkahwinan. Sebelumnya ada banyak nama disebut, diantaranya Erdem dan Ralph & Russo.
5. Bakal cipta trend baru
Meski ringkas tapi gaya gaun pengantin Gaun pengantin Megan Markle ini dikatakan akan menjadi ikutan. Kalau dilihat sebelim ini sejak Kate Middleton mengenakan gaun pengantin karya Sarah Burton dari Alexander McQueen, gaya gaun pengantin Kate menjadi begitu popular. Pastinya trend ini akan berulang dengan gaya Megan Markle pula.