Selalu yang kita dengar, ibu yang hampir bersalin diminta berjalan untuk memudahkan proses kelahiran.
Tapi yang ini lagi hebat. Bukan berjalan tapi siap berzumba lagi.
Perkara tersebut dilakukan oleh seorang bidan, Hasnani Aris untuk membantu seorang pesakit yang juga seorang bidan mengurangkan sakit kontraksi sebelum bersalin.
Hasnani yang juga seorang instruktur zumba telah merakam aksi tersebut dan memuat naik dalam Facebook beliau.
Dia memuat naik dua video, satu video memaparkan pesakit itu yang mengalami bukaan 4-5cm menangis ketika menahan kesakitan akibat kontraksi.
Manakala dalam video kedua, Hasnani dan pesakit tadi sedang menari zumba, tidak memperlihatkan kesakitan malah ceria bergerak menggoyangkan pinggul mengikut gerak lagu.
Posted by Hasnani Aris on Sunday, 22 October 2017
“Malam ini tugas di sini, kebetulan pesakitnya juga memang penari zumba. Cuba berzumba sambil menunggu waktu bersalin. Sekarang bukaan baru 4-5 cm. Ketika zumba sakit kontraksi tidak begitu terasa berbeza ketika pesakit duduk. Semangat bidan Susi Sayang.”
Demikian catatan Hasnani yang juga instruktur zumba dalam status beliau. Video itu tular di Indonesia hingga mendapat lebih dua juta tontonan.
Betul ke Zumba boleh kurangkan sakit bersalin?
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan?
Menurut Dr. Regina Kaplan dari New Jersey Overlook Medical Centre , pergerakan ibu sewaktu kontraksi boleh mempercepatkan proses bersalin.
“Bayi perlu bergerak turun ke jalan lahir jadi bila ibu bergerak, dia sedang membantu bayinya turun,”ujarnya memetik laporan Glamour.
Melakukan pergerakan zumba yang mudah sebelum melahirkan bukan saja mempercepatkan proses bersalin, tapi juga mengrangkan rasa sakit kontraksi kerana fikiran tidak tertumpu pada kesakitan.
Pergerakan tersebut akan memindahkan tekanan dari beban tubuh bayi pada organ tubuh ibu semasa dan bergerak ke jalan lahir.
Sumber: Hasnani Aris
Pergi Haji Ketika Anak Masih di ICU, Rezeki Luar Biasa Fouziah Gous Sambut Hari Jadi Anak Depan Kaabah
Isi Kandungan
Toggle
Siapa sangka kan? Tapi sesungguhnya perancangan Allah itu memang yang terbaik. Rupa-rupanya ketika pelakon, Fouziah Gous mengerjakan haji baru-baru ini bersama suami, anaknya Zaheen Yusuf masih sakit di unit rawatan rapi (ICU).
Pun begitu, Allah balas pengorbanan suami isteri ini meninggalkan anak ketika sakit untuk menjadi tetamu Allah dengan sesuatu yang indah.
Ulang tahun kelahiran Zaheen yang pertama disambut di tempat paling mulia dalam agama Islam. Maha Suci Allah apabila ketika ulang tahun pertama ini mereka sekeluarga berada di depan kaabah.
Rezeki indah buat anak
I’m officially turns 1
H A P P Y B I R T H D A Y bambam #zaheenyusuf Mommy and Daddy…
Segala puji pujian bagiMu Ya Allah.. terima kasih atas rezeki yg terindah buat anak ku ini.. terima ksih atas hadiah harijadi ini Ya Allah..
Indahnya susunan Allah
Usually mommy ni akan over excited nak celebrate birthday anak2. Apalagi bila 1st birthday kan.. tapi kali ini Allah pula menjemput mu untuk celebrate birthday Zaheen pada hari Jumaat yg mulia ini di depan Kaabah .. hari ini juga kami sekeluarga akan berangkat ke Madinah. Indahnya susunan Allah buatmu anak solehku…subahanaAllah maha suci Allah segala puji pujian bagimu yaAllah..
Ditinggal di ICU, rupa-rupanya Allah yang jemput jadi tetamu-NYA
Mommy dan Daddy ke Haji tinggalkan Zaheen dalam ICU , belum sedarkan diri tapi tengok lah sekarang ni, rupanya Allah nak jemput anak solehku untuk sambut harijadi tanpa di rancang. Rezeki Allah buat mu luar biasa sayang.
Semoga diluaskan rezeki
Ya Allah berikanlah kesihatan yg baik buat anakku, rezeki yg luas seluas luas lautan, rezeki yg tidak putus, anak yg taat kepada segala perintahmu Ya Allah, anak kebanggaan dunia dan akhirat dan limpahkanlah segala Rahmatmu padanya Ya Allah.. amin ya rabbil alamin ?? @zhafoujr #zhafoujr2 #zhafouumrah #mecca #mekah #kaaba
Sebak pula VK baca coretan Fouziah Gous ni. Indah betul perancangan Allah kan?
Sumber: Fouziah Gous
Waspada Kalau Anak Ada Tanda Lahir Ini, Ada Risiko Kena Sawan! Tapi Baca Dulu Penjelasan Penting Doktor Ini!
Isi Kandungan
Toggle
Dalam satu perkongsian seorang doktor Muhammad Uwais Al Qorni baru-baru ini beliau telah menjelaskan dengan panjang lebar apa yang perlu oleh ibu bapa bila anak mengalami demam sawan.
Ia dibuat bukan saja berdasarkan pengalaman sebagai doktor tetap sebagai ayah yang mana situasi demam sawan itu terjadi kepada anaknya sendiri.
Dr. Uwais telah menyenaraikan 10 perkara yang perlu dilakukan bila anak mengalami demam sawan ini.
Antara yang disenaraikan adalah ibu bapa jangan panik, tanggalkan pakaian anak untuk kurangkan suhu badannya kemudian baringkan anak dalam keadaan mengiring sebelah kiri.
Ibu bapa juga perlu keluarkan objek dalam mulut anak dan melakukan mandi jerlum iaitu mengusap anak dengan kain basah.
Tapi ada satu perkara yang dibangkitkan Dr. Uwais telah menarik perhatian netizen terutama para ibu bapa.
Dr. Uwais telah mengetengahkan satu perkara yang ramai kalangan kita tidak tahu iaitu kaitan tanda lahir pada badan anak dengan risiko terkena sawan.
Tanda lahir yang dimaksudkan adalah Cafe au lait spot. Ikuti penjelasan beliau tentang perkara ini.
Kaitan anak dengan tanda lahir dan kemungkinan terkena sawan
…Pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi epilepsi. Namun risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%.
Oleh itu, sentiasalah bersedia dengan membeli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak anda demam. Dua2 sama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya.
Lagi satu, sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata.
Ya! sekiranya anak anda memiliki tanda lahir, ada risiko (kemungkinan) untuk mendapat sawan.
Dari dulu lagi doc memang dah takut sangat, sbb antara anak2 doc memang Thohir seorang sahaja yang ada tanda lahir Cafe au lait spot ni. Warnanya seperti warna nescafe susu. Sebab dalam bahasa France memang maksud dia kopi susu.
Membesar dan bertambah
Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya. Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua2 penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.
Oleh itu, pesan doc, sentiasalah perhatikan bilangan dan saiz tanda lahir anak anda juga selain suhu badannya ya. Namun itu tidak bererti anak yang tidak mempunyai tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!
P/s : Alhamdulillah, Muhammad Thohir Al Haddad sudah selamat discharge pada 4pm, 25/12/17 dengan diagnosis “Complex Febrile Seizure”.
Perkongsian inilah yang menarik perhatian netizen hingga menyebabkan Dr Uwais perlu mengulas lebih lanjut bila ada yang salah faham.
Tanda lahir yang tiada kaitan dengan sawan!
