Coretan penyanyi, Nora Ariffin pagi Jumaat hari ini berbaur kerinduan. Umum mengetahu bahawa suami beliau meninggal dunia pada Mac tahun lepas. Dalam instagramnya, Nora memuat naik gambar pusara arwah suaminya dengan kapsyen yang menyentuh hati.

Salam Jumaat
Bercerai hidup…
Ada harapan utk rujuk.
Bercerai mati…
Entah bila bertemu lagi..
Hanya DOA yg dpt dikirimkan.
Semoga Allah makbulkan doa utk bertemu & bersama lagi disana nanti.
In Shaa Allah 
Al- fatihah.
Johan Nawawi 1966-2017 

Baru-baru ini juga, Nora telah merasmikan Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi. Menurut Nora, album ini sungguh dekat dengan hatinya kerana turut memuatkan lagu terakhir ciptaan dan nyanyian solo arwah.

Ads

Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini sangat dekat di hati kak Nora kerana Lagu Bidadari adalah lagu terakhir ciptaan dan nyanyian solo Allahyarham sendiri, iaitu dua bulan sebelum beliau pergi. 

 

Senyum dalam duka, rindu tak terkata, hanya Allah yang tahu, sepi

Walaupun gembira dan tersenyum pada majlis pelancaran album ini, namun melalui kapsyen instagramnya Nora meluahkan isi hatinya yang sebenar. Dia terlalu merindui detik-detik bersama suaminya itu.

 

Tidak dinafikan, sememangnya apabila kita kematian insan yang tersayang, perasaan rindu itu pasti bertamu. Semoga dengan terbitnya Album Tribute ini boleh sekurang-kurangnya meredakan kerinduan di hati Nora. Kerinduan itu turut dirasai oleh anak mereka.

Ads

 

Anak selalu tanya pasal papa

Anak bongsu Nora dan Johan, Putri Nur Fatehah selalu tanya mengenai papanya. Maklumlah, kanak-kanak. Mereka belum faham sesuatu yang ada kala di luar pemikiran mereka.

 

Ads

Anak kecil yg selalu sebut dan tanyakan papa….? Moga satu hari dia akn faham & menjadi anak yg solehah yg mendoakan kita.

Semoga Nora dan keluarga tabah melalui kehidupan pada masa akan datang. Perkahwinan Nora bersama komposer tersohor ini dikurniakan empat anak iaitu Mohd. Syakir Alif, Putri Nur Dahlia, Mohd. Syakir Iman dan Putri Nur Fatehah.

Sumber: https://www.instagram.com/itsnoraariffin/?hl=en

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI