Nampak macam bihun sup tapi bukan, ini adalah bihun rebus yang mana cara membuatnya cukup senang.
Sesuai dijadikan hidangan waktu malam, bila dah tiada idea untuk masak apa. Tip bihun rebus ini makin sedap, bawang hendaklah dikisar bukan ditumbuk. Lagi mudah kan.
Bihun secukupnya (boleh dicelur dulu atau direbus sekali dalam kuah)
Isi ayam
Sayur sawi, lobak merah (boleh guna sayur yang disukai)
Lada hitam (tumbuk kasar)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
Telur
Garam
2 biji Bawang besar
5 biji Bawang putih
Sedikit halia
1. Tumis bahan kisar hingga naik baik dan masukkan air ikut kuantiti kuah yang kita mahukan. Kemudian masukkan isi ayam lada hitam.
2. Bila kuah mendidih, masukkan sayur, cili padi yang diketuk. Biarkan mendidih kemudah pecahkan telur. Biarkan telur masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
3. Tuang kuah atas bihun yang sudah dicelur. Sedia dihidangkan, boleh juga taburkan bawang goreng.
Rahsia bihun rebus jadi sedap, bawang hendaklah dikisar baru kuah rasa manis.
Sumber: Haniza Ishak