Rasanya masih ramai yang lagi yang ingat kepada peserta Akademi Fantasia 3 Amylea Azizan. Kecil molek tapi punya suara yang tinggi.
Lama mendiamkan diri, tapi baru-baru ini dia muncul dalam pemilihan AF Megastar. Meskipun tiada rezeki terpilih tapi kisahnya tetap viral bila memuat naik penampilan dirinya sebelum ini.
Rupa-rupanya selama menghilangkan diri Amylea berdepan dengan masalah berat badan yang tak sesuai dengan ketinggiannya.
Tapi demi memasuki AF Megastar dia sanggup berdiet dan menariknya dia berjaya menurunkan berat badan dengan drastik.
Dalam tempoh satu bulan Amylea berjaya turun 8kg dengan diet yang diamalkan dan dia turut berkongsi apa yang diamalkan. Siapa yang nak cuba silakan.
Tak pergi gim sepanjang diet
As promised m gonna share my weight loss journey and what i did to go from 61.5 Kg to 53.0 Kg in 1 month. My height is 149 cm / 4’11, berat badan ideal utk ketinggian sy ialah 42 kg ( tp sy tak minat utk terlalu kecil, i love to have muscle juga so it will be heavy tapi masih bentuk yg ideal 47kg target sy).
These are the pictures thru out my journey. Jangan kecam sis bila tgk gambar gemok diam sudah ok! Haha This is my way and what i did for myself, sy tak paksa siapa2 utk buat.
Ads
Kalau berminat nk cuba, cuba , sbb sy terima byk sgt permintaan utk share jadi sy share, klu ada yg lebih pakar mybe boleh share gambar anda utk turun 8kg sebulan bru sy percaya.
Sy dh bertahun cuba mcm2 tips! Ini saja yg berjaya. Tip penting! MAHU
Sy mmg suka gym & badminton tapi sepanjang diet ni sy tak gym langsung! This is what i did.
Hari Diet : from India food expert
BREAKFAST:
3 biji telor rebus ( kosong) 1 mug green tea
LUNCH:
3 biji telor rebus ( kosong) 1 mug green tea 1 biji apple ( apa2 jenis)
Minum air kosong yg byk sepanjang hari, jgn sulam2 makanan lain atau kudapan, klu buat tak menjadi diet ni. Percayalah sy dh try buat cmtu tapi mmg fail. Harus strict! Kosong tanpa gula/ tanpa sos/tanpa garam/ tanpa perisa
1 hari lose 1kg with this diet, my first day 1.4kg. You wont feel weak this diet is enough to fuel sufficient energy.
Hari Biasa
Brown rice separuh genggam
Ads
Virgin coconut oil ( klu goreng telor)
Kimchi
Frozen yogurt / greek yogurt
Green tea kosong ( wajib) boleh ulang menu ni 2 kali sehari tapi jgn atas jam 8mlm
CHEAT DAY:
Atkins style( makan lauk saja apa2, ayam goreng ke apa but no more than 1000 calorie) usually sy makan sehari sekali je klu cheat day sbb dh cukup.
Ice cream ( dark chocolate). Tapi tetap ❌ air manis!!! NO NO NO walau sikit sila ada mineral water bersama walau ke mana pegi.
Setiap kali i cheat day i will go on diet. And if i think i ate way too much on cheat day i will diet 2 hari.
And then back to hari biasa.
INFO
Egg is essential, even hari konsert i consume eggs for breakfast and eggs for high tea. After u do this u changed ur habit & akan rasa sgt selesa. No more bloating, no more perut meragam, buncit etc.
Okay good luck! I am still in my journey lg 6Kgs!! Wish me well!
Sejak Lisa Surihani, pelakon anak dua berkongsi amalan Intermittent Fasting (IF) untuk menurunkan berat badannya semakin ramai pula yang teruja mahu mengetahui tentang IF ini.
Tapi apa yang ramai tak tahu selain dari mampu menurunkan berat badan IF atau amalan puasa 16 jam ini ada banyak lagi kebaikan kepada tubuh.
Perkara ini didedahkan oleh Dr Siti Juriah atau Dr Jue dalam satu perkongsian video live yang dilakukan baru-baru ini.
