Bihun sup segera ini memang ramai peminatnya. Supnya jernih namun sedap sangat. Tapi kan kalau dah namanya segera, nak makan selalu pun tak elok juga.
Jadi alternatifnya kita kenalah buat sendiri apalagi jika anak-anak suka sangat makan bihun ni. Homemade lagi sihat kan. Macam mana nak buat? Boleh ikut resipi bihun Pama Homemade yang dikongsi oleh Cik Pooja
ini.Rasanya tetap sedap, paling penting hidangan ini ringkas dan senang nak buat. 10 minit dah siap.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ketul kiub pati ayam
1 sk lada sulah (yg putih )
Sedikit daun sup dan daun bawang (dipotong)
1 liter air (1 jag kecil)
Secubit garam (jika perlu)
Bihun (segenggam)
*Kuantiti bahan untuk 2 orang makan
Cara membuat
1.Panaskan minyak secukupnya.
2.Tumis bawang putih sampai kekuningan keemasan
3. Masukkan air, kiub pati ayam,lada sulah, daun sup, daun bawang (lada sulah itulah yang sebenarnya buatkan rasa dan bau bihun kita jadi macam bihun Pama, wajib ada bahan ni).
4. Bila dah menggelegak kuahnya, masukkan bihun.
5. Reneh sampai bihun masak elok, kalau kurang masin masukkan sedikit garam.
6. Siap untuk dihidang!
TIP
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Pooja