
Isi Kandungan
Toggle
Seronok tengok gambar pelakon Zizie Izette bercuti di Santorini, Greece. Turut membawa anak kembarnya Aadam Zac dan Aaleph Zeke ke sana, isteri kepada Datuk Bung Mokhtar ini juga berkongsi foto-foto percutiannya yang khabarnya selama sebulan di instagram.
Selain baby kembar yang comel apa yang turut menarik perhatian adalah penampilan Zizie selama di sana. Dengan bentuk badan yang semakin langsing dia nampak cukup cantik sekali.
Tapi sebenarnya tak hairan jika Zizie tampil goergeous sebab katanya baju-baju yang dipakai ketika bercuti kali ni kebanyakannya ditaja designer lagi. #jeles ok!
Makin langsing!
Geramnya tengok baby kembar ni
Pemandangan cantik, orangnya pun cantik
A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Selalu Pakai Mekap dan Berada di Bawah Panas Matahari, Uyaina Arshad Kongsi Rahsia Jaga Kulit Wajah

Isi Kandungan
Toggle
Bergelar selebriti memanglah penampilan kena nampak cantik dan sedap mata memandang. Senang kata, selebriti ni dah dianggap bagai hal masayarakat. Setiap apa yang dipakai dan digayakan menarik perhatian.
Pun begitu, bagi pengacara, Uyaina Arshad, cantik itu subjektif. Dia lebih selesa menjadi diri sendiri dengan menjaga badan dan kulit wajah mengikut cara tersendiri sebagaimana ibu dan adik-beradiknya.
Detoks cuka epal
Uyaina menyatakan bahawa dia berketurunan Arab. Justeru badannya mudah naik jika terlebih makan dan kurang bersenam. Salah satu cara untuk memastikan perut tidak buncit selain melawaskan pembuangan, Uyaina mengamalkan cuka epal. Uyaina minum cuka epal 1 sudu besar setiap pagi ketika perut kosong.
Selain itu, untuk memastikan badan kekal langsing, Uyaina mengehadkan pengambilan nasi. Dalam seminggu dia hanya makan nasi dua atau tiga kali sahaja. Selebihnya dia makan sesuatu yang mengenyangkan selain nasi misalnya roti.
“Saya tak boleh hari-hari makan nasi. Saya ni keturunan Arab jadi memang badan mudah sangat nak naik. Kena hati-hati. Selain itu, saya juga bersenam. Selalunya lari atas treadmill selama 30 minit hingga sejam. Tu memang kena buatlah nak jaga badan dan juga stamina.”
Minum air sayur
Nak tahu apa rahsia kulit Uyaina yang licin macam telur kena kupas ni? Kata Uyaina, dia selalu minum air tomato, lobak merah dan timun yang dikisar halus.
“Lepas kisar semua sayur tu, saya masukkan sikit stevia. Jangan bubuh gula pula. Minum air sayur ni membuatkan kulit lebih lembap dan berseri. Kalau ikut emak saya, mak suka yang pahit macam daun betik. Minum air rebusan daun betik pun bagus untuk cantik dan sihat,” katanya.
Basuh mekap bersih-bersih
Disebabkan selalu tampil di kaca televisyen dan penggambaran lain, wajah Uyaina selalu dikenakan mekap. Mengakui bahawa penggunaan alat mekap dalam masa panjang boleh menjejaskan kulit namun Uyaina berkongsi panduan yang dilakukan supaya kulit wajah kekal cantik.
“Perkara utama yang saya amalkan ialah jangan sesekali tidur tanpa bersihkan mekap. Kena basuh bersih-bersih semua solekan barulah boleh tidur. Nak kulit sihat, saya pakai pelembap dan sun block. Dalam keluarga, saya seorang yang ada masalah kulit sensitif. Jadi saya kena lebih berhati-hati dan lebih suka gunakan bahan semula jadi untuk jaga kulit muka.”
Juara Puteri Muslimah Asia 2018
Pada Mei lalu, Uyaina telah menjadi juara untuk program Puteri Muslimah Asia yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Mewakili Malaysia, Uyaina menewaskan peserta dari Indonesia, Turki dan Brunei.
Sebagai wanita berhijab, sudah semestinya fesyen yang seksi tidak sesekali akan digayakan. Dia lebih selesa menggayakan pakai yang ringkas namun tetap nampak menawan.
“Pilihan saya ialah blaus yang labuh hingga ke lutut dan dipadankan dengan seluar. Itu memang gaya saya ketika keluar ke mana-mana. Senang dan selesa,” katanya menutup bicara.
Baju Kurung Lengan Lipat Tunku Tun Aminah Jadi Bualan. Bakal Jadi Ikutan

