Bila baca perkongsian Wani Syazwani ini VK pun rasa bersemangat cuba turunkan berat badan. Mana tidaknya cara yang dilakukan cukup mudah tapi mampu hilangkan lebih 35kg dalam tempoh 8 bulan. Hebat tu!
Dari perkongsiannya ada ada lima rutin yang dilakukan setiap hari sehingga berjaya menurunkan berat badannya. Salah satu yang dia tak pernah miss adalah minum teh hijau.
Akui Wani kegigihannya untuk berdiet bukanlah untuk dipuji tapi sebalik untuk diri sendiri. Baguslah macam tu sis. Bagi yang nak cuba cara diet Wani Syazwani boleh ikut tip yang dikongsi.
Jaga 3 perkara ini kalau nak kurus
Hari-hari diet tanpa jemu. Hampir 8 bulan Wani berjaya lost 35.5kg. Tak kurus macam org lain tapi kurus sikit dari dulu. Orang tanya macam mana diet ni. Wani cuma bagi tahu:
Ads
Jaga makan
Jangan makan waktu malam
Jangan minum air manis
Minum teh hijau & air kosong…
Ini yang Wani amal selama diet. Dari mula diet Wani juga dah amal minum green tea jasmine dan air kosong 3-4 liter sehari. Memang akan ulang ke tandas. Ke hulu hilir bawak botol air. Bukan senang nak kurus.
Setiap kali mkn wajib makan on time. Pagi 9am, lunch 1pm dan dinner 6pm. Lepas 7pm memamg tak makan dah. Makan makanan berkhasiat (panggang @ rebus ). Kurangkan garam.
Diet bukan untuk dipuji tapi untuk diri sendiri
Setiap minggu 3-5 kali Wani akan bersenam. Sekarang ni selang-selang cardio workout dgn zumba. Kalau dulu zumba saja. Wani pilih untuk bersenam dalam rumah saja. Lagi senang dan jimat masa.
Tenkiu untuk husband Wani. Sentiasa support wife mu ini.
Ads
Diet bukan utk dipuji. Tapi utk diri sendiri. Sekurang-kurangnya wani dh usaha utk hidup sihat.
Kat sini Wani sertakan contoh breakfast + green tea jasmine setiap pagi. Tak pernah miss.
Menu sarapan
Teruja kan nak mula diet? Jangan baca saja, jom mula!
Semua wanita mengimpikan tubuh badan yang langsing, sebab itu kebanyakannya sentiasa mencari cara untuk kurus. Selain diet, ada yang nak kurus dengan mudah dengan cara ambil ubat kurus. Ini cara paling mudah, tambahan pula banyak ubat kurus dijual di pasaran.
Tapi hati-hati ya takut tersilap makan ubat yang boleh menyebabkan kemudaratan pada kesihatan. Seperti yang dialami oleh Nursyahidah Sukeri .
Kerana impian langsing dia mengambil jalan pintas menggunakan pelbagai ubat kurus sampai satu ketika ia merosakkan organ dalamannya. Akibatnya Nursyahidah terpaksa menjalani pembedahan usus kerana organ itu rosak teruk akibat pengambilan ubat kurus pelbagai jenama dalam tempoh lama.
Ambil 16 jenis ubat kurus
Untuk produk yang ke 16 ni aku dah tak google. P tequih beli jaa tengok feedback terbaik.geremm laa i. Yes memang aku pengamal diet adkin. Tapi masa makan ubat ni aku tak pantang tau.
Pagi menu aku roti, tengahhari kadang mee sup, bihun sup, soto, nasi ayam, nasi tomyam. Ermm dapnyaa. Malam pulak kadang kfc, tortila wrap. Nikmat makan bagaikan org gila. Tapi tak boleh nak makan banyak. Semua makanan aku tak habis. Pembaziran disini.
Mula rasa kesan pening, badan panas
1st aku makan, pening sat. Badan panas. Hari tuh 3 liter ayaq. Hari kedua aku makan lagi. Yang nii aku tengok makanan aku nak muntah. Bahagia nyaa sebab dok nampak nak kuquih nuh. Hahaha. yalah setelah 2 tahun tinggai ubt kuquih akhirnya terjumpaa ubat kuquih bg kesan terbaik dekat hg. Masuk hari ke-3 aku tak ambik sbb xsedap badan.
Rasa nak demam. Ayaq minum banyak okey sebab dahaga. Punya KUAT ubat ni walaupun hg xmakan dia, still hg rasa kenyang. Bahan apa aku xtau dia masukkan dlm nii.
Hari berikutnya aku teruskan makan tapi selang2 bukan tiap hari. Habiss 13 biji juga. Sejak aku ambil ubt ni aku sembelit, minum air banyak sehari 3 kali jaa kencing. Woii gilaaa arrr p mana ayaq aku minum badan aku span ka qesapp habih ayaq. Hahaha. Satu lagi aku tak beqak oii.