Terdapat banyak manfaat IF yang disingkap oleh Dr Jue yang rasanya rugi jika kita tak mengamalkannya dan ia termasuklah mengelakkan kita dari terkena kanser.
16 jam puasa, 8 jam makan
Bagi yang tidak tahu secara ringkasnya IF ini adalah kaedah mengatur waktu untuk memberi usus kita rehat minimum selama 16 jam. Bagi umat Islam ia sinonim dengan amalan berpuasa.
16 jam berpuasa, 8 jam lagi adalah waktu yang dibolehkan untuk makan.
Menurut Dr Jue dalam tempoh 16 jam itu kita hanya boleh minum air kosong atau air tanpa gula dan kalori.
Sebagai contoh sekiranya kita mulakan IF pukul 10 malam yakni pada waktu kita mula tidur bermakna kita akan ‘skip’ sarapan dan hanya boleh mula makan pada jam 3 petang.
Dalam tempoh 16 jam puasa itu kita boleh minum air kosong, green tea atau air tanpa gula. Masa untuk IF terpulang pada kita tapi ia haruslah 16 jam.
IF boleh dilakukan seminggu sekali atau selang sehari tapi tak perlu dilakukan setiap hari kerana tubuh akan ‘adjust’ dengan perubahan, jadi apa yang kita harapkan tak terjadi.
Akan tetapi kata Dr Jue, selain daripada untuk menurunkan berat badan IF atau amalan berpuasa ini ada banyak lagi kebaikannya. Berikut adalah penjelasan Dr Jue tentang manfaat IF:
1. Menurunkan kadar insulin
IF boleh beri perubahan kepada fungsi sel, genetik atau hormon. Sewaktu berpuasa ini hormon insulin dalam tubuh kita akan turun. Hormon insulin dalam tubuh perlu rendah sebab ia sesuatu yang tak bagus.
Insulin membawa masuk gula dalam sel yang kemudian menukar karbohidrat jadi gula. Inilah yang akan menyebabkan kita gemuk. kadar insulin yang tinggi akan buat kerosakan pada badan, ia tidak baik kerana ia adalah radang, ia menyebabkan kerosakan saraf pada mata dan salur darah.
Tapi bila berpuasa kadar insulin akan turun dan secara tak langsung radang pun tak bermula, kemasukan gula dalam sel lemak tak berlaku. Jadi tak berlaku kegemukan sebaliknya lemak akan dibakar.
2. Awet muda
Semasa kita berpuasa, hormon yang turut berubah adalah Human Growth Hormon (HGH). Orang yang gemuk boleh kurus dengan menyuntik HCG dan selain itu hormon ini juga memudakan kita.
Bila kita berpuasa, hormon ini akan meningkat dan saintis sudah membuktikan ia meningkat 5 kali ganda. Kalau tak puasa hormon ini hampir kosong dalam tubuh kita.
Apabila berpuasa badan akan keluarkan hormon ini. Akan berlaku fat burning effect malah akan berlaku juga perkara lain dalam tubuh iaitu pembaharuan sel. Ini bermakna bila berpuasa sel-sel ada proses untuk memperbaharui sel-sel dalam tubuh.
3. Tingkatkan kadar metabolisme
Bila berpuasa tahap metabolisme akan meningkat. Kita gemuk kerana tahap metabolisme rendah. Bila tak puasa kita tak cabar tubuh sendiri jadi metabolisme akan jadi rendah, hormon pula statik dan perkara ini akan meyebabkan kita sakit dan cepat tua.
Sebab itu kita kena puasa, bagi umat Islam kita digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau bagi yang tak kuat semangat boleh lah buat IF, puasa 16 jam yang termasuk waktu kita tidur.
4. IF boleh rawat diabetes jenis 2
Mereka yang mengidap diabetes jenis 2, dalam tubuh mereka ada banyak ‘insulin resistance’ tapi insulin ini tak boleh digunakan, ia tak boleh berfungsi masukkan gula dalam sel. Jadi gula akan banyak dalam salur darah kerana tak boleh masuk dalam sel.
