Antara hidangan mudah yang jadi kegemaran kebanyakan kita adalah nasi ayam. Kalau rasa nak makan di luar selalu yang dituju adalah The Chicken Rice Shop.

Menun pilihan kita sama ada nasi ayam hainan atau roasted. Makan pula dengan tauge rangup, memang lengkap.

Kalau satu famili gemar nasi ayam di sini, rasanya elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Bolehlah berjimat sikit selain puas makan, nak tambah pun tak mengapa.

Macam mana nak buat? Resipinya dikongsi oleh Rafiah Nor, lengkap dengan cara buat tauge sekali.

Nasi ayam hainan & ayam roasted ala The Chicken Rice Shop

Bahan untuk ayam Hainan:

Ayam
Daun bawang
halia -hiris

Bahan untuk kicap ayam:

IKLAN

Bawang putih – dicincang
Hirisan halia
Air rebusan ayam
Sos tiram
Kicap cair
serbuk 5 spices
Tepung jagung
Garam & gula

Cara penyediaan ayam hainan 

  • Ayam direbus bersama daun bawang & hirisan halia selama 15-20 minit(ikut saiz ayam).
  • Bila sudah masak rendam dalam air ais. Biarkan selama 20-30 minit. kemudian tos.
  • Untuk kicap ayam tumis bawang putih yang cincang sehingga perang.
  • Masukkan air rebusan ayam. Tambah sos tiram, serbuk 5 spices, sedikit garam dan gula.
  • Bila mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Agak-agak pekatnya ya.
  • Bila air kicap dan mendidih boleh tutup api.
  • Potong ayam hainan dan tuang kicap diatasnya sebelum hidang.
  • NOTA : Boleh buat lebih kerana sos kicap ini juga digunakan untuk siram taugeh.

Bahan untuk ayam roasted

1 ekor ayam (sederhana besar)
2 sudu gula pekat
8 sudu cuka
1 sudu serbuk lada putih
2 sudu serbuk 5 spices
1 sudu mkn gula& garam

Cara penyediaan ayam roasted

  • Gula pekat di campur dengan 2 cawan air, cuka, serbuk lada putih.
  • Panaskan dalam masa yang sama kita perapkan ayam bersama serbuk 5 spices, garam dan gula.
  • Gaul sebati bahan dan sapu di dalam perut ayam (jemur sekejap).
  • Kemudian goreng dengan cara menyiram minyak panas ke atas bdn ayam (bakar pun boleh ya). Goreng sehingga warna keemasan.Siap

Cara buat cili

  • Kisar cili merah, bersama serai, bawang putih (ulas je) bersama air rebusan ayam. Nak pedas tambah cili padi.
  • Tumis bawang putih yang dicincang. Bila keperangan masukkan bahan dikisar.
  • Tambah cuka, gula, garam & sos tomato.
  • Bila mendidih tutup api, siap

Cara buat sup

  • Satukan dalam periuk air rebusan ayam, halia, bawang putih hiris, serbuk perasa, dan garam.
  • Sesuaikan rasa, bila mendidih tutup api siap. Boleh masukkan bebola ikan/ ayam

Cara buat tauge stim

  • Ambil taugeh siram dengan air panas. Toskan.
  • Letakkan dalam pinggan & curahkan sos kicap yang kita guna untuk buat ayam tadi.
  • Kemudian boleh tabur dengan daun bawang & cili merah. Siap.

Bolehlah dihidang

Sumber: Rafiah Nor