![Untitled design - 2024-04-22T105617.242](https://cdn.vanillakismis.my/2024/04/Untitled-design-2024-04-22T105617.242-696x365.jpg)
Beli sayur banyak, hajatnya nak memasak tapi tak jadi. Sudahnya sayur dibila disimpan dalam peti ais jadi layu dan lembik.
Sayur kalau tak betul cara penyimpananya memang akan cepat rosak, supaya tak membazir boleh praktik cara simpan sayur yang diamalkan oleh bekas peniaga kedai makan ni.
Kata Rohanoradila Aidil ada sayur yang cepat kering, kecut dan layu walau disimpan dalam peti. Oleh itu perlu tahu cara yang tepat untuk menyimpannya.
Ini adalah cara yang diamalkan sejak berniaga dulu.
1. Sayur yang dibeli tak perlu dibasuh untuk elak jadi lembik. Hanya basuh bila mahu menggunakannya.
2. Sediakan tisu yang telah dilembapkan kemudian alas dalam bekas untuk menyimpan sayur.
3. Sebelum masukkan sayur, pastikan tiada sayur yang rosak, takut berjangkit.
4. Sayur boleh juga dipotong sebelum disimpan untuk memudahkan kerja memasak nanti.
5. Masukkan sayur dalam bekas yang dialaskan dengan tisu yang dilembapkan tadi dan simpan dalam peti sejuk.
Pesan Rohanoradila, lepas simpan simpan jangan perap terus dalam peti ais. Kenalah masak ya!
Selamat mencuba!
Sumber Rohanoradila Aidil
Hasil Diet Diam-Diam, Ibu Anak 4 Ini Berjaya Turun 20KG Dalam Masa 3 Bulan. Ini Rutin makan Yang Dipraktikkan
![](https://cdn.vanillakismis.my/2019/06/top-24_16_806178.jpg)
Isi Kandungan
Toggle
Satu masalah kaum wanita bila dah berumah tangga dan beranak pinak adalah kenaikan berat badan. Bila dah naik memang cukup payah untuk diturunkan.
Ini juga situasi yang dialami oleh ibu anak empat Syamimi N Khalil. Paling tak best waktu badan dah mula ‘kembang’, ada yang berkata-kata tentang penampilannya.
Tapi Syamimi mengambil kata-kata itu sebagai motivasi untuk buat perubahan. Jangan tak percaya hasil kata-kata orang itu buat dia nekad dan mengubah penampilan.
Dari berat 70 KG ketika itu, dalam masa tiga bulan saja dia berjaya menurunkan 20KG. Banyak kan!
Apa yang dibuat dalam masa 3 bulan sampai turun macam tu punya banyak? Ha boleh ikut rutin pemakanan yang dikongsi oleh beliau.
Ini menu saya selama 3 bulan
Ini la rutin dan jadual waktu makan sya selama 3 bulan yg telah berjaya hilangkan 20kg. Try buat dan buktikan, pasti berjaya. Trust me!
Menu Sarapan
Menu Makan Tengah Hari![Hasil Diet Diam-Diam, Ibu Anak 4 Ini Berjaya Turun 20KG Dalam Masa 3 Bulan. Ini Rutin makan Yang Dipraktikkan](//www.vanillakismis.my/wp-content/plugins/a3-lazy-load/assets/images/lazy_placeholder.gif)
Menu makan malam
Macam tak caya anak 4
Tip penting; jangan canang kalau diet!
Selain dari beri menu yang diamalkan selama 3 bulan, ada lagi tip lain yang dikongsi Syamimi. Tip no 3 paling menarik.
- Bulan pertama langsung tak ambil nasi. Hanya bulan ke baru ambil nasi tapi dari beras basmathi.
- Kena buat senaman tiga kali seminggu, sejam satu sesi.
- Tip paling menarik; selama tempoh diet saya cuma diamkan diri. Tak perlui share dengan siapa kecuali suami. Sebelum ini saya pernah diet dan post di Facebook, macam-macam komen kita terima buatkn kita boleh gagal diet.
- Bila keluar makan dengan kawan-kawan pun, kaalu diaorang tau kita diet, akan ada sindiran yg buat emosi kita terganggu. Jadi saya mengelak dgn cara jamah sedikit je dan cakap kenyang tadi makan banyak kat rumah.
Sumber: Syamimi N Khalil & SLane HQ
Buat Sendiri Kuih Ros, Guna Tip Ini Kalau Adunan Melekat Pada Loyang
![](https://cdn.vanillakismis.my/2022/04/Untitled-design-34.jpg)
Isi Kandungan
ToggleAda panggil kuih ros, kuih loyang, kuih goyang, kuih sarang lebah atau kuih bunga durian Apa pun namanya tetap kuih yang sama. Kuih lama yang ramai peminatnya.
Kalau mencari kuih raya yang senang buat dan bahan tak banyak, kuih ros ini salah satu daripadanya. Dikongsi oleh Sarimas Senek yang juga peniaga kuih ini, berikut adalah resipi yang boleh diikuti.