Gula yang banyak ini akan buat kerosakan pada tubuh. Tapi bila pesakit ini puasa, ia akan kurangkan ‘inslulin resistance’ sekaligus memulihkan penyakit diabetes jenis 2. Mengikut kajian bila kita melakukan IF ini insulin boleh turun sebanyak 20-31 peratus dan tahap gula akan menurun antara 3 hingga 6 peratus. Jadi kena amalkan.
5. Kurangkan Oxidative stress
Oxidative stress adalah keadaan di mana jumlah free radikal di dalam tubuh melebihi kapasiti tubuh untuk meneutralkannya. Free radikal ini adalah bahan toksik tak boleh sebabkan kanser
Bila badan ada banyak free radikal atau radikal bebas ia boleh mengganggu DNA yang kemudian boleh berubah menjadi sel-sel yang ada kanser
Tapi bila kita berpuasa ia akan kurangkan oxidative stress dan kajian sudah dibuat tentang perkara ini. Ia boleh dikurangkan dengan puasa. Free radikal akan menurun, radang kurang, DNA tidak akan diusik dan kuranglah kita dapat penyakit.
6. Turunkan kolesterol
Puasa juga boleh turunkan tahap kolesterol, LDL, Triglycerides dan kolesterol jahat. Tak perlu makan ubat, cuma puasa saja.
7. Buang sel yang telah rosak
Puasa juga membaiki sel, ia boleh buang bahan kotor dalam sel. Sel rosak dalam tubuh sentiasa ada, macam mana ia akan dibuang? Sel akan rosak pecah dan dimakan oleh sel dalam tubuh kita sendiri. Ini cara pembersihannya yang dinamakan autofaghy dan keadaan ini akan berlaku bila kita puasa.
Bila tiada sel rosak, susah untuk terbentuknya kanser dan ia kurangkan penyakit nyanyuk. Puasa atau IF juga boleh halang kita dari kena penyakit seperti kanser, sakit jantung, strok dan pelbagai lagi penyakit. Semua ini dah dibuat kajian oleh saintis.
8. Bijak
IF boleh menjadikan otak bijak kerana sel akan diperbaharui . Sel-sel dalam otak akan tumbuh yang baru. Ingatan akan tajam, bersih dan senang menghafal.
Selain untuk kurus, puasa ada banyak manfaat. Kita dapat kesihatan yang baik dan juga pahala. Dari sudut kesihatan, manfaat puasa itu sudah terbukti dari segi saintifik.
Ia boleh elakkan banyak penyakit. Saya sendiri pernah menggabungkan puasa dengan diet ketogenik iaitu diet tanpa karbohidrat semasa bulan ramadan dengan anak-anak.
Saya dapati anak tak mengantuk lepas sahur, cergas sampai pagi. Takde kompelin, migrain malah sihat.
Inilah the best of fasting jadi sebaiknya amalkan. Seeloknya kita amalkan puasa sunat Isnin Khamis, selain dapat pahala ia juga menyihatkan tapi bagi yang tak kuat semangat bolehlah lakukan IF.
Menjalani rutin bersenam selalu jadi alasan bagi masyarakat pada hari ini kerana dikatakan tidak cukup masa. Maklumlah zaman sekarang orang semuanya sibuk dengan kerja. Balik kerja pun matahari dah tenggelam. Dengan trafik yang sesak, memang susah nak peruntukkan masa untuk bersenam.
Pun begitu, anda boleh cuba beberapa tip ini untuk kekalkan berat badan tanpa perlu bersenam.
1) Diet Bersama Kawan
Buat sesuatu secara berjemaah adalah lebih besar impaknya berbanding anda buat secara solo. Kalau ingin diet, ajak kawan baik anda diet sekali. Set target nak turun berapa kilogram bulan ini. Misalnya anda dan kawan set target nak turun 5 kilogram. Jadi buat sampai jadi. Kalau anda diet secara solo, kawan ajak makan di restoran makanan segera, anda pula yang lemah semangat. Rosaklah diet.
