Travel

Bermalam Dalam Khemah Tepi Jalan, Makan Ikat Perut Cabaran Teman Suami Naik Kapcai 47 Hari Ke Rusia

Share

 

 

Tahun lalu kisah pasangan ini viral apabila keduanya mengambil keputusan kembara ke London hanya dengan menunggang kapcai selepas seminggu diijabkabulkan

Masih belum puas, terbaru Alfishahrin Zakaria dan Diana Latief ke Rusia pula semata-mata untuk merasai kemeriahan Piala Dunia juga dengan menaiki motor yang sama Memulakan perjalanan 27 Mei yang lalu, keduanya selamat sampai ke Moscow pada 12 Jun yang lalu.

“47 hari, 14,500 KM, akhirnya kami berjaya selesaikan misi. Terima kasih isteri tersayang sanggup teman suami mu buat kerja gila berpanas,bersejuk,berhujan,bersalji. Cik Oren steady tiada buat apa-apa masalah langsung sepanjang perjalanan trip MALAYSIA – LONDON, MALAYSIA – RUSSIA,” tulis Alfieshahrin dalam Facebook miliknya selepas sampai ke Moscow minggu lalu.

Tikel mahal, tak tengok bola kat stadium pun

Menunggang motosikal ‘kapcai’ 150cc atau digelar Cik Oren, Alfi dan isterinya merentasi negara Thai, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Armenia, Georgia sebelum sampai ke Rusia.

Melalui temu bual dengan slot Johara di stesen radio Era kelmarin keduanya meraikan Aidilfitri ketika berada di Delhi, India malah sempat ke Taj Mahal untuk merakamkan gambar sambil berbaju Melayu.

Menariknya walaupun bersusah payah ke Rusia untuk merasai kehangatan Piala Dunia 2018 tapi pasangan ini tidak menonton satu pun perlawanan bola sepak di stadium.

“Tikel perlawanan apatah lagi final memang mahal. Kos perjalanan kami lagi murah so memanglah kami tak beli. Kami hanya merasai kemeriahan dari luar saja. Tapi kami bertemu dengan ramai rakyat Malaysia di sana,” kata Alif.

Bajet ke Rusia bawah RM2,000

Bercerita tentang bajet mereka kata Diana, selepas merentasi 14,500km di beberapa buah negara jumlah perbelanjaan mereka selepas tiba di Rusia masih di bawah RM2,000.

Namun begitu katanya demi berjimat tempat bermalam mereka hanya sekadar berkhemah, di tepi jalan dan di stesen minyak.

Mereka juga perlu berjimat cermat termasuk dalam bab makan memandangkan pemergian mereka adalah atas tanggungan sendiri.

“Kami bukan orang kaya, kami tak de sape pun sponsor duit belanja tapi disebabkan minat, kami kumpul duit utk jayakan impian kami. Kadang2 keluarga, kawan-kawan,sahabat yang beri sedikit sumbangan utk perbelanjaan kami sebab mereka tahu status kami.

Terima kasih kepada yang support. Masing-masing ada minat dan hobi sendiri. Kalau dah minat orng sanggup berikat perut dan berhabis duit utk hobi sendiri,”ujar Diana memetik status di Facebook miliknya.

Moscow bukan pengakhiran

Selepas misi ke Rusia tercapai ujar pasangan ini mereka berdua akan mengembara sekitar Eropah sebelum pulang juga dengan menaiki motorsikal.

“Moscow bukan pengakhiran ride, ada lagi destinasi ride seterusnya. Dan pastinya bukan fly balik Malaysia. Nak ride dulu merayap baru balik. Terima kasih mendoakan kami,” katanya yang sentiasa berkongsi perkembangan kembara di Facebook milik masing-masing.

Bagi yang mahu mengikuti perkembangan terbaru mereka bolehlah mengikuti Facebook Mohd Alfishahrin & Diana Ann

 

 

 

 

 

 

Published by
VK