Beza Terma Halal, ‘No Pork & ‘Pork Free’

Share

 

Ketika ini ada banyak kafe mahu pun restoren yang mempamerkan logo ‘pork free’ atau pun ‘no pork’.

Ramai juga pelanggan beragama Islam yang tertarik dan tidak ragu ragu makan di premis begini kerana menyangka ia adalah halal?

Tapi betulkah ia halal?

Halal dan ‘no pork’ berbeza

Menurut portal rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, terma halal dan ‘no pork’ (tiada khinzir) atau ‘pork free’ adalah dia perkara berbeza.

Cuba fikir adakah terma halal dan ‘no pork’ itu adalah sama dari segi maksudnya.

Jawapannya sudah tentu tidak. Halal adalah satu bentuk pematuhan mengikut ketetapan dan hukum-hukum yang ditetapkan oleh syarak.

Manakala ‘no pork’ pula adalah satu bentuk makluman bahawa kedai berkenaan tidak menjual makanan berasakan daging khinzir. Itu saja.

Tidak semestinya kedai atau premis makanan yang memaparkan logo ‘no pork’ itu boleh kita anggap sebagai menjual makanan halal.

Status halalnya perlu kita ragui. Dalam hal ini, kita harus bertanya pada diri sendiri sebelum masuk ke kedai-kedai sebegini.

Ambil kira cara penyediaan makanan

Antaranya bagaimana cara penyediaan makanan, bahan-bahan yang digunakan, penyimpanan bahan-bahan basah dan mentah, tempat memasak, tahap kebersihan dan segala perkara berkaitan.

Ini berkait dapat dengan soal halal dan haram serta syubhah (ragu-ragu) Halal itu helas, haram itu jelas tetapi syubhah adalah antara kedua-duanya.

Dalam hal syubhah, Rasulillah SAW menuntut setiap umatnya meninggalkan perkara tersebut kerana kecenderungannya kepada hukum haram. Allah SWT berfirman: “Wahai sekalian manusia, makan daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik…”(surah al Baqarah: 168)

Islam bukan setakat sial halal saja terutama berkaitan makanan tetapi turut membabitkan sama ada makanan itu baik atau tidak.

Sumber: Portal rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang & Sinar Harian

 

Published by
VK