Perkongsian dari anak muda Arif Sukri ini memang mengujakan termasuklah VK sendiri. Mana taknya 3 bulan boleh hilang 40kg! Memang tak mustahil sebenarnya.
Walaupun yang berkongsi ini lelaki tapi cara dietnya boleh saja diikuti oleh kita yang perempuan ni. Cuma pesannya nak hilangkan berat badan sebanyak itu dalam tempoh yang singkat memanglah memerlukan pengorbanan dan komitmen.
So janganlah harap boleh kurus kalau asyik nak makan saja, kenalah berkorban kurangkan makan tu. Tapi rasanya diet yang dikongsi Arif ini tak sampai membuatkan kita berlapar. Tetap makan enam kali sehari. Oklah kan.
Untuk korang yang nak kurus cepat tapi selamat boleh praktikkan cara diet Arif Sukri .
Makan kena cukup enam kali, yahoo!
Saya telah menulis begitu banyak mengenai perjalanan mengurangkan berat badan. Hilang 40 kg dalam tempoh 3 bulan memang memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen
Pada awal penulisan dahulu saya tidak mencadangkan korang untuk follow jadual pemakanan saya. Pada saya ambil tahu syarat-syarat makanan apa pun dah baik.
Hahaa. Tapi korang tak nak. Kemain juga nak tahu rejim dan jadual diet saya. Sama sahaja. Yang pasti makan kena cukup 6 kali sehari.
1. Sarapan
Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.
Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air suam sahaja. Dia punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong makanan yang bergula.
Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi masa sesuai untuk sarapan.
Ads
2. Minum pagi
Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi pun saya minum air kosong banyak dah. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu atau setidak-tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.
3. Makan tengah hari
Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya akan minum air masak terlebih dahulu. Ini agar perut saya terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab perut dah penuh air. Kahkah.
Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada yang bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau singgang. Dan pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.
4. Minum petang
Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja. Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.
Ads
Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.
Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula. Untuk makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan tak lebih dari 3 keping.
Di atas adalah gambar terdahulu dan kini. Dulu 120 kg. Sekarang 77-78 kg Dulu saiz pinggang 46 inci. Sekarang 36 inci.
5. Makan malam
Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama dengan menu tengah ri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam atau nasi berlauk sama macam tengahari.
Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.
6. Minum malam
Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu. Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal pun baik. Simpan stok banyak banyak. Hehe
Ads
Nota-nota lain yang perlu anda tahu mengenai diet saya.
Saya tidak makan apa-apa suplemen.
Dua bulan pertama tiada air manis masuk ke dalam mulut.
Sarapan adalah oat dan air suam sahaja. Korang boleh? Kahkah.
Walaupun diet kena ada cheats day untuk reset balik diet. Buat seminggu sekali sahaja.
Sebulan pertama tanpa senaman cardio dan hanya berjalan kaki 20 minit setiap petang saya berjaya hilangkan 5-7 kg.
Kualiti dan kuantiti makanan itu paling utama
Makan bersulam dengan air adalah dilarang. 30 minit selepas makan baru minum. Kalau pedas cukup seteguk dua.
Jangan tidur atau terus baring 2 jam pertama selepas makan.
Jangan tinggal buah.
Sardin, sos, kicap, budu, ikan kering dan seangkatan yang tinggi garam juga saya tak sentuh.
Akhir sekali jangan timbang kerap. Hahaha. Nak diet tak boleh stress. Kena layan dan santai sahaja.
Bahagikan portion makan dengan bijak
Kejayaan mengurangkan berat badan adalah bergantung kepada gaya pemilihan makanan yang bijak dan jumlah kuantiti yang betul.
Cara meletakkan kuantiti makanan seperti dalam pinggan ini sangat membantu. Hanya perlu masukkan jumlah yang tepat sahaja.
Ini adalah nutrisi yang memang perlu ada dalam setiap hidangan kita.
1. Karbohidrat ( Nasi putih, nasi perang atau roti)
2. Protein (Ayam, daging, ikan)
3. Fiber atau vitamin (Sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan.
Dengan gabungan ketiga-tiga nutrisi ini ia sudahpun dapat menampung jumlah tenaga anda sehari-harian.
Dengan memilih makanan yang kurang minyak, rebus-rebusan atau jenis yang dipanggang anda sebenarnya sudah selangkah ke arah berat badan yang ideal.
Lagi banyak anda kurangkan makanan berlemak, masin dan berminyak, lebih cepat peratus untuk anda kurangkan berat badan anda. Bolehlah cuba formula pinggan nutrisi ini.
Diet bukan tujuan. Matlamat kita adalah kesihatan yang berkualiti. Diet tidak ada ada pengakhiran dan ia adalah perjalanan hidup. Harap tip ini manfaat untuk korang semua.
Perasan kan beberapa hari sebelum haid, kita asyik rasa nak makan saja walau pun sebenarnya baru lepas makan.
Biasanya kita teringin makan hidangan yang manis-manis. Memang bahaya untuk yang sedang diet tapi apa nak buat ia adalah keadaan normal pada tubuh wanita menjelang waktu haid tiba.
Puncanya
Nafsu makan yang menjadi-jadi sebelum waktu haid ini berpunca dari penurunan kadar hormon estrogen dalam tubuh wanita.
Inilah yang menyebabkan perut cepat berasa lapar dan nafsu makan meningkat walaupun sebenarnya sudah makan. Menurut satu kajian, kebiasaannya sebelum mengalami haid wanita inginkan makanan manis dan tinggi kalori.
Tapi bukan saja cepat berasa lapar, penurunan hormon ini turut memberi kesan kepada emosi wanita yang menyebabkan kita semakin sensitif, mudah rasa penat dan berasa kurang menarik.
