Kalau tengok keadaan rumah yang baru dibeli memang teruk keadaannya tak ubah macam rumah sarang penagih.
Tapi keazaman mahu mencipta kediaman impiannya mengatasi segala-galanya. Dari rumah ‘sampah’ penagih dadah Mohd Khairul Mk mengubah keadaan rumah tersebut dari segenap sudut hingga terhasillah istana impiannya.
Mengambil konsep industrial yang serba ringkas, perubahan ini dilakukan selari dengan kemampuannya.
Bila saya decide untuk melakukan transformation untuk rumah ‘sampah’ yang dibeli, saya hanya mahukan konsep industri yang bukan semata mata ‘nampak industri’ hanya pada perabot.
Saya mahukan rumah idaman, bukan rumah ortodok seperti dalam kehidupan zaman lalu, bukan rumah yang dibina untuk ‘impress’ sedara mara bila raya, bukan rumah yang sofa hanya tetamu boleh duduk, pinggan mangkuk mahal dalam almari dan hanya boleh guna bila orang datang.
Saya mahukan rumah yang ada jiwa saya dan dalam masa yang sama selesa. Anak anak ada bilik masing masing, ada bilik wardrobe. Saya tidak mahu TV di ruang tamu, ruang tamu bukan ruang menonton TV. Saya mahukan rumah yang ‘hidup’, setiap bahagian itu bersebab dan bermatlamat.
Mungkin kerana saya sering ke Jepun dan Australia, di mana saya lihat dua konsep rumah berbeza. Jepun adalah ‘minimalist’ setiap ruang mesti digunakan sepenuhnya dan tiada benda benda merepek yang tidak patut.
Australia pula, mereka punya tanah dan rumah yang luas tetapi mereka juga minimalist. Ada ruang makan, ada ruang keluarga dan ada ‘Mancave/Garage” hanya untuk bapa/suami berehat.
Dari rumah ‘Sampah Penagih Dadah’ ke rumah impian saya buat masa ini. Ye siapa tidak mahu duduk di banglo, ada kolam renang, ada helipad dan garage tetapi saya realistik. Apa yang dilakukan hendaklah selari dengan kemampuan. InsyaAllah satu hari nanti jika diizinkan-NYA.
Kontraktor: Hatech Niaga Resources
Mohd Hafezee / Mohd Zikri
Wireman: Azrin Aziz
Konsep/Idea/Arkitek: TMZ Industrial Haus
Semoga memberi inspirasi.
Sumber: Mohd Khairul Mk