Apabila kita bersenam, keadaan yang macam mana bagus ya? Boleh ke kalau pasang kipas dan pendingin hawa? Atau perlu bersenam di ruang terbuka misalnya di taman rekreasi? Tapi selalu juga gimnasium menyediakan ruang senaman yang sejuk berpendingin hawa. Jadi macam mana yang sesuai?
Selalu tak persoalan begini bermain di fikiran anda.
Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, memberikan penerangan di laman instagram beliau.
“Cuaca” tempat senaman mempengaruhi performance semasa bersenam.
Bagi beginners yang baru mulakan program senaman, prihatin tentang keadaan cuaca tempat senaman dan sekiranya panas/lembab, ia akan mempercepatkan dehydratkon, fatique dll.
Hence Sauna bakar jumlah calorie yang sama dengan senaman lain walaupun “duduk termenung sahaja”.
Pun begitu, Kevin menggalakkan sesiapa yang ingin bersenam dengan betul dan berpeluh, cabarlah diri. Matikan kipas dan pendingin hawa. Buka tingkap. Jika mahu berlari pantas dan latihan yang lebih lasak tanpa gangguan panas dan rimas serta tak kisah peluh, boleh sahaja jika pasang kipas dan pendingin hawa.
Kalau anda nak berpeluh dan cabar diri – kipas n ac off (but buka tingkap)
Kalau nak run faster, training harder tanpa gangguan “panas n humidity) n tak kisah peluh, AC n Kipas ON.
Bagi VK tak kisah bersenam dalam aircond atau tidak. Yang VK kisah ialah jika orang tak suka bersenam. Hahahah. Win tak?
Sumber: Kevin Zahri