Bersihkan Lala Guna Cili Padi Lagi Senang. Keluar Semua Selut & Cengkerang Pun Terbuka, Mudah Nak Makan

Share

Selain kerang, hidangan laut lala juga jadi kegemaran ramai. Tapi satu masalah bila nak masak lala adalah untuk membuang kotoran atau selut yang ada di dalamnya.

Tapi shira.azi berkongsi cara yang mudah sangat untuk kita praktikkan untuk membuat selut dan kotoran dalam siput lala ini. Hanya gunakan cili padi.

Langkahnya

1. Masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air.

2. Kemudian potong beberapa tangkai dan masuk dalam besen berisi lala.

3. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka.

4. Boleh dibilas dan sedia dimasak, bila lala dah terbuka senanglah nak makan.

Boleh juga tonton video Tik Tok Shira.azi di SINI

Selama mencuba.

 

Published by
VK