Hati wanita boleh sentap kalau orang yang sebaya usia tiba-tiba panggil kita kakak. Memang akan ingat sampai bila-bila.
Tapi janganlah marah-marah sangat. Itulah realitinya, wajah kita sebenarnya dah tunjukkan tanda-tanda penuaan.
Mungkin anda dah boleh mula pakai produk anti penuan seperti serum dan sebagainya. Selalunya produk macam ni mahal di pasaran, serum saja dah mencecah ratusan ringgit.
Tapi sebenarnya ada satu cara lagi untuk membantu wajah nampak lebih muda yang disarankan oleh pakar yoga wajah.
Disarankan pakar yoga
Percuma, tak perlu keluar duit dan boleh buat sendiri di rumah. Yang perlu anda lakukan adalah ikut 6 jenis senaman ini yang disarankan oleh pakar yoga wajah bernama Danielle Collins.
Senaman ini menurut Collins akan melibatkan hipodermis atau bahagian paling bawah kulit, dermis atau bahagian tengah kulit dan epidermis lapisan kulit bahagian paling atas.
Dengan penglibatan semua bahagian kulit, senaman ini akan meningkatkan pengaliran darah, memastikan lebih oksigen dan khasiat diperoleh oleh sel kulit. Hasilnya kulit lebih cerah, berseri dan kurang toksin.
Senaman wajah anti penuaan ini juga teknik yang direka untuk menstimulasi kolagen dan elastin pada bahagian tengah kulit agar kulit lebih lembut dan tegang.
Senaman ini disarankan dilakukan 20 minit, enam kali seminggu. Mudah tapi kesannya cepat.
Selepas dua minggu kata Collins wajah akan dilihat kurang garis halus, kurang stres dan orang sekeliling akan melihat wajah anda lebih sihat dan berseri.
1. The V
Kebaikan: Mengurangkan eye bag, mengurangkan sembap/bengkak bahagian mata, drooping eyelids, mengurangkan kedutan sisi mata
2. The Smile Smoother
Kebaikan: Menghilangkan garis pipi & Kulit kendur
3. Smooth The Brow
Kebaikan: Menghilangkan garisan mendatar di dahi
4. The Flirty Eyes
Kebaikan: Mengurangkan engkungan dalam mata & Lengkungan alis mata
5. The Girrafe
Kebaikan: Mengurangkan garisan & kulit kendur di bahagian leher
6. Acupressure point
Akhiri senaman ini dengan melakukan acupressure point dengan meletakkan hujung jari telunjuk pada bahagian tengah antara alis. Beri sedikit tekanan dan lakukan gerakan membulat mengikut pusingan jam dan lawan jam. Kemudian picit bahagian tepi wajah dari bawah dagu hingga ke rahang menggunakan hujung jari.
Sekarang musim durian, harga pun dah semakin murah. Tapi durian jenis Musang King atau Mao Shan Wang harganya tetap juga mahal.
Sebiji boleh mencecah RM100 malah lebih pada bukan musim. Walau begitu peminatnya tetap ada dan sanggup membelinya.
Disebabkan harga yang mahal maka sebelum membeli wajiblah tahu ciri durian Musang King ini. Takut nanti tertipu. Terutama bagi yang baru nak rasa dan belum mahir tentang ciri durian jenis ini.
1. Duri bentuk piramid
Durian Musang King mempunyai duri yang berbentuk piramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.
2. Bentuk buah bujur
Durian Musang King biasanya berbentuk bujur, seperti bola ragbi ( ia juga kadangkala berbentuk seperti buah pinggang). Pernah nampak buah pinggang? macam tu la bentuknya.
3. Tapak sulaiman
Durian Musang King juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish” atau tapak sulaiman.
4. Tidak berduri di pangkal
Durian Musang King tidak berduri pada tangkal buah. Pangkal Musang King juga botak dan leper iaitu seiras bentuk “starfish” yang leper.
5. Warna isi kuning kunyit
Isinya berwarna kuning diraja (kerana itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya manis, sangat lemak dan berkrim disertai sedikit kepahitan. Keseluruhannya kombinasi yang seimbang dan tentunya sedap. Bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya senang ditanggalkan.
Walau memang guna gas untuk memasak, tapi bab pasang kepala gas tetap buat kita risau terutama kalangan kaum wanita.
Kena pula lepas pasang kepala gas ada bunyi dan ada bau gas, mulalah fikir yang negatif akan berlaku. Sebenarnya jika berlaku situasi ini waktu memasang kepala anda hanya perlu melakukan beberapa langkah yang dikongsi oleh Arm Ika untuk menyelesaikan masalah ini.
Atasi masalah tong gas keluar bunyi dan bau
Saya sekadar ingin membantu apa yang saya tahu. Saya nak kongsi ilmu mengenai “tong gas” bila berdepan masalah waktu tukar gas baru. Ketika ini mungkin berlaku ada bunyi dan gas keluar. Cara atasi;
Step 1 – Ini getah hitam ada dalam kepala gas.
Step 2 – Keluarkan getah itu guna pisau atau alat yang tirus untuk cungkil keluar getah hitam dari kepala gas.
Step 3 – Bila dah keluar, terbalikkan getah hitam kemudian masukkan semula.
Step 4 – Tekan terus supaya rapat, guna jari pun boleh.
Nota: Kalau tiada getah langsung dalam kepala gas boleh ambil dari tong gas yang lain masukkan di dalamnya. Tapi kalau dah tukar pun masih ada bunyi gas dan berbau gas carilah orang yang sepatutnya untuk melakukan pemeriksaan.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...