Bila Alih Anak Pokok Ikut Tip Ini Supaya Pokok Tak Bantut, Tumbuh Elok

Share

Ramai teruja mula bercucuk tanam tambah lagi bila tengok biji benih dah bercambah jadi anak pokok.

Tapi yang ‘spoil’ adalah bila dah alih dari tempat semaian anak pokok tak naik sebaliknya bantut.

Kalau jadi begini salah satu sebabnya mungkin kerana cara kita mengalih anak pokok dari tempat semaian tidak betul. Salah cara alih anak pokok akan stres dan bantut.

Berdasarkan pengalaman, D’Pro A’nas berkongsi tip mengalih anak pokok dari tempat semaian.

Tip alih anak pokok dari tempat semaian agar tidak stres dan bantut

Tip berikut adalah dari pengalaman bercucuk tanam. Caranya;

1. Pastikan media tempat baru untuk mengalih anak pokok telah digembur dan disuburkan terlebih dahulu.

2. Lembapkan media/tanah anak pokok yang hendak dialihkan. Siram dengan air.

3. Bila dah ada empat daun, tarik anak benih perlahan-lahan atau bersama media/tanahnya sekali. Pastikan tidak putus akar. Jika putus, anak pokok akan stres dan lambat membesar atau mati.

4. Masukkan anak pokok ke dalam media/tanah baru yang telah disuburkan tadi. Timbus akar dan tekan perlahan-lahan media supaya mampat sedikit. Tujuannya untuk akar tidak mempunyai ruang kosong dalam tanah. Kalau ada ruang kosong, pokok akan stres, bantut dan akhirnya mati juga.

5. Terus siram anak pokok dengan air selepas menanam. Tanam satu pokok satu terus siram, buat setiap satu anak pokok begini. Jangan tunggu selepas habis tanam ke semuanya baru siram.Tujuannya bagi menghidari pokok stres.

INFO PENTING

Waktu terbaik untuk mengalih anak pokok adalah seawal pukul 4.30 petang hingga menjelang senja.

Nak tanam pada awal pagi atau tengah hari tanpa ikut masa di atas memang boleh tapi bersedialah dengan pokok yang akan stress dan layu atau mati.

Semoga bermanfaat.

Sumber: D’Pro A’nas

Published by
VK