Cara menabung yang diusulkan oleh Hafizul Hakim ini memang menarik. Bermula hanya dengan RM1 tapi cukup sebulan dapat RM465.
Syaratnya tabungan kena ada kerjasama suami dan juga isteri. Kena komited ya baru dapat jumlah tu, dan kalau nak dapat lebih banyak praktikkan setiap bulan.
Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, total tabungan adalah RM5,580. Banyakkan! Boleh buat macam-macam.
Caranya? Ikut langkah dikongsi Hafizul yang perkongsiannya dapat 22 ribu share di Facebook.
Simpan duit cara ekstrim
Tip simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
Ads
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan lebih kurang RM5,580.
Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni? – kumpul modal deposit rumah – kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi) – dana kecemasan keluarga – dana pendidikan anak-anak – dana umrah/haji – spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.
Best kan! Seronok menyimpan macam ni!
Posting ini lebih afdal tag pasangan. Sebarkan kebaikan!
Tandas dan bilik air kita gunakan setiap hari. Kalau dibiar seminggu, dua minggu atau berbulan tidak dibersihkan, anda akan ‘azab’ nak mencucinya nanti. Mungkin perlu sejam untuk menyentalnya.
Supaya jimat masa dan tenaga kita boleh guna tip yang dikongsi oleh Fizan Rahman bagi membersihkan bilik air di rumah.
Tip mudah bersihkan bilik mandi dan tandas
Setiap tip yang diberikan sangat berguna untuk jimatkan masa kita membersihkan ruang yang sangat penting dalam rumah.
Tip1: 5 minit setiap hari
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah. Boleh melakukannya sebelum mandi. Apa yang perlu kita buat adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span atau berus dan gosok dinding, sinki serta lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
Tip 2: Tuang peluntur dan biarkan selama sejam
Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, kita cuma perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian boleh mop atau berus dan bersihkan dengan air.
Tip 3: Seminggu sekali bersihkan dinding dan lantai
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus
Mudah saja kan? Bila amalkan tip ini, barulah tandas dan bilik mandi sentiasa bersih. Kita pun tak perlu ambil masa lama nak basuh tandas dan bilik mandi. Senang je rupa-rupanya.
Cuaca panas macam sekarang ni kita akan lebih banyak guna aircond. Tekan saja remote dan letak pada suhu paling rendah dan letak cool mode supaya cepat sejuk.
Sebenarnya selain cool mode, kita ada satu lagi pilihan pada remote aircon iaitu dry mode. Berikut ada perkara yang perlu kita fahami tentang dry mode aircon dan bagaimana ia membantu penjimatan tenaga elektrik, selain elakkan kita selesema.
Tip ringkas aircond
Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Betul tak?
Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.
Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kita digalakkan untuk guna dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.
Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting kita pun tak mudah selesema.
Bagi kereta yang terkena air banjir, tumpahan minuman, makanan terutama jika terbiar lama pada kusyen dan karpet memang menyebabkan bau hapak. Letak pewangi pun memang takkan hilang.
Boleh pening kepala kalau memandu dalam kereta yang berbau begini. Nak tak nak memang kena nyahkan bau ini dulu. Memang boleh cuci di tempat cucian kereta tapi jika nak jimat boleh guna cara tiga cara ini yang memang biasa digunakan dan berkesan.
Guna arang
Sebenarnya arang merupakan agen penghilang bau yang berkesan. Terdapat dua cara menggunakan arang untuk menghilangkan bau hapak dalam kereta.
Cara pertama ialah letakkan arang dalam bekas plastik dan biarkan terbuka sahaja di lantai kereta. Cara kedua, bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letakkan di kawasan yang berhampiran dengan bau hapak itu.
Letak serbuk kopi
Selain arang, serbuk kopi juga merupakan agen penghilang bau yang berkesan. Caranya mudah sahaja, letakkan serbuk kopi di dalam bekas dan letakkan bekas tersebut di atas lantai kereta. Biarkan semalaman dan bau hapak akan hilang malah kereta akan semerbak bau kopi.
Baking soda
Kalau tiada arang dan kopi, boleh juga gunakan baking soda untuk nyahkan bau hapak. Caranya letak saja serbuk baking soda dalam bekas, biarkan terbuka dan letak dalam kereta semalaman.
Boleh juga tabur terus baking soda ini atas kusyen yang berbau hapak selama beberapa jam dan kemudian vakum. Teknik ini juga digunakan untuk hilangkan bau hancing pada tilam.
Daun pandan dan limau purut pun berguna
Selain daripada 3 cara di atas, boleh juga letakkan daun pandan atau daun limau purut untuk kurangkan bau hapak ini. Letak saja beberapa helai daun ini dalam kereta selama beberapa jam.
Tengok tembikai merah dan kuning menyerlah macam ni memang menggiurkan. Lagi puas hati kalau tembikai yang dimakan tu tanam sendiri.Kalau nak tahu tanam tembikai...