
Post tersebut mendapat banyak perkongsian dan rata-rata mempercayainya. Namun adakah perkara ini benar. Facebook Root of Science yang terdiri daripada ahli perubatan telah mengupas perkara ini.
Sumber: Root of Science
Hospital Kerajaan Pun Boleh Rawat Breakout. Caj Cuma RM5 Dan Ini Hasilnya!

Isi Kandungan
Toggle
Bila berdepan dengan masalah jerawat yang serius atau breakout ramai yang memilih untuk rawat masalah wajah ini di klinik kulit swasta atau membeli ubat yang mahal di farmasi.
Kosnya faham-fahamlah memang mahal tapi kita sanggup sebab dengan harapan cepat pulih.
Tak pernah terfikir kan untuk buat rawat masalah jerawat ini di hospital kerajaan yang kos rawatannya lebih murah tapi tetap berkesan.
Betul! Boleh saja dapat rawatan untuk masalah jerawat serius ini di hospital kerajaan macam yang dilakukan oleh @wmawadullah.
Bagi membantu mereka yang turut berdepan masalah sama, dia turut berkongsi langkah dan cara rawatan yang dilakukan sehinggalah kulit wajahnya kembali pulih. Percaya tak cajnya cuma RM5 saja!
Dah try guna macam-macam produk
Sebelum dapat hasil macam tu saya try macam macam jenis skincare like Simple, Hada Labo, Eversoft dan lain-lain. Tapi semua tu tak jadi.
Then lepas dah banyak sangat habis duit utk skincare saya try pula pergi klinik kulit swasta utk try kat sana. Tp utk first time saya pergi kena bayar RM200 lebih ? So start dari situ doktor dekat klinik tu cakap kat saya better pergi hospital gov.
Langkah kalau nak buat treatment kat hospital kerajaan
Okay so ni step kalau korang nak pergi ke hospital gov.
- Pergi mana-mana klinik kesihatan yg gov. punya then tanyala apa masalah kulit.
- Pastu mintak doktor kat klinik tu buatkan surat utk buat appointment dgn hospital gov.
- Then kalau dia dah buat surat tu, direct terus pergi mana-mana gov hospital yg ada dermatologist utk buat appointment.Tapi kalau malas nak pergi boleh je call and set date utk jumpa doktor kt hospitaltu.
Okay so tu semua step yg korang perlu ikut utk buat appointment dgn hospital gov. Make sure yg korang ada surat dari klinik kesihatan gov. Kalau tak, hospital takkan layan korang.
Treament yang dilakukan
1. Ini apa yg saya dapat dari hospital gov. Ini ubat telan, kena makan 1 kali sehari selepas makan.
2. Second saya dapat cleanser ni. Pakai sekali sehari je tapi sbb rakus saya pakai 2 kali sehari. Pagi and malam sebelum tidur.
3. Pastu utk pagi lepas cuci muka semua sapa sapu benda ni kat atas jerawat jerawat degil tu. Sapu nipis je and kalau nak pakai make up atas dia pun okay utk yg girls ?
4. Okay last sebelum tidur, saya pakai ni selepas cuci muka and pastikan muka korang tak kena cahaya direct (apa doktor cakap). So kena pastikan bilik korang tu gelap lah ye.
Okay tu je apa yg saya consume dari bulan january 2019 sampai sekarang and still lagi consume just yg capsule tu je dah stop.
PERINGATAN MESRA!
- Untuk yg breakout teruk, saya suggest korang terus direct je jumpa derma. Tak perlulah bazir duit try macam-macam skincare tu ye.
- Lagipun hospital gov bagi ubat free je just bayar RM5 (hospital saya pergi) utk caj service. And ubat, krim & cleanser tu korang boleh pergi ambil bila-bila masa je kat hospital kalau dah habis guna.
- Okay tips ni korang boleh guna kalau betul-betul breakout la ye. Kalau setakat dua tiga ketul jerawat tu staff hospital gov tak layan rasanya.
- Gais utk bahan kt atas tu kalau korang nak guna pastikan ada pemantauan dari dermatologists tau. Takut ada effect apa-apa nanti.
Sumber: @wmawadullah
Buat Sendiri Asam Laksa Yang Kuahnya Terangkat Sedap, Tak Cair Tak Pekat. Isi Ikan Seketul Seketul

