Sanggup berhenti kerja kerajaan demi impian mahu membina bisnes sendiri, impian Siti Zakirah Ghazali sememangnya sudah tercapai saat ini.
Dia punya syarikat sendiri, suaminya juga begitu, tapi untuk meraih impian itu bukanlah mudah.
Suami kemalangan, hajat sambung belajar tak kesampaian malah tindakan keduanya berhenti kerja serentak turut tidak dipersetujui keluarga. Itu hanya sebahagian dugaan yang diceritakan.
Tapi demi hasarat untuk ubah hidup keluarga Siti Zakirah atau dikenali sebagai Mcyah Joanjett wanita ini komited teruskan perancangannya.
Malah dia membuat persiapan teliti sebelum berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri. Inilah yang seharusnya jadi persiapan dan panduan wanita lain yang mengimpikan perkara serupa.
Keperitan hidup bermula bila suami kemalangan
Ads
Harapan sambung belajar tak kesampaian
Suami isteri berhenti kerja serentak
Sama-sama bangkit untuk buktikan
Ads
Apa aku buat sebelum berhenti kerja
Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA? ?aku pastikan bisnesku stabil selama 6bulan. ?gigih simpan 6bulan gaji. ?ada bisnes planner.
Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign? ❤jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga. ❤aku hadir majlis ilmu. ❤aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan. ❤aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela. ❤zakat dan cukai wajib bayar. ❤gigih marketing. ❤realisasikan impian orang tersayang. ❤abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down. ❤sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.
Pilihan ditangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alamai. Kesakitan yang mereka rasai. Bebanan yang mereka tanggung.
Niat kita mungkin ingin menambah pahala membantu melancarkan ibadah korban dengan menolong melapah, memotong atau mengagihkan daging korban tapi tanpa disangka berakhir mendapat dosa.
Jangan terkejut perkara ini boleh berlaku dan paling malang tanpa kita sedari. Demikian perkongsian Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau DrMAZA.com baru-baru ini tentang ibadah korban yang perlu kita fahami.
Ambil dulu bahagian yang disukai tanpa izin
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban yang mereka sukai. Ini terutama bahagian-bahagian yang menarik untuk mereka.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian itu berasingan untuk mereka ambil selesai urusan pelapahan haiwan korban korban. Mereka menyembunyikan lebih awal ataupun tanpa malu mengambil secara terang-terangan.
Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian tersebut bahagian-bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.
Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diberikan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
Tak boleh ambil daging korban atas dasar upah kerja
Kemudian mereka wajib tahu bahawa tidak boleh untuk mereka mengambil daging korban atas dasar upah kerja mereka. Mereka hanya boleh menerima upah berbentuk wang atau apa sahaja selain bahagian korban yang mereka terlibat.
Larangan memberikan daging atau selainnya sebagai upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ، وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا، لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلاَلَهَا، وَلاَ يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku membahagikan kesemuanya; daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali:
نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.
Dibolehkan sekiranya…
Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dan pelapah dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah.
Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya.
Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan korban.
Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: “Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikorban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (3/633. Damsyik: Dar al-Fikr).
Hendaklah diingatkan bahawa mereka seperti mana orang lain, hanya boleh perolehinya jika diberikan oleh tuan empunya korban dengan hati yang redha, bukan dengan mereka pandai-pandai mengambilnya.
Firman Allah:
ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ (maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Semalam menyaksikan sejarah berlaku dalam negara Malaysia bila Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik kali kedua menjadi Perdana Menteri yang ke-7 selepas bersara hampir 15 tahun.
Ramai kagum dengan susuk pemimpin barisan pembangkang Pakatan Harapan ini yang masih bertenaga dan bersemangat untuk menerajui negara pada usianya 93 tahun.
Tak dapat dinafikan salah satu punca kekuatan Tun Dr Mahathir ini sudah tentulah seorang isteri yang setia bersamanya demi menjaga suami tercinta.
Tun Dr Siti Hasmah sanggup menemani suaminya ke mana saja walaupun berhujan demi memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Melihat kesetiaan dan keutuhan kasih sayang antara kedua Tun Dr Mahathir dan juga Tun Dr Siti Hasmah sememangnya pasangan ini wajar dijadikan contoh kepada pasangan suami isteri muda.
Semalam juga berlegar di laman sosial perkongsian video aksi pasangan ini yang nyata cukup romantis dan manis walaupun sudah berusia.
Tenangkan suami sebelum angkat sumpah
Dalam video tersebut Tun Dr Siti Hasmah menenangkan suaminya sebelum mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri di Istana Negara.
” Bismillah dulu…you’ll be alright sayang,”ucap Tun Dr Siti Hasmah untuk suaminya yang bakal berdepan acara penting.
Kedua video yang tular ini juga mendapat banyak reaksi daripada netizen yang rata rata kagum dengan pasangan ini setia dan sentiasa mendorong antara satu sama lain sambil menyertakan #relationshipgoal.
Tidak kurang juga yang sebak melihat video ini bila mengenangkan bahawa keduanya telah banyak berkorban untuk negara.
Dalam pada itu netizen juga tidak terkecuali mendoakan Perdana Menteri Malaysia yang baru ini agar sihat dan dipanjangkan umur.
Dapur konsep terbuka, rasanya jarang yang berani mengaplikasikannya di rumah. Walaupun kelebihannya praktikal untuk dapur yang kecil serta mudah untuk mencari barang tapi ramai sisi lain semua barang akan dapat dilihat.
Inilah yang buat ramai tak berani salah aturan dapur akan nampak bersepah atau tak kemas. Tapi menariknya Atam Ayu berjaya mempraktikkan dapur open concept di rumahnya dan hasilnya kemas tip top.
Antara tip untuk memastikan dapur open concept kemas adalah meminimumkan barang dapur dan memastikan ada tempat khas untuk meletakkan semua barang dapur.
Selain itu pastikan juga ada sistem penyusunan barang, seperti bekas dan rak mempunyai tema yang serasi supaya tak nampak serabut.
Selebihnya boleh lihat perkongsian dari Atam Ayu
1. Rak Hyllis dari Ikea untuk meletakkan barangan.
2. Setiap barang ada bekas khas dengan tema yang sama
3. Rak ada lampu kecil menggunakan bateri untuk mudahkan cari barangan, beli di kedai Eco
4. Table top tanpa kabinet, tapi ditutup dengan langsir dapur. Boleh beli di Shopee
5. Bahagian bawah singki, tetap tersusun walaupun tak nampak di pandangan
6. Penyangkut kuali dan periuk di bawah singki
6. Bar kaunter buat sendiri saja
Pandangan dari depan
7. Tema warna ringkas, hitam dan putih
Semoga beri idea pada yang sedang mencari ilham mendekorasi ruang dapur.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...