Sebaik berita Puteri Sultan Johor ini akan bernikah dengan jejaka dari Belanda Dennis Muhammad Abdullah diumumkan ramai yang membayangkan bahawa majlis perkahwinan diraja ini akan berlangsung penuh gilang gemilang.
Paling ditunggu sudah tentu penampilan Tunku Tun Aminah Iskandariah. Dengan status puteri raja dan beliau sendiri dilihat sebagai fashionista rata-rata membayangkan busana yang disarung pada hari bahagianya itu mewah dan gah sekali.
Namun 14 Ogos lalu pada hari pernikahan dan persandingannya Tunku Tun Aminah membuat kejutan yang cukup manis sekali bila tampil dengan persalinan pengantin yang begitu sederhana, jauh dari jangkaan kita semua.
Mengenakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga, penampilan Tunku Tun Aminah yang ringkas itu nyata jadi bualan netizen hingga ke hari ini.
Ternyata pemilihan busana tersebut itu juga ada ceritanya yang tersendiri.
“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.
“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya.
“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tunku Tun Aminah dalam satu wawancara bersama The Royal Johor Press.
Busana tersebut jadi pilihan puteri ini untuk istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Lengan baju kurung dilipat
Selain penampilan sederhana, ada satu lagi perkara menarik tentang baju kurung Teluk Belanga yang dikenakan oleh puteri tunggal Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ini.
Bahagian lengan baju kurungnya dilipat hingga kelihatan agak senteng. Ramai wanita perasan akan perkara ini malah tertanya-tanya kenapa.
Kalau diperhatikan ciri yang sama juga ada pada busana perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah (foto lama).
Bukan sesuatu yang baru, pemakaian baju kurung lengan lipat itu sebenarnya merupakan satu gaya dan elemen pada busana Johor asli. Malah lengan lipat ini juga turut diaplikasikan oleh lelaki Johor ketika mengenakan baju melayu Teluk Belanga.
Ada yang berasa janggal melihatnya, namun gaya tersebut cukup indah dikenakan oleh seorang puteri malah ramai yang memuji keputusan Tunku Tun Aminah memilih busana tradisi Johor ini pada hari perkahwinannya yang sekali gus mengangkat budaya negeri itu.
VK juga jangkakan stail baju kurung Teluk Belanga lengan lipat yang dikenakan Tunku Tun Aminah ini menjadi ikutan wanita bukan setakat di negeri Johor saja selepas ini.
Kredit foto : Facebook The Royal Johor & Johor Southern Tigers
Terpaksa Dirawat Kerana Kasut Tumit Tinggi, Zara Zya Nasihat Wanita Lain Kurangkan Pemakaiannya

Meski pun kajian telah menyatakan pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan namun kaum wanita tetap mengenakannya untuk tampil cantik.
Pelakon Zara Zya bagaimanapun mungkin serik setelah mendapat pengajaran daripada pemakaian kasut tumit apabila terpaksa mendapat rawatan kerana mengenakan kasut jenis ini dalam tempoh yang lama.
Perkara ini didedahkan oleh Zara Zya sendiri dalam akaun instagram miliknya.
“Kejadian semalam…bila terjaga waktu pagi, kaki dgn tulang belakang saya sakit sgt. Tak boleh jalan. Hasrat nak pegi shooting tergendala. Nervousnya masa tu Allah je tahu. Hurmmmm sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi.
Shooting pakai, masa jalan2 pakai. Dan terlalu banyak berdiri. Nahhhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Skrg ni saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita please lah kurangkan pakai high heels okay. Alhamdulilah sekarang saya okay.”
Demikian tulis Zara dalam status yang disertakan dengan gambar dia sedang menerima rawatan dan satu lagi foto di atas kerusi roda.
Justeru apa yang berlaku kepada dirinya, pelakon ini yang juga bintang drama Tuan Anas Mikael ini meminta wanita di luar sana mengurangkan pemakaian kasut tumit tinggi bagi mengelakkan kejadian yang berlaku pada dirinya berulang.
Bahaya pakai kasut tumit tinggi
Selain sakit kaki dan tulang belakang seperti dialami Zara Zya, pemakaian kasut tinggu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan berikut;
- Seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50%, manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% tekanan pada kaki.
- Masalah lebih menyakitkan ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan perlu dilakukan.
- Berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
- Pergelangan kaki terseliuh di bahagian buku lali kerana sukar mengimbang badan.
- Masalah bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua mengakibatkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki
- Pemakaian kasut tumit tinggi yang bertutup di hadapan dan runcing menyebabkan darah tidak dapat bergerak dengan betul akibat tersekat.
- Betis memendek dan tegang kerana tumit tertolak ke atas menyebabkan kaki kerap mengalami kekejangan dan sakit di bahagian tumit.
- Kulit pada bahagian kaki menerima tekanan akan mengeras termasuklah bahagian tapak kaki, di bawah jari dan bahagian tepi hujung kaki.
- Kesakitan lutut menyebabkan badan tidak stabil.
- Saraf bengkak/menebal pada bola kaki iaitu morton’s neuroma, pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund) dan jari bengkok (claw hammer)
Mr. Edmund Lee, Pengarah Urusan MyOrtho & Pakar Orthotik dan Prostetik
Prof. Madya Dr. John Marymont, Pakar Pembedahan Ortopedik, Kolej Perubatan Baylor, Houston
Sumber: instagram zarazya