Beli sayur banyak, hajatnya nak memasak tapi tak jadi. Sudahnya sayur dibila disimpan dalam peti ais jadi layu dan lembik.
Sayur kalau tak betul cara penyimpananya memang akan cepat rosak, supaya tak membazir boleh praktik cara simpan sayur yang diamalkan oleh bekas peniaga kedai makan ni.
Kata Rohanoradila Aidil ada sayur yang cepat kering, kecut dan layu walau disimpan dalam peti. Oleh itu perlu tahu cara yang tepat untuk menyimpannya.
Ini adalah cara yang diamalkan sejak berniaga dulu.
1. Sayur yang dibeli tak perlu dibasuh untuk elak jadi lembik. Hanya basuh bila mahu menggunakannya.
Ads
2. Sediakan tisu yang telah dilembapkan kemudian alas dalam bekas untuk menyimpan sayur.
3. Sebelum masukkan sayur, pastikan tiada sayur yang rosak, takut berjangkit.
Ads
4. Sayur boleh juga dipotong sebelum disimpan untuk memudahkan kerja memasak nanti.
5. Masukkan sayur dalam bekas yang dialaskan dengan tisu yang dilembapkan tadi dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
Pesan Rohanoradila, lepas simpan simpan jangan perap terus dalam peti ais. Kenalah masak ya!
Antara tip untuk menjimatkan bil elektrik yang sering kali diasarankan adalah mencabut plug barang elekterik jika tak digunakan. Tapi ramai tak tahu kenapa ia perlu dilakukan, bagi kita bila suis dimatikan dah cukup.
Hal ini kerana terdapat sesetengah barangan elektrik masih menyimpan tenaga elektrik walaupun suis sudah dimatikan.
Berikut adalah penjelasan @abgletriqq dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Beliau yang selalu berkongsi tip tentang barang elektrik ini menjelaskan ia perlu dilakukan kerana terdapat sesetengah barangan elektrik masih menyimpan tenaga elektrik walaupun suis sudah dimatikan.
“Ada sesetengah produk elektrik sebenarnya ada load current yang akan masuk walaupun kita dah tutup suis. Ia dikenali sebagai Phantom Power atau Standby Power.
“Ia akan terjadi pada barang elektrik yang ditutup suiz tapi tak cabut plug. Antara barang elektrik yang berkemungkinan terjadi Phantom Power ataupun Standy Power ini yang saya betul-betul pasti adalah mesin basuh front load.
“Sebab itu sebelum ini dalam video tip jimat elektrik saya sebelum ini, saya syorkan cabut plug mesin basuh. Load elektrik akan standby di bahagian pc board walaupun kita sudah tutup suis,” katanya.
Selanjutnya beliau menasihatkan orang ramai membiasakan amalan mencabut plug agar tidak berlaku insiden terlupa matikan suis plug khususnya sewaktu meninggalkan rumah yang dah tentu memberi kesan bil elektrik. Jika dah cabut plug kita takkan ada kejadian tak tutup suiz.
Makan laksa memang sedap tapi ramai yang tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa.
Sebenarnya ada ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa ini tanpa perlu rebus lama. Orang Utara mungkin dah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang di luar sana belum tahu.
Dikongsi oleh Suzana Saad petuanya cuma perlu rendam dulu laksa.
Tip dari peniaga laksa, rendam dulu
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Ini caranya
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api & tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Kalau makan mi goreng atau char kuetiau memang tak lengkap kalau takde cili jeruk ni. Dapat pulak yang ranggup lagilah kick.
Memandangkan hidangan selalu kita buat di rumah, jadi eloklah stok cili jeruk ini kita buat sendiri. Homemade lagi best, buat rangup-rangup ikut cara yang dikongsi oleh Farid Sham.
Rupanya nak buat cili jeruk ni senang saja, 4 langkah saja, hari keempat dah boleh makan.
1.Mula-mula kena sediakan cili hijau yang segar bugar. Cuci bersih sebelum dipotong.
2. Kita potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Sedang-sedang saja.
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan.
Tutup penutup kemudian kita goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. JANGAN BUBUH AIR. Perap 3 hari dalam peti ais.
Kuantiti gula: 2 sudu untuk saiz botol jem setinggi tin susu sejat.
4. Hari ketiga, baru kita bubuh cuka makan separas cili potong tu. INGAT YA JANGAN SESEKALI BUBUH AIR.