Memandangkan anak tak sekolah, semua ada di rumah dan ramai juga yang kena kerja dari rumah maknanya makanan kena sentiasa ada stok.

Selain lauk, kuih pun penting untuk kudapan mereka. Salah satu yang mudah dan boleh kita buat banyak untuk jadikan stok frozen adalah samosa kentang.

Modal pun tak banyak cuma guna kentang dan lobak. Cara membuatnya dikongsi oleh Sabariah Nor Mohd Yusof.

Samosa inti kentang, buat mudah & bahan pun tak banyak

Bahan untuk inti:

5 biji kentang – potong dadu
1 batang lobak merah – ambil suku & potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit daun bawang
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Serbuk perasa
Sedikit lada hitam – ditumbuk lumat
Kulit popia

Info: Bahan ini untuk 20-25 biji samosa

Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

Cara membuat:

  1. Rebus seketika kentang dan lobak merah supaya empuk. Kemudian tos.

2. Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai layu.

IKLAN

Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

3. Masuk ubi kentang dan lobak merah bersama semua bahan-bahan lain, gaul rata & perasakan.

4. Siap inti samosa.

Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

IKLAN

Cara lipat samosa

  • Sediakan bahan utamanya iaitu kulit popia dan inti yang siap dimasak. Sebelum itu bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama air untuk lekatkan samosa supaya tak terburai.

Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

  •  Ambil kulit popia potong dua. Letak tepung tadi di hujung untuk sambung supaya panjang.

Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

  •  Boleh mula melipat. Lipat jadi segitiga ikut langkah 1 &2, kemudian masukkan inti. Lipat jadi segitiga lagi.

Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

  • Letak bancuhan tepung tadi di hujung supaya melekat, letak juga di ruang-ruang kosong (langkah 6 & 7). Siap!

Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

IKLAN

Nak goreng terus pun boleh, nak frozen pun boleh untuk makan lain waktu.

Selain itu:  Tak Malu Tayang Wajah Penuh Jerawat Di Instagram, Charisa Ajar Diri Nilai Orang Lain Kerana Hati Bukan Luaran

Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

Cara lipat samosa tanpa potong

Boleh juga lipat cara ini, lebih mudah. Tak perlu potong kulit popia. Cara ini dikongsi oleh Cik Puan Rose

Selamat mencuba!

Sumber: Sabariah Nor Mohd Yusof

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI