Demi memberi pengajaran terutama anak muda agar tidak terjebak dengan apa yang telah dilalui, bekas mak nyah ini berkongsi kisah hidupnya yang penuh dengan sejarah hitam.
Ibarat membuka pekung di dada tapi Harry Zulkifli mahu orang lain mendapat pengajaran daripada kisah silamnya sebelum mengambil keputusan nekad lari dan menyendiri.
Sudah meninggalkan segalanya, namun penghijrahannya juga bukan mudah, penuh dengan dugaan tapi akhirnya dibalas dengan kehidupan kini yang dirasakan cukup manis.
Saya bekas MAK NYAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Harry Zulkifli berusia 26 tahun. Berasal Kuching Sarawak dan kini menetap di tanah semenanjung Kuala Lumpur hampir 5 tahun.
Saya bekas seorang MAKNYAH dan saya tergerak hati untuk menulis sedikit perkongsian yang mungkin boleh membantu beberapa rakan saya di luar sana terutamanya para remaja. Berdasarkan pengalaman dan apa yang saya lalui, wajar untuk saya kongsikan kisah pahit manis ini.
Saya dulu bukan seorang yang menjaga solat dan hidup saya penuh dengan maksiat. Sepanjang 23 tahun saya hidup, beberapa kali saja saya solat jumaat. Mungkin kurang 10 kali. Dan dulu tidak pernah sekalipun lengkap 5 waktu solat saya untuk sehari. Demi Allah. Saya bukan nak buka aib sendiri. Tetapi ini hakikat hidup saya yang dulu.
Macam2 cara saya buat tapi semua tak jadi. Sampailah saya cuba untuk lari menyendiri dan sedaya upaya menjaga solat walaupun pada mulanya penuh dengan perasaan ” terpaksa “. Tahun pertama selepas saya berhijrah, saya masih tidak dapat menjaga solat dan masih melakukan banyak perkara2 yang buruk (maksiat).
Ads
Cuma sedikit kurang berbanding sebelum berhijrah. Sehingga saya kurang yakin dengan penghijraan saya pada masa itu. Saya masih terikut ikut dengan perangai saya yang lama. Tetapi hampir setiap hari hati saya terdetik untuk terus berubah.
Saya pelik.! Saya ambil langkah untuk menjauhkan diri dari semua kawan dan saya bawa haluan sendiri tanpa berita. Family pun saya jarang contact. Jujur saya tidak kuat masa ini. Dasyat sangat ujian yang Allah SWT bagi. Perasaan yang tidak tentu, sunyi dan didatangi dengan pelbagai masalah.
Demi Allah semua ini makan masa lebih kurang 2 tahun setengah
Ini fasa yang paling saya risau. Masalah bertubi tubi datang sampai saya hilang arah. Saya ambil langkah dekatkan diri dengan Allah dan keluarga adalah tempat saya mengadu. Biasalah lumrah manusia, bila dalam masalah baru ingat Allah, baru ingat keluarga.
Banyak kali saya minta ibu dan kakak saya untuk mendoakan kebaikan untuk saya dan saya banyak bergantung nasihat beberapa orang rakan karib saya. ” Hebat dugaan time ni masyaAllah.! ” Memang Allah bagi ujian ini supaya saya sujud selalu pada Dia. Saya tukar environment saya, saya banyak mintak nasihat beberapa orang yang arif berkenaan ilmu agama.
Bila saya jaga beberapa perkara wajib yang Allah suruh, saya perasan yang saya semakin kuat untuk berubah. Saya selesaikan segala masalah saya satu persatu. Saya berhenti mengambil pil perancang ( hormon ), saya potong rambut saya semakin pendek, saya berhenti pergi ke club, saya berhenti buat benda terlarang dan saya berjaya buang segala “hobi” buruk saya dahulu. Demi Allah semua ini makan masa lebih kurang 2 tahun setengah.
Ads
Benar, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan susun hidup kita satu persatu. Allah temukan saya dengan orang2 yang hebat.! Allah rapatkan hubungan saya dengan keluarga saya di kampung. Allah berikan rezeki dari bermacam macam sumber.
Allah bagi saya rakan2 yang baru. Dan paling hebat, Allah bagi saya sokongan hebat dari kawan2 lama saya. Saya selama ini lari dari kawan2 sebab malu dengan penghijrahan sendiri. Rupa rupanya majoriti di antara mereka paham dan Alhamdulillah hubungan saya dengan mereka semua masih akrab. Allahuakbar.!
Sekarang saya tahu, semua orang berniat untuk berubah menjadi yang lebih baik, akan terlintas di dalam hati masing2 untuk berhijrah. Tidak kira sesiapa pun. Tetapi mungkin tidak tahu cara yang betul2 sesuai pada diri.