Makan ubt kurus tapi tak beqak. Bila tak beqak nii toksin keluaq kot mana ? Adududu ( sorilaa tak qety nak buat ayat pekan) bayangkan 1 minggu 2 kali jaa beqakbeqak. Stresss. Hari seterusnya tak sedap badan, rasa letih, pening, nak muntah. ubat dah stop masa nii sbb takut jugak.
Jantung berdegup laju, nadi pun laju
Tiba2 malam sabtu tuh 20/7 perut aku sakit tiba2. Masa nii xkuat lagi. Ahad & isnin p kerja mcm biasa. Dok ingat sbb angin jaa dlm badan. Tapii bila urut makin haqi makin sakit tempat tuh. Ya Allah. Hari selasa pgi p kerja lagi, tapi makin sakit rasa nak pengsan. Terpaksa balik & terus p klinik.
Dokter check tekanan darah, normal. Tapi jantung laju, nadi laju. Nurse tanya ada makan supplement apa2 tak. Nadi awk laju sangat niii. Tak ngaku lagi sbb takut kena maqah .
Pi jumpa dokter, dia tnyaa sakit dekat mana. Kira usus sebelah kanan aku nii sakit sampai ke pinggang. Kalau apendik awk akn demam, awk akn muntah2. Sebelum nii awk ada jadi mcm nii ? Dakk punnn tauu.. dokter tambah ayaqq.. sbb ingat xseriuss. Tapi nadi & jantung aku masih laju tuh dlm dah stop ubt kuruss tuh dah lama.
Rujuk ke hospital, wad kecemasan
Dokter buat surat p hospital. Dok kecemasan 1 hari setengah jugaK. 3 org dokter check cakap bukan apendikk. Pagi tuh bangun kurang sakit, bila dokter mai tekan2 sakit & hari tuh aku nak berjalan xlaqat sangat.
Dokter ke-4 mai dekat aku dia ckp kena operate usus awak bengkak. 2 org dokter lagi dok pening sbb tak sure apendik kaa apaa. Habaq kata operate tuh yaa Allah ketaqq dikdik. Malam tuh aku masuk bilik operate pukul 12.00 A.M siap pukul 4.30 a.m.
Sesuatu melekat di usus
Pagi tuh dokter followup, dia xbg aku makan lagi. Aku merayu-rayu sebab lapaqq ayaqqq. Dokter muda lagi, xkawin lagi dan laaa sweet2 sikit. #melawakjaa hahaha. Dia cakap takut dokter nak operate lagi, sebab ada jumpa sesuatu melekat dkt usus. Usus awk dah hantar ke makmal. Takut weyy.. benda apa dok melekat.
Lepass operate kena bangun dari katil sendiri. Semua buat sendiri sbb dok sorang2 kat hospital. I jeniss xsuka susahkan org. Sakit nii ya Allah hanyaa Dia yang tau.
Lepas bius, muntah hijau
Lepass minum ayaq, kesan ubat biuss aku muntah. Muntah aku nii keluaq Warna hijauu okey. Hijau sebijikk ubt kuquih yg aku makan. 3 kali aku muntah keluaq mcm tuh. Nasik kerass2 xboleh makan langsung.
Rupanya usus bengkak dan hampir pecah
Just bgtau adaa ambik ubt kuruss. Dokter tanya nama. Nantii diaa mintak sample utk hantar ke unit farmasi . Dokter bagitau usus dah nak pecah sebab dia membengkak. Tahniah jugak sbb awk tahan sakit selama 4 hari hahaha. Gilaa laaaa. Nasib usus xpecah. Tidak mati aku.
Yakin sebab ubat kurus
Kenapa aku yakin sakit dari ubt kurusss nii : 1. Ubat nii panas. Aku sembelit. Mcm mana ubt nii hadam aku xberak. Mungkin gegetah luar diaa tuh melekat di usus.
2. Muntah aku warna hijau & keluaqq mcm lumpoq. Aku mkan apa warna hijau mcm tuh melainkan ubt kurusss.
3. Jantung aku laju. Kalau jantung lajuu nii sangat bahaya dan anda WAJIB stop ambil ubt kuruss. Bukan healing crisis tau tapi klu jantung laju nii tandanyaa anda menempah MAUT. Tak ada istilah diaa pam jantung ibarat hang joging lekong satu kolam mada. Sapa percaya STUPID maqahh kans aku. Hahaha
Dadah sibutramine fungsi tahan lapar
Kena ingat !!!!.
Jika makan ubt kuruss tak rasa lapaq. Kemungkinan ada sejeniss dadah. Tau dak nama apaa ? SIBUTRAMINE berfungsi sebagai penahan lapar. Struktur molekul hampir sama dgn amphetamine, bahan yg sama utk dadah jenis syabu @ ais .
