Baru-baru ini, seorang wanita yang menggunakan nama facebook Noor Zamzuriani Zakaria telah meluahkan di facebooknya mengenai kisah seseorang menuntut kembali deposit servis jurugambar yang telah dibayar kepada arwah suaminya.
Baru 2 hari kematian suami, sayu pun belum hilang, namun Zamzuriani agak terkesan dengan situasi yang dihadapinya. Dia tidak kisah untuk melangsaikan hutang suaminya namun nama pun bisnes jadi setiap keluar masuk duit perlu ada rekod.
“Saya tak nak tuduh orang itu menipu sebab saya pun tak nak ada apa-apa effect pada suami saya. Suami saya dah pergi menghadap Ilahi. Kalau benar suami saya ada ambil deposit daripada pihak dia, saya akan teruskan dengan kerja yang suami saya tinggalkan.
Tapi memang saya tak ada apa-apa detail berkenaan nama dan nombor ‘klient’ tu. Tak ada bukti transaction duit masuk daripada pihak dia. Bila saya minta bukti resit, memang dia terus senyap,” kata Zamzuriani.
“Dan lagi satu, untuk servis fotografer, kami hanya ambil deposit RM100. Tak pernah kami ambil RM150. Deposit RM100 untuk pakej paling rendah dan RM300 untuk pakej yang paling mahal dalam pakej kami. Sebab tu saya agak ragu bila dia kata dia bagi cash RM150 kat suami saya. Ini semua buat pengajaran. Bukan saya nak buka aib sesiapa sebab saya pun takut jika suami saya yang bersalah. Saya berani untuk post pun sebab saya percaya yang ini bukan salah di pihak suami saya,” tambahnya yang kini hamil 28 minggu.
Dalam keadaan kita masih bersedih, masih ada yang ingin mencari kesempatan.
Bukan nak buat cerita tapi aku menceritakan akan yang benar. Semoga jadi pengajaran kepada yang lain.
2 september 2018,
Belumpun sempat 48 jam arwah pergi, dan dalam keadaanku yang masih dalam kesedihan. Terdapat satu whatsapp yang masuk dalam hp. Whatsapp dari nombor yang tak dikenali.Pada awalnya si empunya nombor memberikan kata-kata semangat dan ucapan takziah. Ya, aku berterima kasih kepada semua yang tak pernah jemu memberi sokongan dan kata semangat.
Seperti kebiasaannya, aku akan meminta maaf bagi pihak suami aku pada sesiapa yang mengenali beliau. Tapi kali ini, belum pun sempat aku nak mintak maaf bagi pihak sang suami, si empunya nombor memperkenalkan diri dia sebagai Tuan ** dan terus bertanyakan sama ada suami ku seorang jurugambar atau tidak?
Dan ya, semestinya suami aku seorang jurugambar dan aku meng’iya’kan pertanyaannya.
Seterusnya Tuan ** menyatakan bahawa ada perkara yang beliau ingin sampaikan padaku untuk pengetahuan aku dan ahli keluarga yang lain dan Tuan ** meminta aku untuk kembali whatsapp beliau jika mempunyai masa terluang. Dalam keadaan aku masih dalam kesedihan, aku bertanyakan tentang perkara berkenaan. Apa yang penting yang aku perlu tahu berkenaan sang suami tercinta?
Tuan ** menyatakan bahawa beliau ada memberikan booking payment untuk job photographer pada 24.9.2018. Dan telah membayar certain amount which is tak lah banyak tapi aku seperti curious.
Aku lihat calendar, tarikh yang diberikan 24.9.18 tu jatuh pada hari isnin dan ianya bukanlah musim cuti. Jadi aku ajukan soalan padanya berkenaan tarikh yang diberikan. Tuan ** menyatakan bahawa ianya untuk majlis hari jadi anaknya.
Dia juga menyatakan bahawa dia telah membayar secara tunai pada arwah suamiku sebanyak Rm150 di bukit jelutong. Tapi setahu aku, suami aku tidak akan pernah pergi berjumpa mana-mana client berseorangan. Suami aku pasti bawa aku sebab segala detail aku yang akan catit. Dan itu kelebihan suamiku. Tidak membelakangkan isteri walau dalam apa jua perkara.
Seterusnya bila aku meminta resit bagi deposit yang telah dibayar, Tuan terbabit tidak membalas whatsapp ku sehingga hari ini.
Kepada Tuan yang berkenaan, kemungkinan anda mengikuti kisah pemergian suami saya dari dalam fb. Terima kasih kerana mendoakan suami sy. Jika benar, suami saya berhutang deposit kepada tuan, tuan boleh tunjukkan bukti kepada saya dan saya akan proceed dengan job yang diberi mengikut persetujuan.
Deposit yang diberi bukan dibatalkan oleh pihak saya dan pihak saya masih mempunyai shooter untuk teruskan kerja pada tarikh majlis yang berkenaan jika benar apa yang tuan katakan.
Untuk pengetahuan, suami saya mempunyai jadual yang penuh sehingga bulan 12 dan ada deposit yang telah di ambil tapi pihak saya masih tetap akan meneruskan kerja yang telah di tempah kerana saya sendiri tahu setiap apa yang suami saya lakukan kerana kami adalah partner bukan sahaja partner dari segi hidup dan mati semata, tapi kami juga adalah partner business. Jadi setiap jadual arwah suami saya, sy yang aturkan.
Kepada semua client, anda tak perlu risau kerana segala kerja yang ditinggalkan akan di ambil alih oleh saya sendiri. Anda boleh direct contact saya atau nombor suami saya kerna saya tidak akan lari kemana-mana. Kerja dan tanggungjawab arwah telah menjadi tanggungjawab saya.
Cuma saya minta sedikit masa untuk saya ambil alih segalanya due to my circumtances.
Coretan sang isteri
*partner dalam segala-galanya*
VK berkesempatan meminta pendapat Noor Zamzuriani mengenai apa yang patut dilakukan oleh isteri kematian suami supaya tidak mudah ditipu oleh pihak yang suka mengambil kesempatan. Maklumlah, sebagai waris kita cuba sedaya upaya untuk melangsaikan hutang si mati. Namun tidak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan.
Pesanan untuk setiap pasangan suami isteri. Tolong jangan membelakangkan isteri walau dalam apa hal sekalipun sebab hidup berumah tangga ni tak boleh pentingkan diri sendiri. Kita tak tahu siapa yang akan pergi dahulu. Suami atau isteri?
Jadi setiap hutang perlu diberitahu pada pasangan masing-masing. Buat isteri, Memang kita akan sedaya upaya lunaskan segala hutang arwah, tapi kalau boleh kita siasat dahulu sama ada betul atau tidak. Bukan tujuan untuk menidakkan sebab hutang dibawa ke mati. Tapi sekarang ni bukan semua orang boleh dipercayai. Jadi yang paling utama dalam hubungan tu TOLONG sangat jangan membelakangkan pasangan masing-masing sebab benda macam ni boleh jadi bila-bila masa.
Saya bersyukur sangat sebab suami saya tak pernah sorokkan apa-apa daripada saya. Dan say bersyukur sangat-sangat sebab segala perbelanjaan dia akan inform kat saya. Setiap duit keluar masuk pun saya tau. Sama juga halnya dengan saya. Saya akan inform dia jika saya ada berhutang di mana-mana.
Sumber: Noor Zamzuriani Zakaria