
Isi Kandungan
ToggleNampak macam bihun sup tapi bukan, ini adalah bihun rebus yang mana cara membuatnya cukup senang.
Sesuai dijadikan hidangan waktu malam, bila dah tiada idea untuk masak apa. Tip bihun rebus ini makin sedap, bawang hendaklah dikisar bukan ditumbuk. Lagi mudah kan.
Cara buat bihun rebus yang mudah untuk makan malam
Bahan
Bihun secukupnya (boleh dicelur dulu atau direbus sekali dalam kuah)
Isi ayam
Sayur sawi, lobak merah (boleh guna sayur yang disukai)
Lada hitam (tumbuk kasar)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
Telur
Garam
Bahan kisar
2 biji Bawang besar
5 biji Bawang putih
Sedikit halia
Cara membuat
1. Tumis bahan kisar hingga naik baik dan masukkan air ikut kuantiti kuah yang kita mahukan. Kemudian masukkan isi ayam lada hitam.
2. Bila kuah mendidih, masukkan sayur, cili padi yang diketuk. Biarkan mendidih kemudah pecahkan telur. Biarkan telur masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
3. Tuang kuah atas bihun yang sudah dicelur. Sedia dihidangkan, boleh juga taburkan bawang goreng.
Rahsia bihun rebus jadi sedap, bawang hendaklah dikisar baru kuah rasa manis.
Sumber: Haniza Ishak
12 Barang Wajib Beli Untuk Mudahkan Kerja Bersihkan Rumah. Berbaloi Sebab Murah!

Isi Kandungan
Toggle
Kalau rumah bersih, fikiran dan hati pun jadi tenang dan lapang. Penghuni pun selesa bila duduk di rumah.
Tapi rumah yang bersih ini kenalah ada kerajinan. Selain itu penting juga kena ada barang-barang pembersihan yang sesuai supaya senang nak buat kerja membersih rumah.
12 barang pembersihan ini wajib ada kalau mahu rumah bersih. Ia disarankan oleh Hani Mynis kerana ia memudahkan kerja dan paling best berbaloi beli sebab harganya cuma RM2.10.
Barang-barang ini boleh saja di beli di kedai Eco, Mr DIY, Daiso, Mydin atau laman web membeli belah.
1. Magic span
No 1 atas takhta ! Sudah semestinya magic span! Siapa tak kenal magic span punya magic?
Memang magic sungguh hani rasa cam terharu kejap. Apa saja dia tak boleh cuci?
– bersihkan permanent marker pen, pensil, crayon kat mana2 permukaan
– bersihkan kekotoran, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air
– bersihkan kesan2 tangan jari kat suis2
– bersihkan kesan minyak , minyak sambal kat bekas makanan
– kilatkan silverware, utensils, gelas kaca mangkuk kaca dan banyak lagi.
2. Sabun AI
Nama saja laundry soap! Nope! Bukan hanya utk laundry je, sagat dan simpn dalam bekas, agak-agak tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) utk kesan extra extra shiny!
Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai! Berkilat oit lantai lagi-lagi lantai tiles. Sabun ni kalau nak basuh baju anak yg putih, baju sekolah hilangkan daki kat kolar baju, tahi lalat kat baju memang berkesan, rendam kejap dlm air panas campur sabun yg dah disagat. Memang magic! Tapi kalau malas nak rendam2 terus je masuk dlm mesin boleh aja.
3. Washable Sticky Roll
Roller ni boleh basuh! tak perlu lagi nak cabut sticker. Roll and wash. Dah senang bertambah senang kerja. Fungsi dia: Khas utk kutip rambut, habuk kat karpet kalau mood malas nak guna vacuum!
4. Super Tot pencuci lantai
Wangi dia memang wangi sungguh. Yg penting tak payah nak bilas, tak melekit!
5. Microfiber cloth
Pakai sarung tangan kemudian sapu saja kat mana-mana permukaan yg obvious habuknya tu. Senang kerja.
6. Wet tissue
Kalau nak lap kotoran kecil kat meja makan atau atas perabot
7. Berus cuci kerak
Berus 2 in 1, terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu. Hujung besi tu utk kikis kerak sebelum kita berus dgn berus besi. Belakang kuali dan periuk akan berkilat in no time. Jangan lupa masa gosok tu guna sabun viral yg kuning td! Shiny.
8. Stain remover
Dalam kandungannya ada peluntur macam Clorox, tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15 minit gitu, hilang segala kotoran tak perlu nak berus dah , tuang kat lantai pun boleh tapi biarkan dia few minutes “bekerja” lepas tu basuh dgn air. Elakkan kena kulit, sama mcm clorox semua tu.
Disclaimer: disebabkan stain remover ni sngt “kuat” dikhuatiri beri effect pada tiles (ada sesetengah jenis tiles tak tahan), curah pda kawasan tile yg terlindung dulu. Letak sikit je tgk kesan nya.
9. Berus dgn tiga jenis berus
Untuk bersihkan dapur masak sebab kat bahagian tungku tu keras atau kesan karat susah nak tanggalkan even guna magic span. So guna ni terbaik! Memang bersih. Untuk bersihkan jaring dlm oven pun boleh.
10. Penyepit span , pembersih tingkap!
Penyelamat tangan dari terluka membersihkan tingkap nako dari zaman kita sekolah. Still relevant sampai sekarang.
11. Plastik sampah wangi
Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi. Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu.
12. Pencuci tandas
Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild) hani guna kalau setakat nak cuci biasa yg mingguan buat. Untuk kotoran biasa je. Kalau kotoran susah tanggal guna je stain remover tadi atau Clorox. Not bad utk harga dia.
Sumber: Hani Mynis
Cara Buat Gulai Kosong Yang Sedap, Boleh Makan Dengan Nasi, Roti, Cucur, Apapun Boleh

