Makan

Begini Cara Betul Bersihkan Paru Supaya Tak Berbau Hanyir. Waktu Rebus Masuk Sekali Bahan Ini

Share

Hari raya korban nanti mungkin ada yang akan menerima bahagian paru ini selain daging. Tapi sebelum dimasak, paru ini harus dibersihkan dengan cara yang betul dan teliti supaya tidak berbau hanyir.

Bagi yang belum tahu cara bersihkan paru ini boleh gunakan cara yang dikongsi Afy Al Habibi sebagai panduan.

Cara bersihkan paru supaya tak berbau hanyir

Ketelitian membersihkan bahagian paru sangatlah penting. Tak boleh buat acuh nanti bau hanyir sekiranya air darahnya tidak dibersihkan betul-betul.

  1. Ia perlu dicuci sampai hilang warna air darah.

2. Kemudian rendam dengan air gandum/cuka atau perahan limau nipis. Seterusnya basuh dan toskan lagi sekali.

3. Seterusnya baru masukkan dalam periuk berserta air. Guna periuk yang besar supaya senang untuk membalikkan paru.

4. Dalam periuk campur sekali;
– asam keping
– garam
– serai (jika suka, ia boleh kurangkan bau hanyir)
– halia

5. Rebus kira-kira 35 minit dalam api sederhana besar. Tak perlu tutup periuk, nanti air melimpah. Sesekali balik-balikkan paru ini.

6. Sebelum tutup api, cucuk-cucuk paru untuk melihat bahagian dalamnya. Sekiranya tidak lagi berwarna merah bermakna sudah cukup masak dan boleh tutup api.

7. Buang semua air rebusan dan toskan. Boleh juga lalukan di bawah air sekejap sebelum ditoskan. Kemudian bolehlah dihiris untuk dimasak ikut citarasa.

Semoga bermanfaat

Sumber: Afy Al Habibi

IKLAN