Automotif

Betul Ke Isi Minyak Penuh Tangki Merugikan? Ini Penjelasan Pakar

Share

Baru-baru ini ada kenyataan dari individu yang mengatakan tindakan mengisi minyak kereta penuh tangki sebenar bukan menjimatkan sebaliknya hanya merugikan.

Ini kerana menurut beliau, minyak yang penuh itu akan menambah beban pada kereta. Jadi beliau menyarankan hanya isi minyak ikut keperluan.

Kenyataan tersebut mendapat banyak respon daripada netizen. Perkara ini juga turut mendapat reaksi daripaada Dr. Aid Fawzal yang juga pakar aliran bendalir dan permindahan haba (fluid dynamics & heat transfer). Berikut adalah perkongsian beliau tentang perkara tersebut.

Betulkah dengan mengisi minyak penuh (full tank) merugikan?

Ini separa benar!
Jom kita fahami isu ini.
Menurut penulis asal, isi minyak penuh akan menambah beban tambahan yang berlebihan (unnecessary). Walhal ini hanyalah separuh daripada realiti sebenar. Sebagai contoh

Contoh 1: Perodua Myvi
Saiz tangki = 40L
Ketumpatan petrol = ~740kg/m³
Maka berat tangki penuh berisi petrol = 30kg
Berat kereta = 950kg
Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = 30/950 = ~3%

Contoh 2: Perodua Bezza
Saiz tangki = 36L = 27kg
Berat kereta = 940kg
Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = 27/940 = ~3%

Contoh 3: Proton X70
Saiz tangki = 60L = 44kg
Berat kereta = 1675kg
Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = ~3%

Kereta yang tangkinya boleh isi sampai 70L = 52kg seperti yang penulis asal cakapkan itu pastinya kereta yang lebih besar daripada Proton X70.
Dan bila badan kereta besar, berat kereta juga besar. Akhirnya berat petrol bila diisi penuh tadi hanya sikit jika dibandingkan dengan berat keseluruhan kereta.

Rumusan

Adalah tidak benar yang kita akan rugi dengan selalu mengisi minyak penuh.
Ini kerana berat isian penuh petrol tidak signifikan bila dibandingkan dengan berat kereta.

Sebaliknya, kerugian dalam penggunaan petrol lebih terkesan atas faktor-faktor:
1) Simpan barang berat yang tak diperlukan dalam kereta (seperti sub woofer, toolbox tak guna, dan lain-lain),
2) Pandu secara melulu
3) Pandu laju yang melampau
4) Pasang bodykit yang tak aerodinamik

Sumber :  Dr Aid Fawzal

Published by
VK