2) Makan Menggunakan Pinggan dan Cawan Merah
Kalau ikut lampu trafik, merah tandanya berhenti. Jadi secara psikologinya, kalau kita gunakan pinggan merah, kita akan lebih cenderung untuk cepat berhenti makan. Jadi, penuhkan rumah anda dengan pinggan mangkuk dan cawan berwarna merah. Pinggan putih bolehlah anda simpan sampailah anda dapat berat badan yang diinginkan.
3) Elak Pandang Gambar Atau Makanan
Memandang gambar atau makanan yang nampak sedap tapi kurang berkhasiat sebenarnya mengundang emosi lapar pada seseorang. Apabila emosi lapar dan rasa hendak makan itu datang, maka anda akan terdorong untuk mendapatkan makanan tersebut. Jadi elakkanlah memandang gambar makanan yang sedap-sedap. Elak bukak page resipi dan sebagainya ketika anda sedang diet. Kan orang kata dari mata turun ke hati. Jadi, jaga pandangan ya.
4) Ambil Lebih Banyak Protein
Protein adalah sumber makanan yang cepat meredakan lapar. Jadi bila rasa lapar tu dapat diredakan dengan cepat, maka kuranglah jumlah pengambilan makanan. makanlah lebih banyak protein berbanding karbohidrat. Misalnya ayam, ikan dan telur.
5) Kunyah Gula-Gula Getah Tanpa Gula
Apabila terasa lapar, mulut rasa nak mengunyah sesuatu. Jangan sesekali dapatkan kerepek kentang atau sepotong kek untuk meredakan rasa lapar itu. Sangatlah berbahaya bagi orang yang sedang diet. Cuba beli gula-gula getah tanpa gula. Apabila terasa lapar dan ingin mengunyah, kunyahlah gula-gula getah itu.
VK pun nak try la tip ni. Payah betul nak bersenam.
Teh adalah minuman yang selalu ada di setiap rumah. Dihasilkan daripada sejenis daun, pengambilan teh ini sudah lama dikaitkan khasiat untuk tubuh termasuklah untuk menguruangkan risiko penyakit jantung.
Kajian juga menunjukkan minum teh banyak memberi manfaat untuk penurunan berat badan dan juga pengurangan lemak pada perut.
Malah ada beberapa jenis teh dilihat sangat berkesan untuk dua tujuan ini. Jadi untuk yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan, jadikan minum 6 jenis teh ini sebagai amalan harian.
Teh hijau
Teh hijau adalah salah satu teh yang popular dan dikaitkan dengan pelbagai khasiat. Ia juga antara teh yang sangat efektif untuk menurunkan berat badan kerana kandungan catechin yang tinggi mana merupakan antioksidan semula jadi yang baik untuk meningkatkan metabolisme dan meningkatkan pembakaran lemak terutama di bahagian perut.
Teh Puerh
Puerh adalah dari keluarga Chinese black tea. Amalan minum teh ini selepas makan akan mengelakkan lemak dari berkumpul seterusnya mengelak kenaikan berat badan. Sebab itu teh yang menenangkan ini dilihat sangat membantu dalam penurunan berat badan
Black tea
Ia kaya dengan flavonoids yang menyumbang kepada pengurangan berat badan. Ia juga memberi kesan dalam menjaga tahap gula dalam darah.
Teh Oolong
Ia merupakan teh tradisi China dengan aroma yang wangi. Ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara merangsang pembakaran lemak dan mempercepatkan metabolisme. Ia juga mengandungi polyphenols yang bertanggungjawab dalam usaha menurunkan berat badan.
Teh Rooibos
Teh Rooibos adalah teh herba dari Afrika Selatan. Awalnya digunakan untuk tujuan kesihatan namun kini khasiatnya dalam menurunkan berat badan sudah dikenal pasti. Ia mengandungi antioksidan yang membantu menyeimbangkan tahap gula. Ia manis tapi rendah kalori.
Teh Matcha
Atau dikenali juga sebagai serbuk teh ia adalah berasal dari keluarga teh hijau. Tapi teh matcha lebih berkesan jika mahu menurunkan berat badan. Malah lebih efektif dari teh hijau. Ia mampu menghapuskan toksin, memperbaiki sistem imun selain menghalang penambahan berat badan dengan cara merangsang tahap metabolisme.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...