Kalau tengok keadaan rumah yang baru dibeli memang teruk keadaannya tak ubah macam rumah sarang penagih.
Tapi keazaman mahu mencipta kediaman impiannya mengatasi segala-galanya. Dari rumah ‘sampah’ penagih dadah Mohd Khairul Mk mengubah keadaan rumah tersebut dari segenap sudut hingga terhasillah istana impiannya.
Mengambil konsep industrial yang serba ringkas, perubahan ini dilakukan selari dengan kemampuannya.
Inilah keadaan rumah ketika baru dibeli
Bila saya decide untuk melakukan transformation untuk rumah ‘sampah’ yang dibeli, saya hanya mahukan konsep industri yang bukan semata mata ‘nampak industri’ hanya pada perabot.
Saya mahukan rumah idaman, bukan rumah ortodok seperti dalam kehidupan zaman lalu, bukan rumah yang dibina untuk ‘impress’ sedara mara bila raya, bukan rumah yang sofa hanya tetamu boleh duduk, pinggan mangkuk mahal dalam almari dan hanya boleh guna bila orang datang.
Terhasillah kediaman impiannya
Ads
Tekankan minimalis
Saya mahukan rumah yang ada jiwa saya dan dalam masa yang sama selesa. Anak anak ada bilik masing masing, ada bilik wardrobe. Saya tidak mahu TV di ruang tamu, ruang tamu bukan ruang menonton TV. Saya mahukan rumah yang ‘hidup’, setiap bahagian itu bersebab dan bermatlamat.
Mungkin kerana saya sering ke Jepun dan Australia, di mana saya lihat dua konsep rumah berbeza. Jepun adalah ‘minimalist’ setiap ruang mesti digunakan sepenuhnya dan tiada benda benda merepek yang tidak patut.
Ads
Ads
Australia pula, mereka punya tanah dan rumah yang luas tetapi mereka juga minimalist. Ada ruang makan, ada ruang keluarga dan ada ‘Mancave/Garage” hanya untuk bapa/suami berehat.
Dari rumah ‘Sampah Penagih Dadah’ ke rumah impian saya buat masa ini. Ye siapa tidak mahu duduk di banglo, ada kolam renang, ada helipad dan garage tetapi saya realistik. Apa yang dilakukan hendaklah selari dengan kemampuan. InsyaAllah satu hari nanti jika diizinkan-NYA.
Kontraktor: Hatech Niaga Resources
Mohd Hafezee / Mohd Zikri
Wireman: Azrin Aziz
Konsep/Idea/Arkitek: TMZ Industrial Haus
Nak tanam sayur cara mudah boleh guna cara ini. Boleh mulakan dengan sayur kangkung. Tanam sayur guna botol air mineral saja.
Jika di rumah ada banyak botol plastik ini, boleh guna semula untuk buat tanam sayur. Selain kangkung boleh juga guna cara ini untuk tanam sayur sawi atau bayam.
Cara penanaman ini semua sangat untuk mereka yang sibuk sebab tak perlu disiram namun, tanahnya tetap tak kering. Panduan penanaman kaedah ini dikongsikan oleh Rumah Kebun Organik
Cara tanam kangkung dalam botol
Bahan diperlukan
Botol air 1.5 liter
Gunting
Pisau
Paku
Tanah
Biji benih kangkung
Cara membuat
1. Potong dua/ separuh botol air tersebut.
2. Masukkan bahagian penutup ke dalam botol bahagian bawah. Seperti gambar.
3. Tebuk beberapa lubang pada bahagian bawah penutup botol.
4.Kemudian ayak tanah subur, sekam dan kompos dengan nisbah 1:1:1 untuk mengasingkan bendasing. Kemudian, masukkan ke dalam botol tadi.
5. Setelah itu masukkan 5 hingga 8 biji benih kangkung. Timbuskan semula dengan tanah dan siram air.
6. Biarkan sehingga keluar pucuk, bercambah setelah 7 hari.
7. Masukkan air pada bekas bahagian bawah. Setelah 16 hari, kangkung semakin subur membiak.
Cara ini kangkung tidak perlu disiram setiap hari dan tanah pun tidak kering. Lebih kurang sebulan usia kangkung sayur ini dah pun boleh dituai. Mudah kan.
Ramai yang guna dapur gas jenis kaca di rumah. Walau dah lama pakai tapi mungkin juga tak perasan ia sebenarnya didatangkan dengan pemetik api menggunakan bateri.
Ada masa akan berlaku masalah pemetik apinya tak berfungsi, petik-petik api tak keluar. Waktu itu mulalah kita fikir nak beli dapur baru, ataupun beli pistol pemetik api, sedangkan yang perlu dilakukan cuma tukar baterinya saja.
Bila kebersihan dalam kereta tak dijaga contohnya sisa makanan manis dan juga minuman tak dibuang dan dibersihkan makan lipas pasti akan merayap masuk dalam kereta.
Sekali dah masuk dan beranak pinak dalam kereta memang susah nak dibuang. Ada yang terkejut ketika memandu gara-gara lipas yang merayap ini. Memang berbahaya, boleh jadi penyebab kemalangan.
Supaya perkara buruk tak terjadi dan lipas ini tidak membiak dalam kereta dengan lebih banyak maka eloklah ambil langkah menghapuskannya.
Selain menggunakan semburan penghapus lipas atau serangga, kita juga boleh menggunakan petua mudah ini untuk menghapus lipas yang ada dalam kereta.
Bahan-bahan
Sedikit marjerin
Minyak masak terpakai
Susu pekat manis
Cara-caranya
Masukkan kesemua bahan tadi dalam satu bekas kemudian letak dalam kereta semalaman.
Esoknya anda akan lihat hasilnya. Anak-anak lipas akan terperangkap dalam cecair ini dan mati.
Ulangi petua ini sehinggalah masalah lipas dalam kereta selesai.