Isi Kandungan
ToggleBagi yang suka makan nasi dengan kuah atau suka menyicah, gulai ini sesuai untuk korang. Kuah gulai kosong yang sedap dan boleh dimakan dengan apa saja.
Nak makan dengan nasi, roti canai, roti jala, roti keping, roti perata atau cucur pun boleh. Gulai kosong ini kalau dah ada memang memudahkan, goreng ikan atau ayam dan boleh makan dengan nasi.
Cara buat gulai kosong yang sedap untuk menyicah atau makan dengan nasi
Bahan dimayang
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 inci halia
Bahan rempah
3 sudu makan Rempah kari ikan
1 sudu makan beriani
1 sudu makan kurma
2 sudu besar cili
Bahan lain
1 kotak santan pekat
1 sudu kecil air asam jawa
Air secukupnya
Garam, gula, serbuk perasa
Cara membuat
1. Panaskan satu cawan minyak kemudian tumis bahan yang dimayang.
2. Sementara itu satukan bahan-bahan rempah dalam mangkuk.
3. Bila tumisan sudah garing masukkan semua rempah tadi kemudian kecilkan api.
4. Bila dah masak cantik masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia pecah minyak.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa, kacau. Kemudian masukkan air 1 1/2 cawan lagi. Biarkan mendidih 5 minit.
6. Masukkan santan pekat kotak (100ml). Kacau, waktu ini guna api yang sederhana. Biarkan mendidih 15 minit sambil dikacau.
7. Kemudian masukkan air asam jawa pekat, tambah santan pekat 50ml. Biarkan mendidih selama 5 minit kemudian bolehlah ditutup api. Sedia dimakan.
Kuah gulai kosong boleh dimakan dengan apa jenis nasi, roti apa apa pun sama ada roti canai, roti perata, roti arab, roti jala, roti benggali, roti kosong dan macam macam lagi.
Sumber: Lee Na
Cara Mudah Tanam Kangkung, Guna Botol Air Mineral Saja. Tak Perlu Siram, Tanah Tak Kering!

Isi Kandungan
ToggleNak tanam sayur cara mudah boleh guna cara ini. Boleh mulakan dengan sayur kangkung. Tanam sayur guna botol air mineral saja.
Jika di rumah ada banyak botol plastik ini, boleh guna semula untuk buat tanam sayur. Selain kangkung boleh juga guna cara ini untuk tanam sayur sawi atau bayam.
Cara penanaman ini semua sangat untuk mereka yang sibuk sebab tak perlu disiram namun, tanahnya tetap tak kering. Panduan penanaman kaedah ini dikongsikan oleh Rumah Kebun Organik
Cara tanam kangkung dalam botol
Bahan diperlukan
Botol air 1.5 liter
Gunting
Pisau
Paku
Tanah
Biji benih kangkung
Cara membuat
1. Potong dua/ separuh botol air tersebut.
2. Masukkan bahagian penutup ke dalam botol bahagian bawah. Seperti gambar.
3. Tebuk beberapa lubang pada bahagian bawah penutup botol.
4.Kemudian ayak tanah subur, sekam dan kompos dengan nisbah 1:1:1 untuk mengasingkan bendasing. Kemudian, masukkan ke dalam botol tadi.
5. Setelah itu masukkan 5 hingga 8 biji benih kangkung. Timbuskan semula dengan tanah dan siram air.
6. Biarkan sehingga keluar pucuk, bercambah setelah 7 hari.
7. Masukkan air pada bekas bahagian bawah. Setelah 16 hari, kangkung semakin subur membiak.
Cara ini kangkung tidak perlu disiram setiap hari dan tanah pun tidak kering. Lebih kurang sebulan usia kangkung sayur ini dah pun boleh dituai. Mudah kan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Rumah Kebun Organik