Nasihat saya sebagai sahabat, jangan paksa diri untuk berubah secara drastik. Langkah paling baik, tukar environment kita untuk sementara waktu. Banyak muhasabah diri, mintak kat Allah satu persatu. Memang sunyi waktu ni, tetapi percayalah, Allah ada dengan kita time ni. Sangat dekat Allah dengan kita.
Buang rasa malu
Allah tahu kita tidak kuat lalui sorang2. Allah sebenarnya nak pimpin hati kita. Allah nak hadiahkan hidup yang baru. Hati yang baru. Sesuatu yang hebat sedang menunggu. Demi Allah, sumpah atas nama Allah yang Maha Agung.! Ini benar2 betul. Lama kelamaan mesti kita akan bertambah kuat. Bertambah yakin.!
Masa ini lah kita jumpa balik environment dan kawan2 kita. Jangan buang kawan pulak. Mintak maaf dengan semua, bagitau perkara yang betul. InsyaAllah ramai yang akan paham. Buang rasa malu. Sebenarnya kalau difikirkan, tidak ada siapa yang nak marah kalau kita buat benda yang baik. Cuma jangan kita bongkak, jangan kita riak membandingkan diri dengan sesiapa. Jangan buat sesiapa terasa hati . Itu paling penting.
Ads
Sebenarnya ramai yang menjaga solat. Saya yakin anda semua lebih banyak amalan2 yang baik. Cuma saya berkongsi lebih pada jalan cerita hidup saya. Saya yakin yang menjaga solat ni, hidup mereka jauh lebih baik daripada apa yang pernah saya lakukan dulu. Itu perbezaan jelas kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah.
Maafkan saya, bukan niat saya bercerita yang baik2 saja tentang diri saya. Saya tahu ramai yang terdetik hati tapi tidak yakin dengan diri sendiri. Kalau saya boleh, sahabat semua mesti boleh. Kita buat bukan kerana orang lain. Kerana Allah dan kerana ibubapa kita yang banyak berdoa akan kebaikan dari kita.
Dulu ramai sangat kata saya tidak boleh berubah. Saya pun kata saya tidak akan berubah sampai bila2. Tapi bila kita mula yakin.! Kita mesti akan dapat berubah satu hari nanti. Akhir kata, saya harap masyarakat kita jangan berkeras dan beri pendekatan yang baik terhadap kami semua.
Saya bukannya baik sangat, masih belajar
Jadikan kami kawan baik anda. Dan InsyaAllah dengan pendekatan yang lembut, saya sangat yakin ramai akan berusaha berubah ke arah yang lebih baik. Maafkan saya kalau ada menyinggung perasaan mana2 pihak. Saya sekadar bercerita pengalaman penghijraan saya.
Harap jangan dikaitkan dengan sesiapa. Saya bukan nya baik sangat. Masih belajar erti kehidupan sebenar. Niat saya untuk bantu rakan2 saya yang mungkin ingin bersama sama mencari redha Allah SWT. Kita hidup di dunia tidak lama. Tidak salah kiranya kita saling usaha untuk kebaikan diri kita sendiri. InsyaAllah. Saya Sayang semua. Terima kasih sebab sentiasa mendoakan saya dan semua. Saya harap Allah jaga dan sayang kita semua. InsyaAllah.
Perjalanan cinta Engku Emran dan isterinya Laudya Cynthia Bella awalnya memang tak ramai yang tahu. Sangat tertutup.
Tak banyak kisah tentang mereka diketahui sehingga bila mendekati hari bahagia mereka barulah Bella mula berani mendedahkan serba sedikit tentang perhubungan mereka.
Uniknya lagi, kini setelah rasmi menjadi suami isteri, Engku Emran juga mula mendedahkan perjalanan cinta mereka dari pertemua pertama mereka hinggalah hari pernikahan
Menariknya setiap tarikh-tarikh penting itu dicatat oleh CEO ini. Kisah ini dikutip dari instagram @iamkumbre.
1. Perkenalan
Laudya Cynthia Bella berkenalan dengan Engku Emran tak lama setelah hubungannya dengan Afif Kalla berakhir. Khabarnya Nora Danish yang memperkenalkan Bella kepada Engku Emran.
2. Pertemuan pertama
Setelah mula menjalin hubungan jarak jauh, Engku Emran mengaku dia dan Bella pertama kali bertemu pada 14 April 2017. Perkara ini diungkap dalam instagram milik beliau,
“Kuala Lumpur, 14 April #firstdate #firstmeal,” tulis Engku Emran.
