‘Baru Satu Hari Kamu Berdua Tinggalkan Kami Tapi Hati Ini Tersangatlah Rindu…’ Luahan Sayu Bapa 2 Anak Maut Serentak

Share

 

 

Sayunya mendengar berita semalam bila dua anak yang masih kecil maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Beserah Kuantan.

Kesan malangan yang berlaku semalam menyebabkan dua beradik maut akibat tercampak keluar selepas kereta Honda City dinaiki terbabas.

Mohd Helmiardi Bin Nosaha dan isteri terpaksa menerima hakikat bahawa dua puteri mereka yang masih kecil sudah tiada. Lebih pilu bila membaca luahan hati bapanya. Sebak…

Patutlah adik & kakak sangat gembira akhir-akhir ni…

Puteri ku, damai lah kamu berdua di sana.
Bermainlah, gelak ketawa lah bersama2 di dalam syurga Puteri ku.

Allah lebih sayangkan kamu berdua, Allah telah memanggil kamu berdua puteriku, akhir2 ini, abah perasan banyak masa kakak bermesra bersama adik.

Adik sangat gembira akhir2 ini bila bermain dgn kakak, dan adik selalu minta abah dukung adik setibanya abah di rumah setelah pulang kerja.

Kakak pula selalu buat abah terperanjat dgn jeritan untuk menyakat abah setelah abah melangkah ke dalam rumah setelah penat berkerja.

Tp abah tak pernah perasan yang semua tu bakal berakhir malam semalam 17/8/18. Puteriku abah dan ibu sangat sayangkan kamu berdua, rindu akan tawa senda mu, rindu jeritan kakak, rindu garau suara adik yg meminta makanan jika lambat di suap ke mulut.

Telinga macam dengar suara kakak dan adik

Kakak, abah rindu celoteh kakak yang suka bercerita kpd abah dan ibu dan soalan2 yang selalu kakak tanya pada abah dan ibu, abah dan ibu sangat2 rindu pada kamu berdua.

Baru satu hari kamu berdua meninggalkan kami, tapi perasaan ini terasa sangat lah rindu, telinga ini bagai terdengar akan suara kamu berdua puteriku, mata ini selalu terbayang2 akan pergerakan mu yang selalu bermain2 di dalam rumah.

Abah dan ibu takkan pernah lupa pada kakak dan adik, kakak dan adik damai lah di sana, Allah telah memanggilmu, pergilah dgn tenang, Allah telah meminjamkan kamu berdua kpd ibu dan abah sekadar waktu ini sahaja. Abah Redha…

Ya Allah tabahkan hatiku dan isteriku

Puteri2 ku, cari lah abah dan ibu jika kamu tidak bertemu abah dan ibu di Syurga, carilah sehingga jumpa, tariklah abah dan ibu ke dalam Syurga Allah, di mana tiada tempat yg kekal melaikan di syurga mu Ya Allah…

Ya Allah tabahkan hatiku dan isteri ku, tanamkan perasaan redha kpd kami dengan ketentuan dan takdir mu ini. Hadirkan sifat sabar di dalam diri kami Ya Allah.. Sebaik baik perancangan adalah perancangan mu Ya Allah.. ada kemanisan di sebalik kepahitan.. InsyaAllah..

Nur Nailah Al Farafisha
Nur Afina Safiya


Dalam kenangan Abah dan Ibu.

Dari,
Mohd Helmiardi Bin Nosaha

Menurut laporan akhbar semalam, kereta terbabit hilang kawalan lalu terbalik melanggar tiang lampu di tengah-tengah penghadang jalan, ketika melalui laluan berlopak. Akibat rempuhan itu, dua beradik terbabit tercampak keluar dan terjatuh atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai.

Semua mangsa dikejarkan HTAA untuk mendapatkan rawatan namun pada jam12.30 tengah malam, dua kanak-kanak yang sedang menerima rawatan meninggal dunia di wad kecemasan HTAA.

Sama-sama kita doakan ketabahan hati pasangan ini berdepan dugaan maha hebat. Doakan juga agar anak-anak ini ditempatkan bersama bidadari syurga.

 

Sumber: Ayuni Yumni

 

 

 

Published by
VK