Dah beli kangkung, pangkal yang ada akar jangan buang. Kita tanam pulak supaya tak perlu beli lagi kangkung.
Selain dari guna biji benih, kangkung juga boleh ditanam melalui kaedah keratan batang sebegini. Kelebihan tanam kangkung cara ini ia lebih cepat membesar dan cepat tuai hasil. Malah cara penanamannya juga mudah.
1. Ambil kangkung dan potong bahagian pangkal yang berakar. Jika panjang boleh potong sedikit akarnya.
2. Kemudian boleh buat lubang dan terus tanam sama ada di atas batas ataupun dalam pasu. Sebaiknya ada jarak supaya pokok senang membesar.
Ads
3. Pastikan tanam sentiasa lembap kerana kangkung memang suka air. Tanam kangkung kaedah ini lebih mudah dan cepat tumbuh dari tanam biji.
Ads
4. Kangkung ini biasa boleh dituai antara 28-35 hari selepas tanam.
5. Waktu tuai kangkung ini, jangan terus cabut. Boleh potong saja dan kangkung akan bercambah lagi.
Ads
Info: Selain kangkung, bayam, sawi juga boleh ditanam mengikut kaedah ini.
Rasanya ramai yang terima daging sempena ibadah korban raya haji baru baru ini. Antara hidangan paling enak dari daging ini sudah tentulah sup ditambah pula dengan daging masih baru siap dengan tulang. Memang sedap!
Tapi masalah lepas makan hidangan sup ini adalah lemak yang melekat pada pinggan mangkuk. Memang susah nak hilangkannya.
Selalunya kita akan jirus dengan air panas untuk menghilangkannya, tak pun basuh berulang kali untuk menghilangkan lemak yang melekat.
Kalau setakat beberapa keping pinggan mangkuk ok lagi tapi kalau melibatkan kenduri memang remeh nak buat begini.
Bagaimanapun ada satu petua mudah yang dikongsi oleh netizen di Facebook untuk menyesaikan masalah ini.
Cuma guna tepung gandum
Caranya cukup senang, cuma gunakan tepung gandum saja.
Masukkan tepung gandum dalam serbuk pencuci bersama air kemudian cuci pinggan seperti biasa.
Sisa lemak yang tebal melekat pada pinggan plastik pun boleh hidang dengan mudah.
Bila ada anak sekolah di rumah memang jadi keperluan untuk ibu bapa mengadakan meja belajar mereka selain rak buku. Memang banyak dijual di kedai perabot tapi mungkin saiznya tak praktikal jika kediaman atau bilik anak keluasannya terhad.
Kenalah cari meja yang kecil. Atau pun… kita boleh juga DIY ikut idea yang dikongsi oleh Yuzi Azwa Yaamat. Meja belajar untuk anak hasil kerja tangan suaminya ini memang jimat ruang kerana dilekatkan pada dinding dan boleh lipat jika tidak lagi digunakan.
Ia juga lengkap dengan rak untuk meletakkan buku. Praktikal untuk kediaman atau bilik yang kecil. Boleh ambil idea ini ya.
Meja belajar anak boleh lipat
Kasih seorang ayah. Buat tiap petang hingga lewat malam lepas balik kerja. 2 minggu jugak baru siap. Buah tangan pertama bertukang. Sebelum itu boleh kata saban hari kurier datang rumah hantar barang (alatan nak bertukang). Alhamdulillah. Dah siap meja belajar geng anak perempuan.
Kayu – jenis plywood saiz 18mm Cat – Dulux White Glossy
Door Lift Peumatic Support Hydraulic Gas Spring Stay Kitchen Cabinet/wardrobe untuk lipat meja. Klik SINI untuk beli.
Hujung minggu biasanya ramai yang akan buat stok cili kisar. Satu kerja yang ambil masa untuk buat cili kisar ini adalah mengasingkan bijinya. Kena gunting satu-satu.
Tapi cara yang dikongsi oleh Mohd Ahzad Bin Nadirun lebih mudah. Tak perlu gunting lagi dah. Sekali tekan habis semua biji cili kering keluar. Tipnya adalah guna chopper.
Cara paling pantas asingkan biji cili kering
1. Masukkan semua cili kering dalam chopper. Nak penuh pun tiada masalah.
2. Kemudian tekan tapi jangan lama, nanti hancur jadi cili flakes pulak.
3. Nampak tak, keluar semua biji cili.
4. Kemudian tapis tak buat pun tak mengapa. Boleh terus rebus atau rendam air panas untuk buat cili kisar.