Selain laksa utara, laksa Johor, laksa pantai timur, hidangan asam laksa juga ramai peminatnya.
Kuahnya memang tak pekat macam laksa biasa tapi sedap. Ada rasa masam, manis dan pedas. Cumanya kita jarang buat sendiri, selalu ke makan di luar jika teringin. Salah satu tempat dituju adalah De Laksa ataupun Ah Cheng Laksa.
Tapi nak buat sendiri pun boleh ikut resepi asam laksa original, versi Cina yang dikongsi oleh Faiza Halim.
Buat sendiri asam Laksa original, sedap terangkat
Ada peminat asam laksa dak? Asam laksa original (versi cina). Sapa suka makan Ah Cheng Assam Laksa mesti teringat masam terangkat dia macam mana.
Kuahnya tak pekat, tak cayaq, isi ikan seketul-seketul gitu. Memang terangkat.
Cara buat macam laksa biasa jugak, ada beza key ingredients sikit sikit ja. Ini resipinya bersama gambar.
1. Ini bahan wajib condiments untuk asam laksa:
Daun pudina
Nenas
Bunga kantan
Otak udang yg dicairkan (tiada dalam gambar)
Lain-lain macam biasa, nak letak salad pun boleh
2. Bahan pes – kisar semua bahan ini
Bawang besar
Bawang merah
Bunga kantan sebatang
Kunyit hidup -sebesar jari kelingking
Lengkuas – sebesar ibu jari
Serai – 5 batang
Asam keping – 10 keping
Cili merah
Cili kering
Belacan 2 sudu besar (dibakar)
3. Tumis pakai minyak sikit saja bahan pes sampai naik bau.
4. Dah wangi bahan tumis masuk bahan ini iaitu;
Asam jawa dalam 2 sudu besar (bancuh dengan air)
Bunga kantan 2-3 kuntum
Daun kesum
5. Kemudian masuk isi ikan yang dah direbus seketul-ketul begini. Tak payah blend. Reneh ikan sekejap saja supaya asam semua meresap dalam ikan.
6. Ikan untuk resepi ini saya pakai ikan borek sekilo lebih sikit saja. Cuci bersih rebus sampai masak (air rebusan simpan).
Nak guna ikan sardin/selayang pun sedap. Tapi sebab ikan ini saja yang fresh waktu saya beli, maka saya guna yang ini.
7. Seterusnya masuk semua air rebusan ikan tadi. Kemudian tambah air sampai agak-agak tak pekat sangat, tak cair sangat. Kena pandai adjust ya.
8. Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2-3 sudu besar, garam dan serbuk perasa.
Otak udang ini rasanya manis, kalau letak terlebih kuah akan jadi manis. So hati-hati.
Masa hidang boleh cedok isi ikan seketul-seketul ya. Sedapnya….
Selamat mencuba.
Sumber: Faiza Halim.
Tip Jika Tinggalkan Rumah Jangka Masa Lama, Wajib Letak Duit Syiling Dalam Freezer. Ini Sebabnya

Isi Kandungan
ToggleTip jika tinggalkan rumah dalam tempoh yang lama wajib letak duit siling dalam freezer, tak kiralah berapa sen pun.
Ini bukan cerita untuk ‘beranakkan duit’ atau elak ilmu hitam. Sebaliknya untuk memastikan keselamatan makanan dalam peti sejuk bila kita pergi bercuti dan tinggalkan rumah dua hari atau lebih.
Petua ini dikongsi oleh netizen di Facebook dan ia memang wajib kita amalkan kalau pergi bercuti. Dan ada penjelasan yang amat logik mengapa kita perlu lakukannya.
Ada kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik
Bila kita tinggalkan rumah dalam tempoh lama untuk pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya ada kemungkinan ketika itu berlaku gangguan bekalan elektrik. Perkara ini takkan kita tahu.
Kalau gangguan hanya dua atau tiga jam ia mungkin tak memberi kesan. Ia juga tidak datangkan masalah pada alatan seperti lampu, tv, kipas dan sebagainya kerana biasanya kita akan memadamkannya.
Tapi ia akan memberi kesan kepada makanan yang ada dalam freezer seperti ayam, ikan, daging, lauk pauk dan makanan sejuk beku yang kita simpan.
Lebih-lebih lagi kalau gangguan bekalan elektrik itu berlaku dalam tempoh yang lama mungkin setengah atau satu hari. Makanan dalam freezer ini bila sudah cair dan terdedah lama sudah tentu tidak elok untuk kita makan.
Duit syiling tentukan berapa lama elektrik terpadam
Macam mana kita nak tahu dan nak elak dari makan makanan yang sudah rosak ini?
Inilah gunanya letak duit syiling dalam freezer. Ia akan memberitahu kita berapa lama peti sejuk terpadam.
Caranya:
- Masukkan 3/4 air ke dalam gelas atau bekas lutsinar. Kemudian masukkan ke dalam freezer, biar ia beku.
- Selepas beku, letak duit syiling di atas bekas ini.
- Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, periksa syiling dalam gelas itu.Jika syiling masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
- Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu sudah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama. Jadi jangan makan makanan dalam frezeer untuk elak keracunan makanan.