Ada kala kita beli bawang banyak, disebabkan lama sangat dalam bekas tak digunakan sampai tumbuh ‘jambul’.
Kalau bawang dah jadi macam ni, elok tanam saja terus. Boleh guna cara yang dikongsi oleh Weekenbaker ini. Caranya tanam bawang untuk daun bawang mudah saja, nak guna botol mineral pun boleh, kalau tiada pasu.
Tanam pokok bawang dalam botol pun boleh
Mana-mana bawang yang dah mula nampak jambul, kita tanam saja. Boleh guna untuk masakan di rumah. Bukan apa kadang-kadang nak guna bawang sikit tapi kita lebih lebih. Akhirnya rosak. Sebelum membazir baik tanam.
Ads
Cara saya;
1. Ambil botol mineral, tebuk lubang di bawah dengan dawai yang dipanaskan.
2. Isi tanah macam biasa, saya guna sekam padi campur dengan tanah.
Ads
3. Tanam bawang tenggelamkan dalam 3/4 saja. Jambul bawang digunting supaya cepat tumbuh.
4. Siram tapi jangan berlebihan. Elak juga kena air hujan, bila tanam dalam botol begini senang untuk dialih.
5. Insya-Allah dalam masa 2 minggu dah boleh dapat hasil. Jika nak daun besar tanam bawang besar.
Ads
INFO
– Daun bawang bila dah melentok maknanya dah sampai masa untuk dipotong.
– Selepas potong, daun bawang akan tumbuh semula. Boleh tuai dalam sekali-dua lagi kemudian pokok akan kering.
Menu ketam telur masin ini memang sedap. Confirm menjilat jari. Tapi jika makan di restoren harga untuk hidangan satu famili mahu mencecah ratusan ringgit.
Jadinya untuk jimat kita buatlah sendiri di rumah. Modal beli ketam. Bahan yang lain kebanyakannya ada saja di rumah. Caranya boleh ikut perkongsian Izzati Insyirah Rosli. Mudah saja pun.
Masak sendiri ketam telur masin
1. Ini bahan-bahan yang digunakan;
Ketam
Telur masin direbus
Susu cair
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing.
2. Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur(kalau tak mahu guna bahagian putih pun tak mengapa).
3. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
4. Ok ketam dah siap digoreng.
5. Panaskan butter, masukkan daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi.
6. Masukkan susu cair dan gula, tunggu sampai berbuih.
7. Masukkan ketam yang sudah digoreng.
8. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi. Ok siap! Boleh makan dengan nasi panas.
Sambil memandu mata rasa nak tertutup saja. Malah ada juga yang terlelap sesaat dua. Pasti ada yang mengalami situasi ini.
Keadaan seperti ini dipanggil sebagai ‘microsleep’, di mana badan seseorang dalam keadaan ‘tidur’ buat seketika.
Bagaimana ia boleh berlaku? Ini kerana segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses oleh otak. Selalunya ia berlaku dalam masa 1 hingga 30 saat.
Microsleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ia sangat berbahaya buat kita dan penumpang kerana boleh menyebabkan kemalangan.
Dalam keadaan mengantuk kita selalu paksa diri untuk memandu dan tanpa sedar kita sebenarnya sudah terlelap beberapa saat!
Biasanya keadaan ini terjadi pada waktu awal pagi dan tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.
Simptom-simptom microsleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus
Faktor berlakunya microsleep
Sebab utama berlakunya microsleep adalah tidur sama ada kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.
Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...