Capsicum atau lada benggala adalah antara spesis pokok cili yang biasa kita gunakan dalam hidangan.
Tapi tak seperti cili api, tak ramai yang menanamnya di rumah walaupun cara penanamannya cukup mudah.
Kalau selalu gunakan lada benggala apa kata cuba tanam sendiri di rumah. Benihnya boleh beli lada ini di pasar dan ambil biji benih untuk dicambahkan. Caranya dikongsi Jusery Jusin.
Cara tanam lada benggala
Tak perlu susah-susah beli benih lada benggala, boleh saja guna benih dari lada benggala yang dibeli di pasar.
Tapi pastikan beli yang berwarna merah atau kuning, itu lada dah matang. Jika tak jumpa yang berwarna hijau gelap. Lazimnya buah lada benggala yang dijual di pasar sudah matang sebenarnya (benih dah matured untuk disemai semula).
Cara tanam;
1.Potong lada benggala dan ambil bahagian bijinya. Kulit atau isi boleh dibuat sayur.
Ads
2.Jemur benih terlebih dahulu selama dua hingga tiga hari. Jika mahu kadar percambahan tinggi rendam dulu dengan hidrogen peroksida takaran 100ml air ditambah dengan 0.5ml hidrogen peroksida. Rendam selama 2 jam dan semai.
3. Semai dalam tanam guna tanah campuran. Nak senang beli potting soil 6 in 1 atay 3 in 1. Nak buat sendiri pun boleh, campurkan tanah hitam, kompos, sekam bakar/sekam mentah, pasir.
4. Selepas 3 minggu atau ada 4 daun boleh alih ke pasu atau polibeg berasingan.
Ads
5.Apabila anak pokok sudah dialih ke pasu, buat sungkupan atau perlindungan terlebih dahulu selama 5 hari agar pokok kuat. Kemudian boleh alih pelindung.
6. Bila pokok membesar baja dan tabur garam epsom. Penggunaan garam ini juga akan buah buah nampak hijau berkilat.
7. Boleh buat pancang supaya pokok tegak, buang juga tunas-tunas air.
Ads
8. Lepas pokok berbunga dan berbuah, guna semburan untuk elak serangan perosak.
9. Lebih kurang 2 bulan lada benggala matang dan boleh dituai. Langkah demi langkah penanaman juga boleh ditonton melalui VIDEO ini.
Tip jika saiz lada benggala kecil
Jika lada benggala yang dihasilkan kecil saiznya boleh lakukan cara ini;
Tuai semua buah yang boleh dituai. Kemudian tabur baja subur/baja organik.
Selepas 2 minggu tabur baja buah. Boleh guna baja buah bone meal (organik).
Siram rendaman kulit pisang seminggu sekali. Jika ada EM boleh disiram ke tanah. In sha Allah hasilnya maksima.
Hanya salinan kad pengenalan atau salinan IC tapi jika ia diberikan pada mereka yang tidak bertanggungjawab, anda mungkin mengalami masalah.
Tak mustahil anda tiba-tiba terjebak dengan hutang yang tak pernah dibuat dengan hanya menggunakan salinan IC ini.
Tahu-tahu nama anda diguna untuk membuat pinjaman peribadi dari bank atau daripada ceti haram dan kemudian diminta membayarnya. Memang terianaya.
Lebih malang nama anda akan disenaraihitamkan dalam Credit Tip Of System (CTOS) serta CCRIS dan menyukarkan anda untuk permohonan kredit baru. Nampak simple tapi impaknya buruk.
Cara elak buat palang!
Cara untuk mengelakkan kejadian ini berlaku menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah dengan membuat garisan atau palang pada penjuru kanan salinan kad pengenalan.
Silangkan dan tulis urusan untuk salinan kad pengenalan itu, contoh urusan telco, urusan pinjamanan perumahan dan sebagainya.
Jangan tinggalkan begitu saja sebab ia boleh dimanipulasi oleh individu yang tidak bertangggung jawab.
Jika cuai anda boleh dibelenggu dengan hutang yang anda tidak pernah tahu dan anda tidak pernah peroleh pun duitnya.
Teh tarik memang jadi minuman kegemaran ramai. Nampak macam senang buat di rumah nak hasilkan teh tarik yang sedap macam kat kedai mamak kena tau teknik yang betul.
Barulah teh tarik sedap terasa manis dan lemak. Hmmm… sedapnya!
Bagi yang terasa nak buat teh tarik sendiri tapi nak sedap lemak berkrim boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nurdeanna Affendi
Resipi ini untuk hidangan 10 orang, cukup untuk sekeluarga. Petuanya kalau nak teh tarik rasa sedap kena masak dalam periuk dan tambah garam. Confirm rasanya kaw-kaw terangkat.
Selain itu kena tambah sedikit garam yang berfungsi untuk menjadikan teh tarik rasa lebih berlemak.
Bahan-bahan:
Sediakan periuk
3 liter air
5 sudu besar serbuk teh
5 undang teh (Cap 888, teh wangi)
2 tin susu pekat (ikut manis yang diingini)
1 tin susu cair
1 sudu kecil garam halus
Cara-caranya:
1. Panaskan air dalam periuk, biar hingga menggelegak.
2. Masukkan teh dan kacau. Biar 5 minit.
3. Selepas itu masukkan semua susu dan garam. Kacau.
4. Biarkan selama 5 minit kemudian rasa teh hingga dapat manis dan lemak yang diingini. Tambah mana yang belum cukup. Siap!
Kalau rumah ada laman dan suka bercucuk tanam boleh masukkan labu sebagai salah satu tanaman dalam kebun.
Tanam sepokok dua pun dah mencukupi untuk makan sendiri, malah lebih dari cukup. Jika nak cuba tanam boleh guna perkongsian Weekend Baker ini sebagai panduan. Benih ambil saja dari labu yang kita beli untuk masak tu.
Beli labu, benih ambil untuk tanam sendiri
1. Labu ini benihnya dari labu yang saya beli untuk masak.
2. Benihnya saya semai, apabila tumbuh tunggu sehingga keluar daun sebenar. Bukan sekadar daun bulat atau tunas.
3. Bila dah ada empat daun dan cukup besar pindahkan dalam poli beg atau nak tanam atas tanah pun boleh. Bila tanam tanah hendaklah separas dengan daun bulat yang asal.
Pokok labu adalah tumbuhan menjalar dan akan pergi ke arah cahaya matahari. Jadi pastikan ada ruang untuk pokok menjalar.
4. Penjagaan seperti biasa kena siram setiap hari dan baja. Sebelum batang guna baja daun, bila dah cukup dewasa gunakan baja untuk buah.
5. Apabila pokok labu sudah berbunga rajin-rajinlah perhatikan bentuk bunganya. Bunga yang buncit seperti labu kecil adalah bunga betina. Bunga jantan lebih kembang tanpa labu kecil tu.
6. Untuk memastikan bunga betina jadi buah kita boleh bantu proses pendebungaan. Caranya, ambil debunga jantan kemudian sapukan kepada bahagian stigma bunga betina untuk membantu proses pendebungaan. Kalau terlambat untuk proses ini buah labu tak akan menjadi dan bunga betina sangat cepat gugur.
Boleh saja kalau kita tak nak buat proses ini dan biarkan semut dan lebah bantu pendebungaan. Cuma kadang-kadang semut dan lebah tiada di kawasan rumah jadi kita kenalah bantu jadi ‘tok kadi’ kahwinkan bunga ini. Insya-Allah mana sempat mesti nampak buah membesar.
Ini cara saya tanam pokok labu ya, sekadar perkongsian.