Berbaloi Tanam Pokok Cili Jambak, Sekali Berbuah Meriah Hasilnya

Share

Selain pokok cili biasa, pokok cili jambak juga sering ditanam keliling rumah. Seronok bila tengok hasilnya, sekali berbuah memang meriah.

Teringin untuk mendapat hasil cili sejambak begini, perkongsian di laman sosial Facebook Adam Harris Mohd Shaifullah memberi panduan untuk menanamnya di laman rumah sendiri.

Tanam cili jambak seperti jambangan bunga

Langkah 1 :

– Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8 jam atau 1 malam .

– Tujuan rendam ini untuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.

– Seeloknya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai, air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.

Langkah 2 :

– Keringkan benih yang sudah direndam mengunakan penapis, kertas atau tisu. Tujuan kering ini supaya mudah untuk disemai dan benih mudah untuk dikendalikan.

Langkah 3 :

– Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih.

– Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.

Langkah 4 :

– Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam.

– Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.

Langkah 5 :

– Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut.

– Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.

Langkah 6 :

– Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam keseluruhan selama 3 ke 5 hari.

– Hari ke 3 hingga 5 benih sudah mula bercambah. Anda boleh mengalihkan sungkupan plastik hitam tadi.

Langkah 7 :

– Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2 helai daun. Alih kan benih ke kawasan yang menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.

– Siram setiap pagi dan petang. Letakkan di tepi rumah atau pakai net hitam.

Langkah 8 :

– Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit (beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh juga gunakan baja organik.

– Setelah usia 2 minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alihkan pula ke pasu, polybag atau atas tanah.

Langkah 9 :

– Baja pokok setiap 1 minggu atau 2 minggu sekali. Untuk pokok yang bebas dari serangan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali.

– Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah. Jika anda menggunakan baja biji NPK, berhenti guna baja apabila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.

Nota: Tips di atas boleh digunakan pada semua jenis cili.

Sumber : Adam Harris Mohd Shaifful

Artikel berkait:

Guna Uncang Cili Untuk Benih Pokok

Air Penggalak Untuk Cili Ditanam Berbuah Lebat & Tahan Penyakit

Nota: Untuk cari benih cili yang bagus di sini

Published by
Siti Zurina Mat Saman