3. Engku Emran pertama kali diperkenalkan dengan orang tua Bella.
Dua bulan kemudian atau pada 12 Jun 2017, Bella pertama kali memperkenalkan Engku Emran kepada kedua orang tuanya di Jakarta. Selepas itu hubungan keduanya semakin rapat.
4. Engku Emran melamar Bella
Percintaan Bella dan Engku memang cukup singkat. 9 Julai 2017, menjadi hari yang cukup penting buat mereka berdua keranada pada tarikh inilah Engku Emran meminta izin daripada ayah Bella untuk mengambilnya sebagai isteri. So sweet!
5. Bella pertama kali bertemu dengan anak Engku Emran
Seminggu kemudian ataua pada 15 Juli 2017, Bella pertama kali bertemu dengan anak Engku Emran, yakni Aleesya.
“Kuala Lumpur, 15/7/2017, Bella meets Aleesya for the very first time. #happytears,” tulis CEO TV Synergy Sdn Bhd ini.
6. Engku Emran memperkenalkan Bella kepada Erra Fazira bekas isterinya
Tak lama setelah memperkenalkan Bella kepada Aleesya, Engku juga memperkenalkan Bella kepada bekas isterinya, Erra Fazira pada 17 Julai 2017.
7. Engku Emran memperkenalkan Bella kepada ibunya
Pada 3 September atau lima hari sebelum bernikah pernikahan Engku membawa Bella bertemu ibunya. Pertemuan itu berlangsung di Jakarta.
8. Ijab kabul
Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella akhirnya diijabkabulkan pada Jumaat, 8 September lalu. Majlis akad nikah berlangsung di Binjai 8 Premium Soho, Kuala Lumpur.
Hari bahagia mereka berlangsung secara tertutup dihadiri oleh keluarga dan sahabat dekat Bella dan Engku.
“Saya jatuh cinta dengan cara abang mencintai Allah”- Bella
Dalam pada itu Bella juga semalam tidak ketinggalan meluahkan rasa hatinya selepas disatukan dengan lelaki pilihannya. Perjalanan cinta yang sangat indah!
@laudyacynthiabella_Saya jatuh hati dengan cara abang mencintai Allah, dengan cara abang mencintai saya, cara mencintai keluarganya, lLebih lagi dengan cara abang mencintai aleesya, sosok ayah yang saya inginkan untuk memimpin dan melindungi anak2 saya dan abang nanti.
#BAE
@laudyacynthiabella_Disaat saya iklhas,saya dipertemukan dengan dia. Dari masa kenal samapai hari ini,kami hanya melewati 5 bulan. Dan kurang dari 1 bulan untuk persiapan pernikahan kamu..Ini adalah jalan Allah. Terima kasih Allah perjalanan yang indah ini.
Baru-baru ini heboh di media sosial tentang kematian bayi di selatan tanah air yang dikaitkan dengan seorang doula. Ibu tersebut melahirkan bayinya di rumah namun dikatakan lemas apabila keluar dalam keadaan songsang.
Doula tersebut dikaitkan dengan kematian bayi berkenaan dan telah berlaku perdebatan di media sosial antara pihak doula dengan pengamal perubatan.
Meski heboh diperkatakan tapi sebenarnya ramai juga yang tercengang cengang. Apa itu doula? Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam satu statusnya menjelaskan maksudnya.
Buat pilihan yang betul
“Doula tu apa?“
Beberapa hari lepas, saya ada tulis status ringkas berkenaan doula. Saya ajak ibu-ibu hamil untuk buat pilihan yang betul. Ramai bertanya di ruangan komen tentang apa itu doula.
Doula dari segi bahasa(Greek) bermaksud “pelayan/pembantu wanita”. Namun, dalam konteks status yang saya muat naik kelmarin, ia bermaksud individu yang menjadi peneman ibu hamil ketika proses kelahiran.
Berbeza dengan bidan, doula tidak terlatih untuk menyambut kelahiran. Fungsi mereka hanya untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sebelum, semasa dan selepas bersalin. Mereka juga tidak bertauliah merawat atau mengendalikan sebarang kecemasan berkaitan proses bersalin.
Tak salah asalkan kelahiran disambut bidan atau doktor bertauliah
Tidak salah jika ibu hamil mendapatkan khidmat doula. Asalkan semasa bersalin, kelahiran disambut oleh bidan bertauliah atau doktor. Doula memainkan peranan sebagai pemberi sokongan.
Namun, di Malaysia, ada kelompok doula yang melakukan tugas di luar daripada peranan mereka. Mereka menakutkan ibu-ibu hamil dengan menjaja tentang keburukan bersalin di fasiliti hospital dan menjanjikan proses bersalin yang selesa di rumah. Ibu-ibu ini juga dimomokkan dengan keburukan pembedahan Cesarean.