Memandangkan nafsu makan meningkat sebelum haid maka disarankan mengambil empat makanan ini ketika mulut terasa mahu mengunyah.
1. Buah-buahan
2. Roti gandum
3. Kekacang
4. Yogurt
Makanan ini dikatakan tidak akan menyebabkan kegemukan walaupun diambil dalam jumlah banyak.
Melalui instagram, Haryati How kerap berkongsi soal pemakanan sihat yang diambil setiap hari. Paling menarik ialah gambar-gambar bekal untuk sarapan dan makan tengah harinya. Walaupun jenis makanan setiap hari hampir sama, namun memang nampak menarik.
Pada usia 41 tahun, dengan berat badan 51 kilogram, Haryati cergas untuk menjalankan rutin harian sebagai pensyarah di Asia Pacific Language Centre (di bawah APU University, Technology Park, Bukit Jalil). Eh, jangan tak percaya tau, Haryati ni ada anak empat!
Pernah mencecah berat badan 62 kilogram, Haryati selesa dengan berat badan sekarang. Mulai 2016 mengamalkan diet sebegini, beratnya kekal pada berat ideal. Di tambah pula dengan senaman 30 minit sehari setiap pagi sebelum atau selepas subuh.
Jom ikuti perkongsian Haryati
Ada yang anggap makanan macam tu dan sebanyak tu tak mengenyangkan. Apa komen Haryati?
Mula-mula amalkan memang takut tak cukup. Tapi bila dah minum air sebelum makan, kemudian makan buah, sayur dan bekal lain tu kadang-kadang bekal pun tak boleh nak habisk sebab kekenyangan.
Hari-hari mesti ada telur rebus. Apa manfaatnya?
Telur rebus sumber protein yang paling mudah dapat dan boleh dipelbagaikan dalam menu. Saya suka rebus sahaja sebab cepat dan mudah nak makan.
Rahsia nak cepat kenyang, minum air sebelum makan. Memang menjadi ya nak kekal kurus macam ni?
Alhamdulillah setakat ni memang berkesan. Minum air segelas sebelum makan. Lepas makan tunggu dalam 30 minit sebelum minum lagi. Jangan minum selang seli dengan makan.
Berapa kos penyediaan bekal untuk sebulan?
Kos tak tinggi, sebulan dalam RM150 hingga RM200 sebab salmon dan bahah-bahan lain saya beli waktu harga murah atau cari kedai yang bagi harga paling rendah.
Ini bekal yang dibawa setiap hari
Telur rebus, keledek rebus, buah kiwi dan salad.
Spaghetti spiral dan pir.
Salad dan telur goreng.
Telur hancur, telur goreng, brokoli, kimchi dan buah pir.
Telur hancur, telur rebus, dada ayam, salad.
Ikan salmon, telur rebus, salad.
Salmon, brokoli, lobak merah, keledek rebus, telur rebus dan salad.
Menjalani rutin bersenam selalu jadi alasan bagi masyarakat pada hari ini kerana dikatakan tidak cukup masa. Maklumlah zaman sekarang orang semuanya sibuk dengan kerja. Balik kerja pun matahari dah tenggelam. Dengan trafik yang sesak, memang susah nak peruntukkan masa untuk bersenam.
Pun begitu, anda boleh cuba beberapa tip ini untuk kekalkan berat badan tanpa perlu bersenam.
1) Diet Bersama Kawan
Buat sesuatu secara berjemaah adalah lebih besar impaknya berbanding anda buat secara solo. Kalau ingin diet, ajak kawan baik anda diet sekali. Set target nak turun berapa kilogram bulan ini. Misalnya anda dan kawan set target nak turun 5 kilogram. Jadi buat sampai jadi. Kalau anda diet secara solo, kawan ajak makan di restoran makanan segera, anda pula yang lemah semangat. Rosaklah diet.
2) Makan Menggunakan Pinggan dan Cawan Merah
Kalau ikut lampu trafik, merah tandanya berhenti. Jadi secara psikologinya, kalau kita gunakan pinggan merah, kita akan lebih cenderung untuk cepat berhenti makan. Jadi, penuhkan rumah anda dengan pinggan mangkuk dan cawan berwarna merah. Pinggan putih bolehlah anda simpan sampailah anda dapat berat badan yang diinginkan.
3) Elak Pandang Gambar Atau Makanan
Memandang gambar atau makanan yang nampak sedap tapi kurang berkhasiat sebenarnya mengundang emosi lapar pada seseorang. Apabila emosi lapar dan rasa hendak makan itu datang, maka anda akan terdorong untuk mendapatkan makanan tersebut. Jadi elakkanlah memandang gambar makanan yang sedap-sedap. Elak bukak page resipi dan sebagainya ketika anda sedang diet. Kan orang kata dari mata turun ke hati. Jadi, jaga pandangan ya.
4) Ambil Lebih Banyak Protein
Protein adalah sumber makanan yang cepat meredakan lapar. Jadi bila rasa lapar tu dapat diredakan dengan cepat, maka kuranglah jumlah pengambilan makanan. makanlah lebih banyak protein berbanding karbohidrat. Misalnya ayam, ikan dan telur.
5) Kunyah Gula-Gula Getah Tanpa Gula
Apabila terasa lapar, mulut rasa nak mengunyah sesuatu. Jangan sesekali dapatkan kerepek kentang atau sepotong kek untuk meredakan rasa lapar itu. Sangatlah berbahaya bagi orang yang sedang diet. Cuba beli gula-gula getah tanpa gula. Apabila terasa lapar dan ingin mengunyah, kunyahlah gula-gula getah itu.
VK pun nak try la tip ni. Payah betul nak bersenam.