Malah dia hanya menanamnya dalam pasu dan menggunakan kaedah tertentu bagi memastikan tumbuhan hidup subur.
Cara Tanam Ubi Kentang Dalam Pasu
Bahan-Bahan: – Ubi kentang – Pasu – Tanah – Lidi
Cara Menanam: 1. Ambil ubi kentang dan potong separuh. Rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bertujuan supaya akar cepat keluar. Cucuk dengan lidi supaya kentang tak terendam habis. Jika kentang busuk, akar tidak akan keluar. ( 4 biji kentang dibelah dua).
2. Apabila kentang sudah naik tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian letak kentang.
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Bila pucuk makin meninggi, tambah tanah lagi. Begitulah seterusnya.
4. Siram pokok sehari sekali. ( Tidak letak baja cuma masa tanam ada campurkan dengan tanah sawit.)
Info Tambahan: 1. Waktu terbaik untuk tuai ubi kentang adalah apabila daun bawah mula menguning. (GAMBAR : hasil selepas 2 bulan, daun masih segar. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan) 2. Apabila pokok mula meninggi tambah lagi tanah sebab ubi kentang itu keluar melalui batang. 3. Daun kentang tidak boleh dimakan. Kentang juga kena tenggelam sepenuhnya, tidak boleh terdedah. Kentang yang terdedah matahari tidak bagus dimakan. Contohnya bila beli kentang, ada bahagian yang hijau, itu tidak bagus dimakan. 4. Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas saja, sudah naik anak pokok barulah tambah tanah lagi. 5. Hanya tanam dalam pasu saja, sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.