Hasilnya, terbentuklah kumpulan-kumpulan yang enggan untuk bersalin di hospital serta menolak sebarang intervensi perubatan.
Pada tahun 2013, berlaku dua kes melibatkan kematian ibu yang bersalin di rumah hanya bertemankan doula. Kini(2018) sudah berlaku satu kematian seorang bayi berkedudukan songsang di dalam rahim, kerana ibunya memilih untuk bersalin di rumah tanpa pengawasan petugas kesihatan, sedangkan telah dirujuk ke hospital.
Proses bersalin amat genting
Proses bersalin adalah suatu proses fitrah tetapi ia juga sesuatu yang amat genting. Ia melibatkan nyawa 2 individu: ibu dan anak. Sebab itulah ia dianggap sebagai satu jihad. Oleh itu, semasa proses ini, keselamatan adalah keutamaan.
Sehubungan dengan itu, kami (pengamal perubatan) ingin mengajak kalian semua untuk membuat pilihan yang betul dan selamat. Wanita hamil disarankan untuk mengikuti pemeriksaan berkala di klinik untuk pemantauan risiko.
Kami juga menjemput wanita untuk bersalin di hospital kerana dan peralatan dan para petugasnya sentiasa siapsiaga untuk menghadapi sebarang kecemasan semasa proses kelahiran.
Di hospital, keselesaan bersalin kadangkala terpaksa dikorbankan demi keselamatan ibu dan anak. Selamat sebelum selesa. Apa gunanya selesa tetapi tidak selamat.
Pilihlah kelahiran selamat. Katakan #TIDAK pada kelahiran tidak selamat
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Medical Mythbusters Malaysia / Medtweetmy #sayNOtoUnSAFEbirth
Baru saja mengecap kebahagian hidup berumahtangga dan bakal menimang cahaya mata pertama tapi isteri ini didatangi dugaan hebat.
Suami tercinta dipanggil mengadap Ilahi dalam satu kejadian kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan di Johor Bahru baru-baru ini
“Tiada lagi yang menjadi imam setiap Subuh, Maghrib & Isyak, tiada lagi yang akan membetulkan bacaan tajwid” demikian antara luahan hati Nurmasfalina Mohd Azmi, isteri kepada arwah Mohd Azam Karimin, 27, yang dikongsi melalui Facebook beliau.
Catatan yang sangat menyentuh hati ini VK kongsi dan sama-sama kita doakan arwah ditempatkan kalangan penghuni syurga dan Nurmasfalina tabah berdepan dugaan maha hebat ini.
Urusan sayang di dunia dah habis
Sayang arini tido awak tak de di sisi. Awak dah dgn pencipta awak. Orang tau awak dekat dgn kami. Malam ni orang tido masuk la dalam mimpi. Orang nak tahu kata-kata terakhir sayang.
Orang redha sayang. Orang tau sayang dah bahagia kat sana. Doakan org boleh syahid macam sayang. Jumpe sayang kat syurga nanti. Urusan sayang kat dunia ni dah abis.
Doakan bonda dgn baby sayang. Sayang dah sediakan yg kenangan terindah buat org n baby. Awak terlalu sempurna sayang.
Orang tak kan dengar lagi sayang imam kan org tiap subuh, maghrib dan isyak lagi mcm selalu kalau syg kerja. Org tak boleh dengar lagi sayang tegur org dgn bacaan tajwid.
Orang tak boleh dengar lagi sayang ketuai bacaan tahlil untuk org lain. Org tak boleh dengar lagi suara sayang. Datang la dlm mimpi sayang. Org sedia nak jumpe sayang dlm mimpi.
Org tau sayang tak bace tapi ini je luahan yg org ada. Kenangan yg org ada. Terima kasih layan kerenah org. Awak cukup sabar dgn saya. Terima kasih sayang untuk hadiah dalam kandungan ni.
Hadiah hari lahir saya bulan 10 hadiah hari lahir awak bulan 11 hadiah anniversary kita bln 12, bulan 9 awak pergi tinggalkan kami.
Buat kekasih hatiku. Bergembiralah syg di sana. Ketahuilah bahawa org Nurmasfalina bt mohd azmi sgt menyayangimu Mohd Azam Bin Karimin.
#kenagantrakhirgambarkita #awakdemamtemanamikmc
Baby dah 33 minggu
Baba saya dah 33 week. Im trying to be the best for our baby syg. Doakan kami berdua jumpe sayang di syurga nanti. #baba #mohdazamkarimin #13/9/2018