Penafian : Demam sawan dan sawan adalah berbeza ya! Sebab majority yang PM doc bertanyakan tentang tanda lahir dan demam sawan.
Sawan- Sawan tanpa demam. Ada faktor sampingan lain termasuk beberapa jenis tanda lahir. Biasanya menjurus kepada epilepsy dan berterusan sehingga peringkat dewasa
Demam sawan – Sawan yang disebabkan oleh suhu badan yang terlampau tinggi (>38.5’C). Tidak bahaya jika suhu berjaya dikawal.
Merbahaya kalau dibiarkan tanpa buat apa-apa tindakan untuk menurunkan suhu kerana boleh menjeremus kepada status epilepticus di mana ia boleh menyebabkan kerosakan otak kekal dan kematian. Febrile seizure biasanya tidak lagi berlaku pada kanak2 dalam lingkungan 5-6 tahun.
Jadi elok lah doc bgtau siap2 di sini bahawa setiap bayi berpotensi terkena demam sawan, sama ada ada tanda lahir atau tidak.
Neurocutaneous Syndrome berisiko tinggi terkena sawan
Bayi yang bertanda lahir yang berkaitan dengan sawan adalah berisiko lebih tinggi untuk terkena sawan. Dan tanda lahir tersebut dinamakan “Neurocutaneous syndrome”. Ada lebih kurang 6 jenis atau lebih tanda lahir yg begini dan doc akan rungkaikan satu persatu. Sila rujuk nota ini https://thediagnosa.com/2018/01/02/neurocutaneous-kaitan-tanda-lahir-sawan/.
Tapi jangan risau kalau ada tanda lahir macam ini
Hari ni doc nak cerita satu jenis tanda lahir yang paling ramai orang PM doc. Nama tanda lahir ni adalah Mongolian Blue Spot. Jikalau anak anda ada tanda lahir ini, dan ianya hanya di bahagian punggung dan bersaiz sederhana, besar kemungkinan anak anda TIDAK akan mendapat sawan.
Harus diingat, anak anda masih berisiko mendapat demam sawan ya! Tapi itu bukan kaitan dengan tanda lahir jenis ini ya. So, jangan lah terlalu risau, ikuti langkah2 jika anak terkena demam dan anak anda akan sentiasa selamat daripada terkena demam sawan.
Mongolian blue spot ini adalah tanda lahir yang tidak berbahaya dan ia terbentuk bukan disebabkan bayi anda terhantuk sewaktu di dalam perut ya! Ada jugak org yg cakap mcm ni kat doc! Doc gelak senyap2 je lah.
Sebenarnya kena pantau setiap tanda lahir anak
Punca tanda lahir ini terjadi adalah kerana sel melanocyte (Sel yang menghasilkan warna pada kulit) belum sempat masuk ke dalam sel epidermis (Sel kulit paling luar) sepenuhnya, maka ini menyebabkan warna kulit menjadi kelihatan lebih gelap dari kawasan kulit yang lain.
Lama kelamaan apabila sel melanocyte ini sudah semakin sebati dengan kulit, maka ia akan pudar dengan sendiri. Sebab tu bayi yang lingkungan 2 tahun sudah kebanyakannya hilang tanda ini. Tanda ini amat jarang dilihat pada anak yang berumur 6 tahun ke atas.
Cara rawatan? Memang tak perlu rawat sebab hilang sendiri ya. Dan sekali lagi doc nak tegaskan, pastikan anak anda sentiasa dipantau setiap tanda lahirnya.
Tak kira apa jenis tanda lahir sekalipun, jikalau tanda lahir tersebut berterusan dan membesar lebih dari kebiasaannya, jangan takut untuk membawa berjumpa doktor berdekatan.
