
Membaja pokok buah yang sudah besar dan meninggi ada caranya. Ia penting supaya pokok buah ini terus subur, berbunga dan berbuah.
Jika tak kena caranya pokok takkan dapat manfaat dan khasiat dari baja. Berikut adalah cara membaja pokok yang sudah besar perkongsian Halim Waghih.
Cara baja pokok buah yang dah besar
1.Gali lubang kecil-kecil sekeliling pokok.
2. Letak baja sedikit-sedikit untuk setiap lubang kemudian timbus kembali. Selesai, itu saja!
3. Bagusnya cara ini jika hujan lebat selepas dibaja, baja akan dibawa air hujan dan akan cepat meresap. Ini saya buat dipokok kuinin.
Sumber: Halim Waghih
Artikel berkait:
Kalau Tanam Pokok Buah, Buat 2 Air Semburan Ini Supaya Buah Elok & Lebat
Siram Dengan Air Campuran Yakult Telur Supaya Tanaman Berbuah Lebat, Manis & Subur
Kalau Kena Patuk Ular, Jangan Cuba-Cuba Sedut Bisa! 4 Perkara Ini Yang Kena Buat Cepat

Kejadian dipatuk ular memang selalu kita dengar dan lebih menakutkan ia berlaku bukan di hutan atau dalam semak samun tapi sebaliknya di kediaman atau kawasan rumah sendiri.
Disebabkan itu sedikit sebanyak kita perlu mengetahui apa yang perlu dilakukan bila berdepan dengan situasi diri sendiri atau orang lain dipatuk ular.
Dikongsi oleh Dr Samhan, berikut adalah pertolongan cemas yang boleh kita buat sendiri atau orang di sekeliling kita jika dipatuk ular.
APA YANG PERLU DIBUAT JIKA DIPATUK ULAR ?

Jom ketahui apa pertolongan cemas yang boleh dibuat jika anda sendiri atau orang sekeliling dipatuk ular!
Jika dipatuk ular, ini adalah apa yang anda perlu lakukan :
✅ Cari bantuan dengan segera !
✅ Bersihkan luka dan beri tekanan bila membalut
✅ Kurangkan bergerak
✅ Segera naiki ambulan dan dapatkan antitetanus dan antivenom (bukan antivaksin)
Selain itu, ada juga perkara yang dilarang jika dipatuk ular :
– Jangan sedut bisa
– Jangan sekat salur darah
– Jangan naikkan luka melebihi paras jantung (contoh: letak kaki atas bantal)
– Jangan beri ubat tahan sakit aspirin atau ubat tradisional
Namun, harus diingat ular juga ada yang berbisa dan tidak berbisa! Pun begitu, adalah tidak wajar untuk kita semua mengambil risiko mendekati haiwan ini hanya kerana ia tidak atau kurang berbisa. Jadi, sila cuba untuk jauhinya dan segera bertindak jika sedang / telah dipatuk !
Semoga bermanfaat
Sumber: Dr Samhan
Cara Elak Buah Mangga Yang Ditanam Berulat & Busuk. Boleh Praktik Petua Guna Panadol Juga!

Isi Kandungan
ToggleDari luaran buah mangga yang ditanam nampak cantik saja. Tapi bila kupas penuh dengan ulat. Ada juga buah yang luruh dan busuk walaupun belum masak.
Bila hasil buah mangga jadi begini memang mengecewakan. Punca buah mangga jadi begini adalah akibat serangan lalat buah.
Buat perangkap lalat buah
Antara yang boleh dilakukan untuk mencegah serangan lalat ini adalah dengan membuat perangkap lalat buah menggunakan Petrogenol atau Methyl Eugenol.
Ia adalah sejenis hormon untuk memikat lalat buah supaya masuk dalam perangkap yang boleh dibuat dari botol air mineral.
Lalat buah akan masuk ke dalam perangkap dan tidak menyerang buah. Petrogenol boleh dibeli di kedai menjual racun serangga.
Untuk membuat perangkap ini, alat yang diperlukan adalah botol air mineral, stapler, playar, pisau, batang besi dan kapas. Cara membuatnya adalah seperti berikut.
1. Potong 2 botol air mineral.
2. Masukkan sebatang besi di bawah botol, pastikan ia ditengah-tengah.
3. Bengkokkan hujung besi untuk meletakkan kapas yang dititis dengan hormon pemikat lalat ini.
4. Petrogenol atau Methyl Eugenol disapu pada kapas dimasukkan ke dalam botol air yang dibuat lubang di sekelilingnya.
Bergantung kepada angin dan keadaan sekeliling pokok, lalat buah jantan akan menghidu bau hormon tersebut seterusnya masuk ke dalam botol.
Bila masuk ia sukar untuk keluar dan seterusnya mati kerana bau yang sangat kuat dalam botol plastik. Bau feromon ini boleh tahan untuk beberapa minggu dan perlu disapu semula.
Boleh juga praktik petua ini, antaranya letak Panadol!
Selain itu ada lagi beberapa petua yang dikongsi oleh netizen di Facebook untuk mengelakkan buah mangga berulat. Antaranya;
1. Letak beberapa biji panadol dalam kulit pokok mangga ataupun tanam Panadol pada pangkal pokok buah mangga. Lakukan ketika pokok sedang berbunga.
2. Bakar daun-daun yang luruh dan rantin di bawah pokok. Biarkan dahan pokok terkena asap tapi pastikan api jangan terlalu marak.
3. Bersihkan buah mangga yang jatuh dan busuk di bawah pokok supaya tidak menjangkiti buah yang elok.
4. Tabur garam anggaran sekaki dari pokok mangga.
Sumber: Samsoe Adhi
DIY Dapur Ringkas Guna Kapas Muka & Minyak Terpakai, Berguna Untuk Masak Waktu Camping Atau Berkelah

Hujung minggu ramai yang suka bawa keluarga untuk berkhemah atau pun berkelah tepi pantai mahu pun sungai.
Untuk jimat biasa kita akan masak sendiri saja. Cuma nak masak ini biasanya kenalah bawa dapur gas portable. Tapi jika kita tak bawa atau terlupa bawa boleh gunakan idea dapur DIY yang dikongsi oleh Cheff Dapo Dak Yoi.
Dengan hanya menggunakan kapas muka, minyak masak terpakai dan bekas tin, ia boleh dijadikan dapur untuk memasak. Cara selanjutnya boleh ikut perkongsian beliau.
Cara buat dapur masak guna kapas muka dan minyak masak terpakai
Zaman gawat ni kita masak guna dapur ni saja, jimat…
Hari ni masak telur kicap je, makan tepi laut. Letak cili api kampung, yang ini tak boleh tinggal.
-Bahan bakar atau dapur cuma guna kapas muka, minyak masak terpakai saja. Kapas muka guna dalam 6 keping.
-Cara nak buat letak satu-satu kapas dan tuang minyak. Kemudian tarik sikit kapas untuk cucuh api. Dah boleh masak.
-Kalau minyak tinggal sikit, tutup dulu bekas untuk padam api, tambah minyak kemudian hidupkan semula api. Boleh pakai berkali-kali.
Dapur ini boleh masak untuk hidangan yang ringkas seperti telur goreng atau dadar, sardin dan sebagainya.
Untuk tonton video DIY dapur ini oleh Cheff Dapo Dak Yoi boleh klik SINI