Bayar loan rumah tiap bulan selama 16 tahun bukan perkara kecil. Komitmen tinggi, penuh disiplin—tapi bila tengok baki pinjaman, tinggal tak banyak beza pun dari jumlah asal? Rasa macam tak masuk akal.
Mungkin ramai juga yang berdepan situasi sama. Perkara ini juga dilalui oleh seorang klien perunding hartanah Zam Sani yang lantas meminta pandangan beliau tentang ini. Setelah diselidik ujar Zam barulah diketahui ia berpunca daripada Fixed Rate Loan.
Bayar loan rumah 16 tahun, hutang cuma susut RM16k
Pinjaman asal RM151,000.Selepas 195 bulan (lebih 16 tahun), pembayaran bulanan RM1,160 telah dibuat secara konsisten. Jumlah keseluruhan yang dibayar? RM226,200.
Tapi bila semak semula baki pinjaman terkini—masih berbaki RM134,858.88. Maknanya, hutang hanya susut sekitar RM16,000 dari asal.
Di Mana Silapnya?
Ramai akan fikir ini tak logik. Tapi selepas diselidik, rupa-rupanya pinjaman ini adalah Fixed Rate Loan, dengan kadar tetap 6.70% selama 30 tahun.
Ramai tak tahu, pinjaman kadar tetap ini memang sifatnya begitu.
Bayaran awal kebanyakannya hanya ‘makan’ interest, bukan kepada prinsipal (pokok hutang). Hanya bila masuk fasa akhir, baru jumlah kepada prinsipal jadi lebih besar.
Ads
Fixed Rate vs Floating Rate: Mana Sebenarnya Lebih Baik?
Secara ringkas;
Fixed Rate – Kadar faedah kekal sepanjang tempoh pinjaman. Nampak stabil, tapi bila kadar pasaran turun, kita tetap bayar tinggi.
Floating Rate – Kadar berubah ikut pasaran. Bila OPR turun, bayaran bulanan pun boleh jadi lebih rendah.
Sebagai contoh:
Sekarang kadar OPR di Malaysia ialah 3.00%.
Kalau pinjaman floating rate sekitar 4.35% efektif, pinjaman fixed 6.70% jadi sangat mahal dalam jangka panjang.
Ads
Boleh Ke Tukar Sekarang?
Kalau anda dalam situasi sama, mungkin ini masanya untuk pertimbangkan:
✅ Refinance ke pinjaman floating rate (dengan kadar lebih rendah)
✅ Semak pakej yang benarkan prepayment atau flexible repayment
✅ Elakkan ambil fixed rate kecuali betul-betul perlu dan faham
Tapi sebelum buat keputusan, bincang dulu dengan pegawai bank atau penasihat kewangan. Jangan terburu-buru.
Ads
Kesimpulan
Perkara sebegini bukan salah siapa-siapa. Ramai kalangan kita sign loan tanpa betul-betul faham terma dan kesan jangka panjang. Kadang sebab terdesak nak rumah. Kadang sebab tak diberi penjelasan yang cukup.
Tapi ilmu kewangan begini penting untuk kita ambil tahu.Bukan sebab kita nak kaya cepattapi supaya kita tak rugi perlahan-lahan tanpa sedar.
Kepada yang dah sign loan fixed rate—masih belum terlambat untuk buat perubahan. Dan kepada yang baru nak mula—ambil masa, fahamkan betul-betul sebelum tandatangan.
Rumah mungkin aset paling besar dalam hidup kita. Tapi kalau silap langkah, ia juga boleh jadi beban paling berat.
Sayur brokoli memang jadi kegemaran ramai. Melihat warna hijau nan segar kita pasti teringin menikmatinya.
Malah brokoli ini juga jadi sajian anak-anak kecil dengan mengolahnya menjadi puri. Tapi sayangnya ramai para ibu tidak akan mengamalkan cara betul membersihkan sayur ini dimasak.
Perlu diketahui di sebalik rumpun hijau brokoli itu, sayur ini mengandungi banyak sekali ulat halus tak dapat kita lihat dengan jelas dan tidak akan mati dengan cara membilas dengan air saja.
Berikut adalah langkah paling berkesan untuk membuang ulat pada brokoli yang perlu dilakukan sebelum memasak sayur ini.
1. Potong brokoli dan sediakan campuran air dan juga cuka. Rendam brokoli ke dalam air ini selama 15 minit.
Selepas itu anda akan dapat melihat ulat-ulat halus akan terapung di permukaan air. Bilas dan barulah dimasak.
2. Satu lagi cara adalah dengan merendam sayur brokoli dengan air garam selama 30 minit hingga satu jam. Kemudian bilas.
Selepas membersihkan brokoli dengan cara ini barulah sayur ini boleh dimasak. Cuba bayangkan sekiranya kita tidak membasuh bersih sayur ini sebaliknya terus menyajikannya pada anak kecil.
Sumber Facebook Masak Apa Hari Ni… Foto Fieza Nelson
Teringin nak akan mee bandung tapi bila tengok bahan nak buat punyalah panjang, terus tak jadi.
Nak yang mudah boleh ikut cara SuiSan Aliezsha. Mee bandung ini katanya resipi arwah ibunya tapi cukup ringkas. Mudah kerja tapi makan sedap!
Mi bandung ringkas resipi arwah mak
Bahan-bahan:
Cili kering, bawang besar & bawang putih (kisar)
Kacang tanah (goreng & kisar)
Udang kering (kisar)
Daging – direbus (air rebusan asingkan)
Udang basah..
Telur
Sukatan ikut kuantiti mee
Cara membuat:
1. Tumis cili sehingga naik minyak dan masukkan udang kering & kacang dan kacau.
2. Masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan biarkn mendidih.
3. Masukkan garam, gula secukup rasa.
4. Masukkan udang dan biar seketika.
5. Kemudian masukkan daging, pecah telor dan masukkan sayur. Siap!
Siang bekerja, malam buat kerja rumah. Ini memang rutin isteri atau ibu yang bekerja. Sebab itu ramai yang mengeluh penat, kerana kurang masa berehat.
Pun begitu dalam mengeluh kerja tetap dilakukan. Agar terus cergas buat kerja rumah anda mungkin boleh amalkan air rebusan herba bersama lemon dan madu perkongsian Habibah Badar Bajrai.
Air rebusan herba ini katanya membuang angin, menjadikan badan lebih ringan dan bantu kaum wanita lebih cergas buat kerja rumah.
Lebih dari itui katanya air rebusan ini juga disarankan untuk dijadikan amalan oleh mereka yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.
Tak perlu risau dengan bahan-bahannya, tiada yang pelik. Semua berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak khasiat.
Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami yang ada masalah perut buncit juga. Jadi sekali isteri buat boleh kongsi dengan suami. Jom cuba!
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara membuat
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
Hasilnya? Jika diamalkan boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi air detox juga! Memang berbaloi untuk mereka yang mahu kurus cepat tapi sihat.
Khasiat bahan dalam air rebusan
Serai
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol & gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Kayu manis Ceylon (true cinnamon)
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...