Tanda beras usang adalah apabila sudah ada kehadiran bubuk atas kutu beras. Ulat kecil ini juga akan ‘berkampung’ bila beras lama tak digunakan atau lama disimpan.
Ramai yang tak sanggup gunakan beras lama ini kerana berasa ia sudah tidak elok. Tapi sebenarnya beras yang sebeginilah paling sedap bila dimasak kerana kanjinya kurang dan kurang melekit.
Perkara ini dikongsi oleh Ezreen Muhaizie Marzukhi yang juga pemilik dan pengasas produk baja selain pengarah kilang beras yang beroperasi di Perlis.
Berikut adalah info menarik dikongsi beliau tentang beras lama yang ramai tidak tahu.
1. Beras yang ada kehadiran bubuk (kumbang beras) menandakan beras mula menjadi usang.
2. Beras usang (ageing rice) adalah beras yang paling sedap, kerana kanjinya kurang.
3. Nasi yang ditanak akan kurang melekit, sedap dimakan berkuah dan lebih sihat.
4. Biasanya usia beras usang terbaik adalah dua ke tiga bulan selepas dikisar.
5. Namun jika beras disimpan lebih daripada 6 bulan, bilangan bubuk akan semakin banyak dan beras menjadi lebih rapuh, mudah hancur dan bertepung (kerana isinya banyak dimakan bubuk).
6. Bau usangnya juga lebih kuat dan jika diproses semula pun, beras tersebut akan berkurangan beratnya kerana ada yang hancur menjadi tepung dan disedut ke bahagian dedak.
7. Bau beras usang berbeza dengan beras masam yang rosak disebabkan terkena air.
8. Beras usang yang berbubuk ni bagus, kerana ia menandakan beras tersebut adalah beras tempatan.
9. Bubuk tidak aktif atau mati dalam beras import, kerana sudah dibuat proses fumigasi di pelabuhan ketika tiba dari negara pengeksport.
10. Dua jenis bahan kimia yang dibuat untuk semburan fumigasi pada beras import adalah menggunakan methyl bromide atau phosphine.
11. Jadi saranan saya kalau anda makan beras import, basuhlah beras tersebut at least 3 kali sebelum masak nasi.
12. Kalau anda ‘terpaksa’ beli beras import, tapi tak sampai sebulan isinya ada bubuk,
ada kebarangkalian dalam kampit beras import tu dicampur dengan beras tempatan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ezreen Muhaizie Marzukhi