Belum Ada Rezeki Hamil, Fazura Sebak Bila Doanya Tentang Anak Dititip Depan Kaabah

Share

 

 

 

Bernikah sekitar November tahun lepas, pasangan pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin masih belum dikurniakan cahaya mata. Ya lah kan pasangan suami isteri mana tak teringinkan anak.

Justeru, salah satu ikhtiarnya adalah doa.  Melalui satu status di instagram ternyata itu juga doa dari Fazura untuk dikirim kepada adik angkatnya yang berangkat ke tanah suci.

Menurut Fazura, adik angkatnya Wani itu selalu meminta titipan doa daripadanya untuk dibacakan setiap kali dia melalui Masjidil Haram. Entah mengapa kali ini, inilah doanya. Malah Fazura juga memohon netizen untuk mengaminkan doa ini.

“Mohon doakan semoga dikurniakan zuriat yang sempurna, dikurniakan rezeki buat saya dan suami supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan.
Dilindungi dan dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia,.”

Demikian titipan doa yang ditulis yang diakhiri dengan nama Faz. Gambar nota ini dimuat naik oleh Fazura semalam dalam instagram miliknya.

Sayu apabila titipan doa dibacakan di depan Kaabah

Subhanallah. Cukup beruntung saya dipertemukan dengan adik angkat saya yang diperkenalkan oleh mama sebagai anak angkat nya sewaktu saya berada di Madinah baru-baru ini. Wani merupakan adik saya yang sangat rajin berdoa lantas sering meminta titipan doa dari saya hampir setiap kali dia melangkah ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini. Salam syukur, kasih dan sayang. ? // ??

Semoga Fazura dan Fattah dikurniakan rezeki anak secepatnya dan berbahagia hingga ke akhir hayat.  Dengar cerita Fattah sambut belajar pulak, itu pun rezeki juga kan!

 

Sumber: https://www.instagram.com/missfazura/?hl=en

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Maryam Elyas