Begini Cara Untuk Kita Dapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Selama PKP & 5 Bulan Akan Datang

Share

 

Selama tempoh PKP ini hampir semua rakyat duduk di rumah. Kalau semua ada di rumah faham-faham sajalah dengan penggunaan elektrik.

Kipas, lampu, tv mungkin sepanjang masa. Itu belum masuk lagi penghawa dingin, gajet  yang mungkin digunakan lebih daripada 12 jam sehari. Boleh jangka bil nya nanti.

Tapi berita baiknya, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan sebelum ini pengguna kediaman juga diberikan diskaun untuk bil elekrik.

Malah boleh dapat diskaun sehingga 50 peratus! Ya, tapi ada syaratnya! Kita kena usaha untuk turunkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. Lagi sikit penggunaan, lagi banyak diskaun dapat.

Kadar diskaun bergantung pada jumlah penggunaan

Berikut adalah kadar diskaun yang akan diperoleh pengguna domestik/kediaman berdasarkan TNB

Jumlah Penggunaan Sebulan Kadar Diskaun
0-200 kWh atau sehingga RM43.60 50%
201 hingga 300 kWh atau RM43.70 sehingga RM77 25%
301 hingga 600kWh atau RM77.10 sehingga RM231.80 15%
Lebih dari 600kWh atau RM231.90 dan ke atas 2%

 

Pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk mendapatkan diskaun ini. Ia diberikan secara automatik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September.

Dipetik daripada laman web rasmi TNB

Sumber:https://www.tnb.com.my/prihatin/

Published by
VK