Sebab tuh pil pelangsing susah nak tau sapa ponder, susah nak ada kkm. Sekali makan hampaa qasaa xlapaqq tuh maknanya kemungkinan ada benda nii.
Sebab tuhh jugak nadii hampaa laju. Takpala.. dalm hal niii org masih salahkan aku. Mula2 nak diam. Tapi kess jadii besaq sampai melibatkan tempat kerja, sampai cakap aku makan silap. Aku ikut hampa bg jaaa.
Tunggu keputusan dokter. Kalau bahan selamat aku up sini. Kalau xselamat pun aku nak up sini. Tak salah share pengalaman, supaya org lebih hati2.
Nak cantik pun, berpada-padalah
Nak cantik berpadaa-pada. Aku share untuk org semuaa hati2. Check dulu kkm ada dak. Kalau ada teruskan makan.
Kalau tiba2 makan ubt kuruss hng pening, nak muntah, nak demam, jantung lajuuu STOP jalah. Sebab boleh rosakkan organ & bawa MAUT. Usus memang tempat WIN dia nak jadii. Satu lagu buah pinggang.
Moga jadii pengajalan. 30/9 niii followup pakar. Harapp usus aku okey & tak ada penyakit lain.
Usus bengkak, hampir pecah sebab ubt kurusss panasss. Hang xbeqakkk.. jantung lajuu.. Allah masih panjangkan usia. Tak salah nak share pengalaman.
Ituuu sahajaa… Sayangii nyawaa dan tubuh badan. Bila dah sakit tak dapat apaa dah
Nak kurus memang kena ada pencetus semangat dan bagi wanita ini impiannya adalah untuk tampil langsing, boleh berkebaya raya nanti.
Punyalah dia nekad dan hasilnya lagi empat bulan nak raya dia sudah pun mencapai misinya. Hebatkan. Dalam tempoh 3 bulan dia berjaya turunkan berat badannya sebanyak 28kg berat.
Dari 88kg kini berat @nick_ayien 55kg! Caranya amal diet atkins. Untuk korang yang nak mencuba, beliau berkongsi caranya
Timbang berat setiap minggu
Beritahu famili & kawan kita diet
Jaga makan
Jangan lupa diri bila kurus
Set goal yang logik
Untuk korang yg berazam nak kurus sebelum raya boleh follow cara @nick_ayien ya. Sempat lagi kalau mula dari sekarang Semoga berjaya.
Kebaikan memakan telur ayam sering kali dipersoalkan. Walhal ia telah terbukti melalui pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya.
Tak kira telur rebus, separuh masak, scramble egg dan sebagai, makanlah dalam jumlah dua biji sehari. Sebabnya ada banyak sekali manfaat yang terselindung di sebalik amalan ini.
1. Lindungi otak, baiki memori
Telur turut mengandungi vitamin yang dipanggil choline yang sukar ditemui dalam bahan makanan lain. Ia adalah unsur yang memperbaiki fungsi otak dan memori. Amalan makan 2 biji telur sehari akan memastikan tubuh mendapat cukup nutrien ini.
2. Kurangkan rasa lapar
Telur kaya dengan protein, kajian menunjukkan sarapan yang kaya dengan zat ini akan menyebabkan kita rasa kenyang dalam jangka masa yang panjang. Ia sekali gus mengelakkan pengambilan jajan sebelum waktu makan utama.
3. Kekalkan kesihatan mata dalam tempoh yang lama
Lutien dan zeaxanthin adalah dua jenis antioksidan yang ada dalam telur yang mana cukup baik untuk kesihatan mata. Pengambilan dua bahan ini dalam diet akan mengekalkan kesihatan mata pada jangka masa yang lama.
4. Vitamin D bantu serap kalsium
Kandungan vitamin D yang ada dalam telur cukup penting kerana ia membantu tubuh menyerap kalsium yang mana perlu bagi memastikan tulang dan gigi kita kuat.
5. Otot makin sasa
Jika anda dalam usaha membina otot untuk nampak lebih, protien adalah kuncinya, jadi amalkan pengambilan dua biji telur sehari.
Tak perlu elakkan kuning telur kerana kajian menunjukkan bahawa memakan sebiji telur selepas bersenam adalah lebih baik untuk pembentukan otot berbanding hanya mengambil putih telur saja.
6. Hasilkan darah baru
Telur mengandungi banyak unsur folat. Ia adalah jenis vitamin B yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah baru. Cukup penting terutama buat ibu-ibu hamil.
7. Kurangkan risiko kanser
Selain untuk otak, choline yang sangat diperlukan untuk otak, juga mengurangkan risiko kanser. Mengikut kajian, bagi wanita yang makan telur mengikut dosnya, risiko kanser payudara menurun sebanyak 18%.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...