Rezeki bukan saja dalam bentuk wang, tapi juga cahaya mata, masa dan sebagainya. Dan jika termaktub rezeki itu untuk kita, ia takkan pernah salah alamat.

Begitulah yang berlaku buat Abby Abadi semalam. Pelakon ini semalam secara terbuka meluahkan hasratnya untuk mengambil anak angkat di instagram miliknya.

Keinginan itu dikongsi sebaik dia keluar dari hospital selepas beberapa hari dirawat akibat batuk berdarah, demam dan darah tinggi.

Menariknya tak sampai empat jam meluahkannya, hasratnya itu termakbul bila ada yang sudi menyerahkan bayi untuk dijadikan anak angkat.

Boleh tolong tak, saya nak cari baby

Assalamualaikum. Pagi. Sahabat, buleh tolong saya tak? Saya nak mencari baby utk saya & suami jaga sebagai anak angkat. Buleh Share info di mana saya buleh ambil/ pergi tengok dan sebagainya?

Kalau buleh yg tiada syarat ketat dan bukan-bukan sbb niat saya ikhlas nak menjaga anak itu sebaiknya. Apapun buleh bincang dulu. Mohon ye share info disini. TQ

PS; Yg sedang mengandung skrg pun dialu2kan DM saya kalau tak nak baby tu ye. Jangan dibuang dik. Kesian dia. Meh bagi kita. Kita akan bg sikit belanja utk ibunya kembali dpt pulihkan kehidupannya ya.

Ads

Lepas 3 jam dah dapat baby

Selepas tiga jam memuat naik status itu semalam, Abby dilihat sudahpun memangku seorang bayi. Beliau kemudian memuat naik status memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan Allah Taala.

Rezeki. TQ ALLAH. Dah dapat. Baby Boy. Bila ALLAH nak bagi… Syukur. Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan.

PS: Keluar hospital terus kita gi ambil baby ni. Namapun takde lagi ni.. Nanti2lah Sy share gambar ye. @normanhakim_786 jangan share dulu video tadi. Puk kang.

Ads

Baru luah, tak sampai tengah hari Allah dah makbul

Dalam pada itu bekas suaminya Norman Hakim turut berkongsi kegembiraan Abby mendapat anak angkat yang diingini. Malah dia juga dilihat bersama-sama dengan Memey melihat anak baru Abby.

Baby baru’ abah @jaiezzany & mama @abby_abadi112 n ‘family member’ baru kitaorang semua! Rezeki Allah… Baru je pagi tadi mama @abby_abadi112 luahkan hasrat dia nak ‘anak’ & tak sampai tengahari ni Allah makbulkan permintaan dia. Allahu comel sangat baby ni,dah mcm seiras ‘adik beradik’ dia yang lain.

Welcome onboard anak…awish & kikim pun masa nak berpisah tadi menangis melalak-lalak tak nak tinggalkan baby ni.Semoga Allah s.w.t memberkati permulaan silaturahim ini.Semoga baby ni happy dapat bersama kami sekeluarga & sama2 membawa seribu rahmat dan barakah buat abah,mama & kami sekeluarga Aamiin Ya Rabb.

Abby pada hari ini juga memuat naik gambar anak angkatnya yang berusia 10 hari. Dia turut berteka-teki nama yang bakal diberikan kepada bayi tersebut. Baru berusia 10 hari, Abby sempat meminta netizen tidak menilai paras rupa bayi itu. Sebaliknya dia mahu orang ramai mendoakan kesihatan bayi lelaki tersebut.

Ads

Menurut Abby, nama bayi itu masih belum dapat diputuskan lagi atas sebab beberapa urusan yang belum selesai.

 

Sumber:abby_abadi112 & normanhakim_786

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI