Bila Hujan Dan Cermin Depan Kereta Berkabus, Guna Fungsi Ini Untuk Hilangkannya. Ramai Tak Tahu

Share

 

Bila memandu ketika hujan selalu terjadi cermin depan kereta akan jadi berkabus. Keadaan ini boleh membahayakan terutama jika hujan lebat kerana pandangan terjejas.

Kenapa cermin jadi berkabus begini? Cermin berkabus ini terjadi sebab suhu di luar lebih sejuk daripada di dalam kereta, hingga membentuk titisan air.

Jadi bagaimana nak elakkan cermin dari berkabus dan tak membahayakan pemanduan.

Sebenarnya untuk menghilangkan kabus ini sudah ada fungsi yang tersedia dalam kereta untuk kita guna, cuma ramai yang tak tahu. Caranya dikongsi oleh lelaki ini

Apabila cermin jadi berkabus ketika memandu dalam hujan, ini yang perlu kita lakukan

1. Pastikan on aircond, kemudian pusing mod angin aircond kepada mod seperti  gambar di bawah.

2. Cara ini angin depan saja akan berfungsi untuk menghilangkan kabus pada cermin depan.

@prof.datuk.haji.amin Reply to @hanifhissyam ♬ original sound – Dasar Musibat 💎

3. Selain itu boleh juga menghidupkan mod kitaran udara luar. Cara ini ia membenarkan udara luar masuk dalam kereta tanpa buka tingkap. Jadi suhu dalam kereta akan jadi sama dengan di luar sekali gus menghilangkan kabus yang menghalang pandangan.

Cara lain

Guna ubat gigi – cuma picitkan ubat gigi pada kaun bersin dan lap ke seluruh bahagian cermin depan. Biar kering dan lap sekali lagi dengan tuala lembap. Ubat gigi ini akan membentuk satu lapisan yang menghalang wap air dari terbentuk.

Syampu – tanpa mencampurkan dengan air, ratakan syampu pada cermin dengan. Biar kering sebelum lap dengan air. Fungsinya sama dengan ubat gigi.

Semoga bermanfaat.

 

Published by
VK