Cara buat kuih ros & tip agar kuih menjadi elok
Bahan-bahan
1 kampit/500gram – tepung beras Cap Gajah (3/5 gajah)
2 biji telur
1 cawan gula pasir (kurangkan jika tak nak manis)
1 sudu teh esen ros
1 kotak santan KARA (kecil)
Garam
Sedikit kapur (untuk rangupkan kuih)
Air – 3 kotak (ikut sukatan kotak santan)
Cara membuat
1. Bancuh semua bahan kemudian tapis.
2. Panaskan minyak yang banyak bersama dengan acuan.
3. Celup acuan dalam adunan, biar seketika. Goyangkan loyang supaya ia tanggal dan goreng hingga keemasan.
Tip kalau adunan melekat atau tak nak melekat pada loyang
Adunan lekat pada loyang – selalu terjadi pertama kali buat, adunan melekat tak mahu tanggal daripada loyang. Tip supaya ia tak berlaku rendam loyang dengan minyak yang berisi 3 hingga 4 asam keping sehingga tiga ke empat hari. Kemudian lap kering.
Jika beli acuan baru, jangan basuh dengan air tapi lap acuan dengan minyak hingga bersih.
Adunan tak melekat pada acuan – boleh jadi juga semasa mencelup loyang dalam adunan ia tak melekat. Masalah ini terjadi mungkin kerana loyang berminyak sangat. Ketuk-ketuk sikit acuan atas kain untuk kurangkan minyak kemudian baru celup.
Pastikan acuan betul betul panas supaya adunan melekat. Jika kurang panas adunan takkan melekat.
Jika buat banyak – kalau nak cepat atau nak buat dalam jumlah yang banyak boleh gunakan acuan berangkai 3-5 bunga. Ada jual di Shopee, klik SINI.
Selamat mencuba.
Sumber: Sarimas Senek
Buat Sendiri Manggo Cheesecake. Tak Perlu Bakar, Sejukkan Dalam Peti Ais Saja
![](https://cdn.vanillakismis.my/2020/09/manggo-30_37_825776.jpg)
Isi Kandungan
ToggleManggo Cheese Cake ini memang sedap. Masam, manis dan rasa kejunya memang buat kita makan tak cukup satu potongan.
Kek ini juga kalau beli agak mahal harganya, lebih RM10 satu potongan. Jadi kalau dalam rumah kek ini ramai peminatnya, maka eloklah buat sendiri.
Caranya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ariana Sofia Ahmad. Bahan-bahannya tak susah pun nak cari dan kek ini juga tak perlu dibakar. Sejukkan dalam peti ais saja.
Cara buat Mango Cheesecake
Bahan-bahan
160gram biskut Marie (dikisar halus/ditumbuk hancur)
90gram butter (dicairkan)
2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
1 sudu besar air jus lemon
500gram cream cheese
200gram whipping cream
1sk esen vanila
140gram gula castor
100gram puri mangga
2 1/2 sudu besar air jus lemon
1 sudu besar susu pekat manis
(2 sudu besar gelatin + 80ml air panas) -kacau sebati
Bahan untuk Manggo jelly
1 sudu besar gelatin + 50ml air panas – kacau sebati
200gram puri mangga
Cara membuat
1. Mula-mula kisar dulu biskut Marie hingga hancur atau ketuk je sampai hancur. Letak dalam plastik baru ketuk.
2. Bila dah hancur, masukkan biskut dalam bekas bersama butter yang telah dicairkan. Kacau sebati.
3. Masukkan biskut tadi dalam loyang 8′. Tekan sehingga padat dan rata. Guna loyang yang boleh di buka tepi atau boleh tolak dari bawah. Sejukkan selama 30 minit. Boleh letak dalam frezer.
4. Kisar 2 mangga tadi bersama 1 sudu air jus lemon sahaja. Kisar sehingga hancur dan licin. Lebihan air lemon simpan dulu.
5. Sebelum buat adunan cheese, buat air gelatin dahulu. 2 sudu gelatin + air panas 80ml. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
6. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula kastor, esen vanila, air jus lemon. Mix kesemua bahan ni sehingga kembang dan licin. Pastikan tidak berketul.
7. Bila adunan dah licin masukkan puri mangga. Mix sehingga sebati.
8. Bila adunan dah licin. Masukkan susu pekat manis dan air gelatin tadi. Mix sehingga adunan sebati macam ni.
9. Keluarkan semula loyang tadi dan tuang adunan cheese. Sejukkan selama 2-3 jam. Boleh letak dalam chiller @ frezer. Pastikan cheese jadi pejal.
10.Untuk adunan manggo jelly pula, buat air gelatin dahulu. 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas. Kacau sehingga sebati. Ketepikan sehingga sejuk.
11. Masukkan air gelatin tadi ke dalam mangkuk bersama puri mangga. Kacau sehingga sebati. Buat adunan puri manga ni 10 minit sebelum keluarkan cheese dari peti.
12. Tuang adunan puri mangga dalam loyang. Untuk dapatkan lapisan atas yang licin, jangan rata guna sudu. Sengetkan sikit loyang supaya rata ke tepi. Sejukkan semula selama 7-8 jam dalam peti ais biasa atau chiller.
13. Bila dah sejuk, bolehlah keluarkan dari loyang. Kalau guna loyang yang boleh buka bawah, letak cawan kat bawah loyang dan tolaklah loyang ke bawah.
Hasilnya
Sumber: Ariana Sofia Ahmad