Begini Cara Mudah Tanam Kesum Di Balkoni, Hanya Guna Baldi Tanpa Siram Pun Boleh Hidup Subur

Share

Hobi bercucuk tanam ini akan jadi seronok apabila kita memilih tanaman yang digunakan dalam masakan harian.

Misalnya pokok cili, pandan, daun sup, pudina, daun bawang, kari dan juga pokok kesum.

Kerja memasak jadi lebih mudah kerana tidak perlu membelinya di kedai dan hanya boleh dipetik di halaman sendiri.

Dan bagi mereka yang tinggal di rumah jenis tingkat, apartment, pangsapuri atau kondominium masih boleh menanamnya dari balkoni sahaja.

Perkongsian pengalaman dari Cik Pooja yang memberitahu cara menanam pokok kesum bagi mereka yang mendiami rumah jenis bertingkat dengan menanam di balkoni saja.

Ikuti perkongsiannya yang mengajar cara menanam kesum dalam baldi dan ini adalah untuk mengelakkan air bertakung dan jentik-jentik.

Bahan-Bahan:

1 biji pasu
1 biji baldi sesuai saiz pasu
Medium tanaman lembap
Air secukupnya
Keratan batang kesum

*Nota kaki: Pasu dan baldi perlu sepadan agar boleh dimasukkan dalam baldi

Cara Membuatnya:

1. Sediakan keratan kesum yang betul-betul matang dan ruasnya keras. Lebih baik kalau dan ada anak tunas atau sedikit berakar. Tinggalkan 3 hingga 4 helai daun sahaja di bahagian pucuk. Sediakan keratan batang yang hendak disemai pada ukuran 3 hingga 4 inci panjang.

2. Masukkan medium tanah lembap dalam pasu dan rendamkan dalam baldi berisi air.

3. Sediakan lubang tanaman berkedalaman 2 inci. Boleh guna jari telunjuk untuk buat lubang tersebut. Ia berupaya mengelak keratan kesum yang dicucuk atau ditanam dari patah.

4. Tanam keratan batang kesum ke dalam lubang yang telah disediakan dan padatkan. Jangan lupa baca Bismillah dan niat dalam hati supaya pokok yang ditanam hidup subur.

5. Selesai tanam, letak pasu di kawasan separa teduhan. Apabila kelihatan mula stabil dan mengeluarkan pucuk, baru boleh dipindahkan ke tempat yang menerima cahaya penuh.

Tip Tambahan:

1. Masa mula-mula tanam letakkan pasu di tempat redup tetapi ada cahaya supaya pokok tidak akan kecut layu dan dapat cahaya yang dikehendaki.

2. Apabila sudah nampak hidup dan keluar pucuk baru, alihkan kesum ke tempat yang ada cahaya matahari

3. Hari-hari tengok-tengoklah tanaman, kalau nampak tanah macam kering, siramlah.

4. Apabila sudah hidup dengan cantik, bolehlah tambahkan air dalam baldi dengan larutan bancuhan baja AB.

Artikel berkait:

Cara Tanam Kesum Tanpa Tanah, 2 Minggu Dah Merimbun

Mudahnya Tanam Ketumbar, Beli Benih & Tabur Dalam Pasu

Published by
Siti Zurina Mat Saman