Sumber: Muhammad Uwais Al Qorni
Ambil Anak Sindrom Down Jadi Anak Angkat. Mona Din Sanggup Ketepi Keselesaan Demi Ubati Kerinduan Pada Arwah Kak Ma
Isi Kandungan
Toggle
”Anak ini bukan macam kanak-kanak biasa. Anak ini tidak sempurna. Betul puan sanggup?” Mona Din mengangguk dengan air mata mengalir di pipi.
Itu pertanyaan yang diutara buat usahawan terkenal ini oleh seorang Majistret saat dia membuat keputusan mengambil anak angkat yang juga seorang kanak-kanak kurang upaya.
Rasanya bukan majistret itu saja yang tertanya-tanya kenapa Mona mengambil keputusan itu tapi netizen lainnya. Mengapa wanita hebat yang sudah punya kehidupan cukup selesa sanggup mengorbankan waktu bersaranya yang santai untuk memelihara anak istimewa.
Perkenalkan inilah puteri bongsu mama abah
Bertanya sendiri kepada empunya diri, Mona lantas membalas dengan status yang pernah dikongsi satu ketika dulu.
Rupa-rupanya hasrat mengambil anak angkat Sindrom Down adalah impiannya sejak sekian lama. Malah dia pernah secara terbuka pada tahun lalu membuat posting mencari anak angkat sedemikian untuk dipelihara.
Menurut Mona, dia mahu mengubati kerinduan yang sarat kepada Salima atau Kak Ma anak sulungnya yang juga seorang anak istimewa namun meninggal dunia ketika usianya 12 tahun.
Mahu berkongsi nikmat Allah
Sanggup ketepi keselesaan kerana rindu
Dek kerana rasa rindu yang tak tertanggung itulah, usahawan produk kecantikan ini sanggup mengetepikan keselesaan hidup untuk mengambil anak angkat yang menghidap Sindrom Down sama seperti arwah anaknya Salima.
Dan sesungguhnya rezeki anak bernama Saidatul Nadira Aqila sudah tertulis untuk hidup bersama pengasas produk Leesa Formula ini. Tanggal 25 Mei lalu bersamaan 9 Ramadan di bulan yang cukup mulia hasrat Mona untuk memiliki anak angkat seperti apa yang diinginkan termakbul.
Saat itu kata Mona tubuh rasa seperti melayang-layang kerana terlalu gembira. Seolah-olah tak berpijak di bumi nyata, bagai di alam mimpi.
Tersentuh hati baca latar belakang Nadira
Hari pertama Nadira dibawa pulang ke rumah selepas diambil dari rumah kebajikan kehidupan Mona berubah 360 darjah malah posting di akaun Facebook juga berbeza. Penuh dengan aktiviti bersama dengan Nadira. Lebih membahagiakan bila anak-anaknya juga menerima adik baru mereka dengan hati yang terbuka.
Namun hati sebenarnya agak tersentuh bila membaca latar belakang Nadira yang dicatat Mona. Disebabkan Sindrom Down Nadira tak diterima oleh ibunya sendiri, ditinggalkan di hospital dan membesar di rumah kebajikan.
“Takdir hidupnya tertulis, 10 tahun lalu, dia ditinggalkan di katil hospital sebaik di lahirkan. Direject dan dinafikan haknya oleh seorang yg bernama ibu. Ditolak oleh kaum keluarga sedarah sedaging. Mereka malu, antaranya kerana dia anak sindrom down, dan bmulut sumbing !.
Dan bermulalah fasa sedih hidupnya, membesar di pusat kebajikan, from one to another…Hari ini, Allah mengatur satu kisah baru buat dia. InsyaAllah Angel, now onwards, you will have a mother, a father, 4 brothers & 3 sisters. You will now have a place to be called.. home! Semoga Allah satukn hati & kasih kita sekeluarga hingga ke syurga…” tulis Mona dalam satu posting di Facebook.
Ternyata kehidupan Nadira kini sudah berubah, ibarat awan mendung berarak pergi saat hadirnya mentari selepas hujan. Sama-sama kita doakan moga dua insan ini bertemu dengan kebahagiaan abadi.
-vanillakismis//