Post tersebut mendapat banyak perkongsian dan rata-rata mempercayainya. Namun adakah perkara ini benar. Facebook Root of Science yang terdiri daripada ahli perubatan telah mengupas perkara ini.
Sumber: Root of Science
Tip Buat Sira Kentang Pedas Yang Sedap & Kekal Rangup. Kena Rendam Kentang Dengan Bahan Ini Dulu
Lauk sira kentang pedas atau sambal kering kentang ini memang sedap. Boleh jadi lauk atau ratah begitu saja. Dapat pula kentang yang rangup lagi syok meratah.
Tapi masalahnya bila buat di rumah kerepek kentang yang disira tak pula jadi begitu. Bila dah digaul dengan sambal, kentang jadi lembik tak rangup.
Kalau selalu buat jadi begini mungkin boleh cuba cara dan teknik yang dikongsi oleh Missz Amira.
Cara buat sira kentang pedas sedap dan rangup
3 bahan utama
Kacang tanah – digoreng
Ikan bilis – digoreng
Kentang hiris nipis – dan goreng
Tip cuci dan goreng kentang
- Kentang yang dihiris nipis direndam cuka atau soda bikabornat atau air kapur (guna salah satu) dalam satu hingga dua jam.
- Kemudian cuci, buang kanji dan toskan. Selepas itu barulah digoreng, pastikan goreng guna api yang perlahan hingga garing
INFO: Boleh guna salah satu bahan untuk rendam kentang sama ada cuka, soda bikarbonat atau air kapur. Kuantiti tak kisar memang bahan itu akan dicuci selepas direndam.
- Ini kentang, kacang dan ikan bilis yang dah siap goreng dicampur. Makan begini pun dah sedap
Bahan untuk sambal pedas manis
Cili kering – dikisar halus/cili boh (lebihkan jika nak pedas)
Bawang putih – dikisar
Bawang merah/bawang besar – dikisar
Sos tiram
Gula (lebihkan untuk dapatkan kerepek ranggup tapi jangan manis sangat)
Garam
Minyak untuk menumis
Cara membuat
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bawang kisar. Kemudian masukkan cili boh/cili kisar tumis lagi sampai pecah minyak.
- Perasakan dengan sos tiram, gula garam. Sambal jangan terlampau cair ya.
- Bila sambal dah masak sejukkan dahulu. Kemudian baru masukkan kentang, kacang dan ikan bilis kemudian gaul kesemua sebati.
- Seterusnya boleh masukkan dalam bekas bertutup. Kentang akan kekal rangup walaupun dah lama.
Selamat mencuba.
Sumber: Missz Amira.
Teknik Betul Gulung Kabel Pengecas Telefon Supaya Tak Cepat Rosak
Salah satu masalah bagi pengguna telefon bimbit adalah kabel pengecas yang selalu saja rosak dan perlu diganti.
Ada yang tak sampai tiga bulan guna dan kena beli baru. Salah satu penyebabnya adalah cara kita menggulung kabel tersebut yang mungkin menyebabkan ia mudah rosak.
Sebenarnya ada teknik yang digunakan untuk menggulung kabel terutama yang mahal, ia dinamakan kaedah Roadie Wrap.
Teknik Roadie Wrap
Caranya dengan menggulung membentuk bulatan.
Bagi pengecas telefon atau komputer riba, jika kabel dan pengecas adalah bersambung atau anda tidak mahu mencabut kabel boleh lakukan cara berikut.
Kaedah 1
Kaedah 2
Tip
Pastikan bahagian kabel yang menghubungkan dengan pengecas tidak terlipat kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.
Sumber: How To Geek
Air Rendaman Kurma, Cara Berkesan Singkirkan Toksin & Turunkan Berat Badan
Salah satu cara untuk memperoleh tubuh yang sihat sekali gus menurunkan berat badan, ramai yang mengamalkan minum ‘infused water’ atau air untuk detoks.
Pelbagai jenis infused water yang dicedok amalan masyarakat barat. Tapi sebenarnya dalam Islam sendiri infused water ini sudah lama diperkenalkan.
Ia diamalkan terlebih dahulu oleh Nabi Muhammad saw dan dikenali sebagai air nabeez. Ia merupakan air rendaman kurma atau pun kismis.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).
Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.
Cara membuat air nabeez
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.
4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.
Kelebihan air nabeez
- Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.
- Ia juga sangat berguna sebagai detox untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
- Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.
Info
- Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
- Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
- Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
- Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.
Sumber foto : Facebook Kayumanisceylon